Sunday, September 10, 2017

Cinta Takkan Berakhir

Bab 6

Langkahnya terhenti bila terpandang kedai buku yang agak lama. Kedai tersebut nampak usang. Tapi pembeli tidak pernah putus keluar masuk. Kakinya terus menghala ke situ. Dia yakin pasti banyak buku-buku lama yang boleh dibeli.  Matanya meliar memerhatikan rak-rak yang sedikit usang. Ada beberapa buah buku lama dan baru tersusun rapi. Dia membelek satu persatu. Dia tersenyum melihat buku-buku yang tersusun. Susunan buku ini bagaikan terapi bagi dirinya. Banyak juga buku-buku lama seperti buku-buku tulisan Buya Hamka dan sasterawan Negara seperti Datuk A. Samad Said. Sudah lama dia tidak membaca buku-buku lama. Lagipun sukar mahu mendapatkan buku-buku lama yang ditulis oleh penulis-penulis ternama suatu ketika dulu. Ada beberapa buah buku lama yang belum pernah dibacanya sepeti Neracha Hidup tulisan Buya Hamka.
            Ketika leka membelek buku-buku, dia terpandangkan rak majalah di tepi pintu masuk kedai. Eriqa Ellen terus menghalakan langkah ke sana dengan girang. Tangannya terus membelek satu demi satu majalah. Tiba di satu majalah, dia terus menarik. Dia tersenyum lebar bila melihat muka depan majalah GAYA.Wajah Mizz Nina dengan gaya hijab yang cukup memukau pandangan. Tanpa membuang masa Eriqa Ellen membawa majalah itu ke kaunter. Selepas membayar Eriqa Ellen terus keluar. Dia cadang mahu ke pasaraya untuk membeli stok makanan sepanjang percutiannya di sini.
            Majalah ditangannya diselak pada halaman pertama. Muka surat itu ditatap lama kemudian tersenyum sinis. Gambar seorang wanita yang menghiasi bicara Editor sungguh menjengkelkan. Barangkali perempuan di dalam majalah itu sudah dapat apa yang diingininya. Eriqa Ellen tetap yakin, manusia yang duduk di atas tidak selamanya, tiba waktu akan terjatuh semula. Tidak mengapa, ALLAH maha adil! Getus hati kecilnya.
            Tangannya menyelak-nyelak halaman lain. Sudah banyak perubahan majalah GAYA namun dia rasa kurang senang dengan perubahan majalah ini secara mendadak ini. Sudah jauh dari konsep asal majalah hebat ini. Namun dia lega bila ada beberapa bahagian majalah tidak di ubah. Itu pun ruangan kegemaran pembaca seperti fesyen pilihan, cerita pembaca dan sebagainya. Tangannya menyelak-nyelak halaman dengan arsa tidak sabar. Beginilah sikapnya setiap kali bila majalah GAYA yang muncul setiap bulan di tangannya. Tiba di satu halaman, Eriqa Ellen tersenyum lebar. Dia tersenyum puas. Inilah satu-satu ruangan cetusan idea Puan Seri Halizah yang pernah ditolak mentah-mentah oleh Suzana. Oleh kerana Puan Halizah ada kuasa veto Suazana terpaksa mengalah. Siapa dia hendak lawan Puan Halizah? Huh, jangan kau ingat, tempat aku kau dah ambil, kau boleh ambil perhatian Puan Halizah dari aku? Masih hingga sekarang Puan Halizah memujuk dia kembali ke syarikatnya malah mahu memberi jawatan lain agar dia tidak meninggalkan Chatique  Publisher. Dia tak sanggup sebumbung dengan Suzana yang talam dua muka. Masa awal-awal  jadi pembantu Editor Majalah GAYA, pijak semut pun tak mati, rupa-rupanya dalam dia main tikam belakang. Sekali pandang, memang nampak lurus rupanya perangainya bengkang bengkok. Berani mengenakan orang dalam diam-diam. Tiba di halaman yang tercatit segala tulisannya, Eriqa Ellen tersenyum riang. Tajuk artikelnya kali ini ialah Wanita menawan pada usia 30-an. Dia mengambil masa dua hari sahaja menyiapkan artikel ini. Beberapa kali dia menyunting artikelnya agar nampak lebih baik, kemas dan padat bila dibaca. Bila setiap kali membaca tulisannya sendiri, dia rasa bangga untuk dirinya sendiri. Sekurang-kurang pembaca majalah GAYA tidak lupakan dirinya yang pernah mengemudi majalah GAYA.
            Ketika dia asyik membaca karyanya sambil berjalan, sedar tidak sedar dia terlanggar bahu seseorang. Majalah GAYA jatuh terlangkup di atas tanah simen. Eriqa Ellen segera mencapai majalah cepat-cepat kemudian bangun semula memandang lelaki yang masih berada di hadapannya. Wajah lelaki itu nampak serius. Mungkin marah. Mereka berdua hanya saling berpandangan tanpa berkata apa-apa.
            “Maaf encik. Saya tak sengaja. Maaf!” mohon Eriqa Ellen sambil mengangkat kedua-dua tangan. Dia segera mengangkat kaki. Separuh jalan dia memberanikan diri pusing ke belakang. Alamak, lelaki itu masih memandang dia rupanya. Dia terus mempercepatkan langkah menuju ke destinasi.

Tangan kirinya memegang bakul. Matanya meliar mencari barang yang dikehendaki. Satu demi satu  dicapai, dibeleknya kemudian diletakkan di tempat asal kemudian berfikir-fikir mahu membelinya atau tidak. Di bahagian makanan ringan, matanya terkebil-kebil, tidak tahu mahu mengambil yang mana satu. Dia memandang  Maggie,  kotak susu kocak, biskut kering dan beberapa makanan ringan. Dia yakin makanan di dalam cukup untuk sepanjang percutiannya. Dia malas mahu keluar lagi hanya semata-mata membeli barang makanan.  Matanya meliar smabil itu kakinya berjalan. Tiada yang berkenan. Tiba di satu rak, dia terpandang bungkusan biskut Chipsmore perisa coklat. Baru tangannya hendak mencapai, ada tangan lain yang sudah mengambilnya dulu. Eriqa Ellen terkebil-kebil di situ. Sekejap sahaja hilang dari pandangannya. Dia menoleh ke sebelah. Lelaki itu? Lelaki yang terlanggarnya tadi. Dia? Eriqa Ellen tidak menunjukkan apa-apa reaksi wajah sebaliknya lelaki yang amsih berdiri di sebelahnya hanya tersenyum.
            “ Awak nak yang ini ke?” tanya lelaki itu.
            “Tak…tak…tak apa. Ada banyak biskut chipsmore yang lain” Eriqa Ellen membelek-belek bungkusan biskut chipsmore, mahu mencari perisa coklat. Tiada. Hanya tinggal satu sahaja yang tadi.
            “Awak tentu mahu yang ini kan?” tanya lelaki itu lagi. Lelaki bertubuh tinggi, berkumis, berjanggut sejemput bawah dagu, berdahi luas dan berhidung mancung menggamit perasaannya. Tubuhnya tidak gemuk dan juga tidak kurus. Apa yang menarik, matanya agak tajam menikam pandangan. Boleh tahan juga orangnya!
            “Tak apalah. Ada banyak perisa lain” suara Eriqa Ellen sedikit bergetar. Entah kenapa dia rasa kurang senang bila lelaki ini tidak berganjak dari sini. Sudah dapat chipsmore perisa coklat kenapa masih di sini?
            “Perisa coklat tinggal satu sahaja. Awak ambillah. Saya boleh cari di tempat lain” lelaki itu menghulurkan bungkusan biskut Chipsmore.
            Eriqa Ellen terkelu memandang bungkusan biskut di depan matanya. Mahu ambil atau tidak. Dia memandang lelaki itu. Ada senyuman nipis. Dia lega tapi dia tergamak mahu mengambil biskut itu. Rasa serba salah pula.
            “tak apalah. Awak ambillah. Saya ambil perisa ‘original’. Ala rasanya lebih kurang sama je kan” Eriqa Ellen cuba untuk tersenyum. Bungkusan yang diambil terus diletakkan ke dalam bakul.
            Lelaki di sebelahnya hanya diam membisu. Dia hanya mampu melihat tindakan Eriqa Ellen. Wajahnya tiada sebarang reaksi begitu juga tindak tanduknya hanya kaku. Eriqa Ellen senyum nipis. Ada rasa malu bila tindakan kaku lelaki di hadapannya, macam tiada perasaan pula. Mungkin terkejut agaknya.
            “saya pergi dulu” pohon Eriqa Ellen tanpa memandang sedikit pun wajah lelaki di sebelahnya. Semasa melangkah, kakinya bagaikan tidak berpijak di bumi nyata. Seperti melayang – layang di udara. Hatinya mengegsa-gesa meminta dia menoleh ke belakang. Perlahan-lahan Eriqa Ellen menoleh ke belakang. Lelaki itu masih statik di situ sambil memandang dirinya. Sama seperti pertemuan tadi, memandangnya tanpa senyuman. Eriqa Ellen mahu memberikan senyuman tetapi terasa tawar pula. Dia hanya mengangguk perlahan terus menuju ke kaunter. Dia marah ke? Hati Eriqa Ellen mula gelisah. Langkahnya laju menuju ke kaunter. Dalam hati, berdoa agar tidak bertemu lelaki itu lagi.
            Sebaik sahaja dia menyusun langkah,  Aizal Izham menegurnya dari hadapan. Eriqa Ellen tergamam dengan mata membulat
            “Buat apa kat sini?” tanya Eriqa Ellen gugup. Dia toleh kiri kanan kalau-kalau isteri lelaki ni ada sekali.
            “Beli barang. Jom kita pergi minum?’ pelawa Aizal Izham.
            “Awak ni kenapa? Masih tak faham-faham lagi ke yang saya taknak jumpa awak lagi. Kalau kawan pun saya tak inginlah. Jangan ganggu saya lagi!” marah Eriqa Ellen.
            “ Salah ke kalau kita jadi kawan?”

            “Tak ingin!” Eriqa Ellen terus angkat kaki.

Saturday, September 9, 2017

The Boy



Filem ini bermula seorang wanita Amerika bernama Greta yang dilakonkan oleh Lauren Cohan mendapat tawaran sebagai pengasuh di England. Dia membuat keputusan meninggalkan Amerika untuk melupakan bekas kekasihnya.
Setiba di rumah agam milik keluarga Heelshire, Greta terkejut bahawa kanak-kanak yang bakal di asuhnya merupaka boneka bernama Brahms berusia dalam lingkungan 8 tahun. Boneka tersebut amat disayangi oleh pasangan suami isteri seperti anak kandung sendiri. Boneka itu seolah-olah hidup bagi pasangan suami isteri itu.

Selain itu muncul satu watak lelaki tampan yang menjadi penghantar barang ke  rumah agam tersebut bernama Malcom yang dilakonkan oleh Rupert Evans. Malcom tertawan dengan Greta dan sedia membantu Greta jika diperlukan.
Misteri dan keresahan Greta bermula apabila pasangan Heelshire mahu bercuti dengan meninggalkan Greta dan Brahms. Puan Heelshire meninggalkan menu dan peraturan untuk Brahms. Maka bermulalah hal-hal aneh yang menimbulkan ketakutan dan pertanyaan Greta. Setiap kali terpandang potret  keluarga, seperti mahu memberitahu sesuatu. Greta terganggu apabila dia di kunci dalam loteng, sedangkan dalam rumah agam itu hanya dia dan patung itu sahaja. Kemudian dia merasakan ada pergerakan seseorang dalam rumah sehingga dia merasakan Brahms, patung berhantu yang memiliki roh. 


Greta mula mencungkil rahsia demi rahsia tentang keluarga Heelshare yang sebenarnya kehilangana nak lelakinya yang amti akibat kebakaran. Oleh keraan tidak boleh menerima kematian itu, pasangan itu membela boneka sebagai anak sendiri. Namun misteri demi misteri memaksa Greta mencungkil dan mencari rahsia yang tersimpan setelah beberapa kali di ganggu

.

Susu Kunyit



Susu kunyit merupakan minuman masyarakat  India yang biasa diamalkan sebelum tidur. Saya mengamalkannya tidak kira waktu dengan menggunakan susu kambing dicampirkan dengan badam yang di tumbuk halus kemudian campurkan air dan satu sudu kunyit serbuk dan didihkan. Kmeudian saya kacaukan dengan satu susu madu. Rasanya sangat sedap.
-Susu kunyit dapat mencegah dan memperlambat perkembangan barah
-Susu kunyit merupakan antioksida yang baik.
-Dalam tradisi Ayuvedic di India, susu kunyit dianggap sebagai pembersih darah.
-Susu kunyit sebagai pembersih racun alami pada hati.
-Membantu mencegah pembentukan lemak pada tubuh,
-Melancarkan pencernaan
-Meredakan sakit kepala
-Menjaga kesihatan jantung
-Mencerah dan menjaga kesihatan kulit.


Sebenarnya banyak lagi manfaat susu kunyit.

Hijabsta ballet



Saya menonton filem ini di Astro Best. Hijabsta ballet jauh sekali dibandingkan dengan Black Swan. Filem ini saya rasakan seperti eksperimen dan cuba menampilkan sesuatu yang luar biasa. Penari ballet bertudung? Itu yang menimbulkan persoalan namun ada keberanian yang cuba ditampilkan. Kita selalu lihat trampilan penari ballet itu bagaimana bukan? Filem ini menarik walaupun menampilkan  muka-muka baru dan di bantu pelakon-pelakon berpengalaman seperti Betty Benafe, Arman Graseka dan  Aida Rahim.

Watak Adele Shakiri yang ditampilkan bukannya wanita yang luar biasa perwatakannya. Pada awalnya Adele tersepit antara harapan ibunya dan harapan neneknya. Ibunya berharap Adele menggembangkan sayapnya sebagai penari Ballet yang terkemuka manakala neneknya pula memberi harapan agar tidak melupakan agama dan adat. Biarpun ranting yang tumbuh tidak sama arah tetapi ia tetap dari akar pokok yang sama, itu sebahagian pesanan nenek Adele.

Adele bukannya wanita yang kecewa dalam bercinta tetapi  cuba melawan hukum dengan keberaniannya menunjukkan penari ballet tetap boleh berhijab. Ballet itu adalah hidupnya. Berhijab adalah pegangannya. Tragedi yang menimpa rakannya membuatkan Adele mahu berubah tetapi tetap tidak mahu meninggalkan ballet.

Kedegilan dan keberanian Adele mahu membuat persembahan ballet secara bersendirian seakan mencabar masyarakat dan meresahkan ibubapanya sendiri. Adele berdegil tetap mahu melakukaqn sesuatu agar ballet dan hijab di terima masyarakat. Tindakan Adele juga ditentang oleh golong ekstremis sehinggakan Adele di serang. Di situ kita lihat sikap golongan ekstremis yang sebenarnya tidak menghormati serta memalukan wanita.

Rentetan dari peristiwa itu, Adele di hantar ke Perth bagai mencari ketenangan dan mencari dirinya sendiri. Pengganut Islam dilihat sebagai pengganas begitu juga Adele berhijab berdepan dengan sekelompok Islamphobia. Ketakutan itu menganggu dia untuk bergerak ke mana-mana.


Adele dilakonkan oleh Puteh Maimun Zahra yang merupakan penari ballet profesional.


Selsun Blue

Ini bukan nama filem tapi nama syampu. Sebelum ini saya alami masalah kelumumur yang teruk. Saya berambut tebal dan pendek. Bila musim panas, rambut rasa berair dan kelumur jatuh atas bahu. Bila tiba di rumah saya akan tanggalkan tudung dengan cepat sebab tak tahan gatal dan asyik garu kepala.

Kalau iklan syampu di televisyen, semua syampu yang diiklankan oleh perempuan cantik dan bertudung, saya dah pernah guna tapi satu pun tak sembuhkan kelumumur saya yang semakin menebal. Hinggakan saya minta emak saya  tanggalkan kelumumur yang tebal menggunakan sikat bergigi halus. Bila rambut panjang di paras bahu, saya tak tahan dengan keadaan rambut hinggakan kawan mak saya terperanjat bila melihat rambut pendek saya macam jantan malah saya pernah beritahu mak saya mahu botakkan kepala gara-gara kelumumur, gatal kepala dan berair bila waktu panas terik.

Saya mencuba Selsun Blue atas saranan kawan baik saya. Dia tunjukkan botol biru di satu tempat membeli belah. Botolnya kecil tapi harganya boleh tahan. Saya berkira-kira nak beli juga. Di lain hari, saya tak tahan dengan keadaan rambut saya malah saya bimbang jika berbau bila bertudung, saya pun beli syampu Selsun Blue. Seminggu saya pakai, Alhamdulilah kelumumur hilang dan tak rasa gatal malah tak berair. Saya risau juga kalau adakelumumur ada lagi. saya minta mak saya cari kelumumur yang tebal atas kepala. Mak saya kata, tak jumpa pun kelumumur atas kulit kepala lagi.


Botol ni seklai tengok macam botol pencuci baju. Pertama kali kawan baik saya tunjukkan, saya pandang muka dia dua kali. Dia kata, Iya Ida, syampu ni bagus. Kelumumur boleh hilang. Muka dia serius. Bila dah pakai, Alhamdulilah memang hilang masalah rambut tapi saya sekarang elakkan pakai tudung bila rambut basah. Botolnya pun sebesar 200 ml dan baunya pun wangi malah tak berbuih seperti syampu-syampu lain.

Sunday, September 3, 2017

Julie & Julia



Memasak bukan sahaja terapi tetapi satu seni karya yang hebat!

Julie dan Julia tidak pernah bertemu tetapi Julie menginspirasikan Julia melalui buku dan pita video. Dua wanita ini menjalani hidup yang berbeza serta perwatakan yang berbeza tetapi mencintai dunia masakan.
Filem ini membezakan kehidupan chef Julia Child dengan kerjaya masakannya di Perancis pada usia hampir memasuki 40-an. Julie Powell lakonan Amy Adams adalah seorang penulis muda yang bekerja di Pusat Panggilan Perbadanan Pembangunan Manhattan. Dia menjawab setiap  panggilan telefon dari mangsa serangan 11 September dan masyarakat setiap hari. Julie membuat keputusan menulis blog untuk meningkatkan kemajuan dirinya dalam masakan. Pada awalnya, Julie tidak yakin untuk menulis keraan dia pernah untuk menulis novel tetapi karyanya di tolak. Dengan sokongan dan bantuan suaminya, blog Julie/Julia Project dihasilkan. Julie membuat keputusan untuk memasak setiap resipi dalam Mastering the Art of French Cooking oleh Julia Child.
Mengimbas semula kisah hidup Julia Child berada pada tahun 1950-an di perancis bersama suaminya, Julia Child mengambil keputusan untuk belajar memasak masakan perancis di Le Cordon Bleu. Sebelum itu Julia cuba belajar membuat topi, belajar bahasa perancis tetapi tidak sesuai dengan dirinya. Setelah menamatkan penajian memasak, Julia mengadakan kelas masakan serta melahirkan sebuah buku masakan untuk suri rumah Amerika.
Akhirnya, blog Julie dipaparkan dalam kisah yang diterbitkan dalam The New York Times. Blognya mula mendapat perhatian wartawan, ejen kesusasteraan, penerbit, dan maklumbalas dari anak-anak mudaJika plot filem ini di sorot,  Julie dan Julia mendapat sokongan daripada suami mereka.



Saturday, September 2, 2017

The Shallows


Filem bertemakan ikan jerung yang paling di ingati  hingga saat ini adalah Jaws, yang di arahkan oleh Stephen Spielberg. The Shallows menampilkan sesuatu yang berbeza dengan filem-filem jerung yang lain sebelum ini.  
Isteri kepada pelakon Ryan Reynolds, Blake Lively memberikan lakonan yang benar-benar memberikan kesan berbanding drama seperti Gossip Girls dan filem-filemnya yang sebelum ini seperti The Sisterhood of the Traveling Pants, The Sisterhood of the Traveling Pants2, The Town, The Age of Adaline, Society CafĂ© dan sebagainya.
 The Shallows merupakan salah satu filem survival di tengah laut yang paling menarik dan meningkatkan adrenalin. Aksi Blake Lively bertarung dengan jerung di tengah-tengah laut  membuatkan kita rasa luar biasa dengan Nancy yang berjuang untuk menyelamatkan diri dari jerung yang mengorbankan 3 orang manusia yang cuba membantunya. Filem ini juga di lihat dengan sempurna selain menampilkan pemandangan laut yang indah, serta menyaksikan aksi Nancy meluncur dengan baik.
Nancy mencari pantai tanpa nama yang dirakam oleh ibunya pada tahun 1998. Pantai tanpa nama memang di lihat  sangat indah, dan jarang orang mengetahui tempat tersebut. Nancy pun meluncur atas ombak yang menggulung di pantai yang sepi dari penduduk. Tanpa di sedari, pantai itu memiliki sesuatu yang tidak di duga.
Jerung itu bukan sahaja memerangkap Nancy yang terperangkap atas batu tetapi bijak untuk cuba menewaskan Nancy berulang kali. Nancy bukan seorang yang lemah walaupun emlawan kesakitan dan di sengat obor-obor, dia sedaya upaya berjuang hinggakan dia akan berserah seandainya tiada jalan lain untuk dia berjuang.
Filem ini merujuk pada perjuangan. Ayah Nancy memberitahu ibu Nancy adalah pejuang yang melawan sakit barah. Nancy juga membuktikan dirinya juga adalah pejuang yang terperangkap di tengah-tengah laut. Filem ini nampak simple tetapi terisi ketegangan dan persoalan bagaimana Nancy menyelamatkan diri ataupun adakah Nancy akan mati?Itu  yang membuatkan penonton tidak senang duduk!



A Mighty Heart







Filem lakonan Angelina Jolie berdasarkan kisah benar dan pengalaman wartawan majalah Glamour dan Kolumnis dari Perancis, Mariane Pearl ke Karachi, Pakistan untuk mencari suaminya, Danny yang di culik.

Novel yang ditulis oleh Mariane Pearl sendiri dan mengisahkan tentang bagaimana suaminya Daniel Pearl diculik di Karachi, Pakistan. Hanya karena Danny seorang Yahudi dan dianggap tali barut Amerika. Film ini menceritakan bagaimana ketabahan dan penantian Mariane menanti kabar suaminya  lebih dari sepuluh hari dalam keadaan hamil. 

Daniel Pearl atau Danny merupakan Wartawan  dari Wall Street Journal yang mengajak isterinya Mariane Pearl yang juga seorang Wartawan  untuk tinggal beberapa waktu di Karachi, Pakistan. Danny mahu menemubual seorang tokoh Islam bernama Sheikh Gilani. Danny sudah merancang sebuah pertemuan dengan tokoh Islam tersebut bantuan beberapa orang di Pakistan. Pertemuan yang di rancang sebenarnya adalah satu perangkap. Sheikh Gilani tidak tahu menahu yang  Wartawan Amerika yang datang mahu menemubualnya. Sheikh Gilani  sendiri pun sebenarnya selalu menolak setiap permintaan wawancara

Filem berat ini melibatkan NGO, Wartawan, Wall Street Journal, polis Pakistan, FBI dan sebagainya termasuk Mariane bagaimana untuk mencari Danny, Wartawan Wall Street Journal. Mereka mencari dan membaca  semua email yang ada di komputer Danny. Javed, CID Pakistan memberikan akses untuk menyemak semua talian telefon, serta menyemak identiti nombor-nombor telefon yang mungkin berkait rapat  dengan penculikan Danny  Filem ini juga menggambarkan kehidupan dan masyarakat Pakistan yang beragama Islam. Keadaan semakin tegang bila Danny dikatakan mata-mata Amerika yang menyamar sebagai Wartawan. Asra, seirang muslim memaklumkan bahawa India dan Pakistan memiliki hubungan yang tidak baik lantaran berbeza agama dan fahaman.
Babak Mariane meraung, dan menangis bila mendapat tahu suaminya mati terus wajahnya serius bertanyakan kepada penyiasat macam mana tahu suaminya mati?

Filem ini di adaptasi dari buku A Mighty Heart: The Brave Life and Death of My Husband Danny Pearl yang di tulis sendiri oleh Mariane Pearl dan filem ini diterbitkan oleh Brad Pitt. 
Filem ini sangat best!

Sukan SEA 2017

Taraaaa
Rasa tak best pula bila Sukan SEA ke 29 berakhir pada malam 30 Ogos 2017. Sebelum ini Malaysia jadi tuan rumah sukan sea pada tahun 2001 di Kuala Lumpur. saya memilih Astro Arena untuk mengetahui perkembangan sukan-sukan yang dipertandingkan.
Paling best acara terjunan menyapu habis semua pingat. Amsyar Ahmad menembus kekecewaan dengan meraih 2 emas dan 1 perak. Saya tak lupa terjunan beliau di Singapura pada 2 tahun lepas amat mengecewakan. Semua atlit terjun  Malaysia bertaraf dunia.
Hoki Lelaki paling best sebab membelasah Myanmar dengan menyumbatkan gol sebanyak 14 kali pada perlawanan akhir. Jangan tak tahu sejak tahun 1975 hingga sekarang Joki malaysia amat digeruni pasukan lawan di Asia Tenggara.

Saya sedikit rasa tak syok bila badminton, sepak takraw tidak mampu menyanigi pihak lawan. pemain perseorangan negara lelaki belum ada yang mampu menyaingi Datuk Lee chong Wei. begitu juga Malaysia amsih ketandusan lompat kijang yang dulu  di dominasi oleh Zaki Sadri

Paling membanggakan, anak Merlimau Muhammad Khairul Hafiz menjadi manusia terpantas di Asia Tenggara. Sebelum ini Rabuan Pit, anak kelahiran Merlimau juga antara yang terpantas di Asia Tenggara. Sebelum ini anak-anak Merlimau mewarnai dunia hiburan seperti  seperti Ziana Zain, Anuar Zain, Nory, Khaidira Abu Zahar dan Ayda Jebat. Ada juga pelari negara seperti Badrol Baktiar. 

Di acara renang, Malaysia masih ketandusan perwnang wanita yang hebat seperti Nurul Huda Abdullah dan Tania Bego. Acara ini di dominasi oleh Singapura dengan keunggulan Schooling.

Mengenai bola sepak, malang 16 tahun lalu kembali menimpa skuad remaja bawah 22 tahun. pada tahun 2001, tempat yang sama, lawan yang sama, dan pengakhirannya juga sama. bagi saya, Thailand menang nasib atas kelalaian penjaga gol Malaysia. saya agak geram dengan aksi Safawi Rasid yang suka 'conquer' bola seorang diri. Dia seolah lupa 10 lagi rakan seperjuangan di atas padang.

Cinta Takkan Berakhir

Bab 5

Percutian kali ini, dia sengaja mahu seorang diri. Dia ke KLIA 2 pun tiada siapa yang menemani meskipun ayah menawarkan diri untuk menghantar, dia menolak. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun. Dia ke KLIA 2 pun dengan memandu kereta sendiri. Dia mahu menikmati kenikmatan  dan keseronokan percutian tanpa sebarang gangguan. Memang sunyi. sepi. Dengan cara ini dia dapat mengharungi hidup sendiri yang pernah dia nikmati beberapa tahun dulu. Dia sudah biasa hidup tanpa cinta tapi memang ada rasa sedih yang tertinggal di hatinya digagahkan juga. Namun begitu kekuatan dan ketabahan harus ada dalam jiwa jika tidak mahu tewas. 
Dia ke KLIA 2 untuk tiba pada jangka waktu yang cepat. Sepanjang perjalanan dari Melaka ke Sepang pun dia memandu perlahan di laluan kiri. Dia begitu asyik melayani lagu-lagu yang berkumadang dari CD Misha Omar. Mujur matanya tidak mengantuk di kala dia keseorangan memandu membelah Lebuhraya utara-selatan.
            Tiba di KLIA 2, dia menikmati hidangan satu set menu McChiken Deluxe di McDonald sebagai alas perut. Sambil itu dia sempat duduk di restoran segera itu berjam – jam lamanya untuk menaip apa sahaja idea yang terlintas di fikirannya. Menyiapkan beberapa buah artikel untuk bulan-bulan yang seterusnya. Matanya juga meliar memerhati tingkahlaku dan pergerakan manusia. Pelbagai ragam manusia yang kadang kala membuatkan dia tersenyum, tertawa dan adakala dahinya berkerut. Dia juga sempat membeli pelbagai majalah dan buku sebagai santapan di Pualu Redang nanti.
            Penerbangan singkat tidak sampai satu jam membuatkan dia tidak puas. Dia belum puas berehat sambil menikmati keindahan awam yang berarak lembut. Ini yang membuatkan Eriqa Ellen berkira – kira mahu ke  Jogjakarta, Bali ataupun  ke Negara-negara eropah selepas ke Pulau Redang. Dia kepingin sekali menikmati tinggalan sejarah yang penuh estetika di negara yang pernah dijajah Belanda dulu. Dia juga pecinta sejarah dan seni. Pernah berangan –angan mahu menghasilan buku berkisarkan penggemabaraan dan pelancongan suatu hari nanti.
            Eriqa Ellen mengambil keputusan mendiami Redang Island Resort yang ditempah arwah tunangnya untuk tempoh seminggu sahaja. Resort Redang Island terletak 10-minit dari Jeti Redang.
            Eriqa Ellen mahu melewati pulau ini dengan berjalan kaki ataupun menggunakan kenderaan awam yang sedia ada. Lewat petang itu dia sedang menikmati cendol di suasana panas terik. Walaupun memakai topi, bahangnya tetap terasa. Matanya tidak lepas memandang ombak yang begitu setia menghempas pantai. Ramai orang menjadikan pantai dan ombak sebagai simbol cinta. Beberapa pasangan kekasih ataupun mungkin suami isteri yang bercanda riang dihadapannya turut mengusik kolam hatinya. Serta merta dia teringatkan arwah tunangnya. Ada rindu yang membara. Dia cuba menahan sebak.  Eriqa Ellen mengambil tempat di atas bangku panjang berteduhkan pohon yang rending. Lantas Eriqa Ellen mencapai buku yang sempat dibelinya di KLIA 2 tadi dari dalam beg. Buku The Magic tulisan Rhonda memberikan dia inspirasi.
            “Cik, ada nota untuk cik”seorang pelayan lelaki menghulurkan satu sampul surat kecil kepadanya. Eriqa Ellen menyambutnya dengan lambat. Ada rasa terkejut tetapi cuba di kawal getaran tangan kanan. Dari siapa? Namun pertanyaan itu hanya tersekat dikerongkong. Dia belum nampak atau jumpa sesiapa yang dikenalinya. Nota kecil yang berlipat dibuka perlahan.
            Hai, apa khabar. Masih ingatkah lagi dengan Aizal Izham?
            Eriqa Ellen tersentak. Dia mengetap bibirnya kuat – kuat. Aduhai, kenapalah  aku  harus terjumpa lelaki itu di sini pula. Nota kecil itu direnyuk perlahan kemudian diramas-ramas hingga menjadi bebola kecil. Matanya meliar perlahan yang terlindung disebalik topinya yang lebar. Di satu sudut seorang lelaki berambut pendek tersenyum kepadanya. Eriqa Ellen terkaku tanpa memberi apa – apa tindakbalas. Lelaki yang dulu berambut panjang dan berimej rock sudah berubah imejnya. Barangkali itu imej baru setelah berkahwin dengan gadis pilihan. Kemudian senyuman lelaki itu termati bila seorang wanita berambut panjang kerinting dan bertubuh gempal datang duduk di berhadapan Aizal Izham.
            Eriqa Ellen tersenyum sinis. Huh, ingatkan isterinya cantik macam peragawati rupanya macam mak buyung. Rasa – rasanya isteri Aizal Izham lebih muda darinya sebab Aizal Izham pernah memberitahu bakal isterinya adalah adik angkat.
            Tanpa membuang masa Eriqa Ellen terus bergerak menuju ke biliknya. Dia mahu berehat sambil melayari internet ataupun menulis.  Untuk cuti kali ini dia sengaja mematikan telefon bimbitnya. Hanya ibu dan ayah sahaja yang akan menghubungi dia ke hotel tempat dia menginap.Eriqa Ellen bercadang mahu menyambung penulisannya. Baru dia membuka laptop, telefon sebelah katil berdering. Lantas dia menyambut dengan rakus.
            “Hai sayang!”satu suara lelaki dihujung talian membuatkan dia tersentak. Darah Eriqa Ellen sudah berderau. Darah sudah naik hingga naik atas kepala. Dia cukup kenal suara garau milik lelaki ini.. Sayang? Masih dia panggil aku sayang? Kurang asam! Cis, dasar suami orang tidak tahu malu.
            “Awak nak apa lagi?” suara Eriqa Ellen perlahan dan tenang. Dia memang  kurang senang dengan lelaki ini. Sudah  berkawin pun panggil perempuan lain dengan gelaran sayang. Suami jenis apa ini?
            “Saja nak tanya khabar. Takkan tak boleh?” tanya Aizal Izham dengan rasa terkilan. Namun senyuman terukir di bibir.
            “Bukan ke awak dah pesan pada saya, jangan ganggu awak lagi.  Awak suruh saya lupakan awak. Takkan itu dah lupa?” suara Eriqa Ellen tinggi. Geram hatinya tidak terkira. Sudah elok-elok dia memadam nama lelaki itu dalam hidupnya, alih-alih lelaki ini muncul lagi.
            Lelaki itu terdiam. Begitu juga Eriqa Ellen menanti jawapan dari mulut lelaki yang berdiri di sebelahnya “Ellen, baru saya sedar, sebenarnya saya masih mencintai awak. Saya selalu teringatkan awak. Saya sayangkan awak” sayu suara Aizal Izham memberitahu dengan nada sedih.
            “Sudahlah. Ingat senang ke nak lupa apa yang awak marah saya dulu. Dulu saya hendak jadi kawan awak pun awak kata tak payah. Awak sendiri suruh saya lupakan awak. Awak kata, nak jaga hati isteri awak. Lupa ke? jerkah Eriqa Ellen sambil mendengus. Manusia sekarang cukup suka jilat ludah semula. Jijik! Sama seeprti pandangannya terhadap Aizal Izham yang seklihatan tenang dan selamba, seolah-olah tiada apa ya ng berlaku di antara mereka berdua sebelum ini.
            “Maafkan saya Ellen” rayu Aizal Izham
            “Maaf? Tak ada apa yang hendak dimaafkan. Saya redha yang kita memang tak ada jodoh dan awak sepatutnya sudah melupakan saya” tegas Eriqa Ellen sambil menjeling. Lelaki ini betul-betul tidak berpendirian.
            “Saya masih cintakan awak Ellen” tekan Aizal Izham dengan nada berharap.
            Eriqa Ellen tersentak. Apakah benar ayat yang ditangkap oleh telinganya? Mudahya kau bercakap! Aku bukan lagi perempuan yang kau boleh bodoh – bodohkan macam dulu. Eriqa Ellen memandang Aizal Izham dengan pandangan tajam. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk muka Aizal Izham tetapi kudratnya pasti tidak terdaya dan dia juga tidak yakin mampu melakukan.
            “Apa? Takkan sebab isteri awak dah gemuk gedempol awak tiba – tiba teringatkan saya. Kan awak kata bakal isteri awak dulu gebu, cantik, dan muda” ejek Eriqa Ellen yang masih belum lupa setiap kata – kata dari Aizal Izham. Betapa angkuhnya lelaki itu bercerita tentang kecantikan bakal isterinya dulu. Pada masa itu Eriqa Ellen terasa terhina sangat bila dibandingkan sebegitu rupa. Sekarang dia rasa ‘menang’. Kalau dibandingkan dia dengan isteri Aizal Izham, dia yakin dia mampu menarik perhatian lelaki.
            “Ellen, dengar dulu apa yang saya nak cakapkan pada awak” pujuk Aizal Izham.
        “Diam! Saya taknak dengar apa – apa lagi. Cukup! Tolong jangan ganggu saya lagi. sekarang awak anggap saja saya dah mati. Anggap kita sebelum ini tidak pernah bertemu sebelum ini. Faham!” Eriqa Ellen pulangkan paku keras.
            Aizal Izham tergamam mendengar. Ada rasa kesal yang teramat sangat. Dialah lelaki paling bodoh di dunia bila meninggalkan wanita yang teramat baik di matanya. Sejujurnya dia tidak pernah menemui wanita sebaik Eriqa Ellen Tidak pernah merungut. Bukan jenis wanita yang suka maki hamun atau suka cakap lepas. Setiap kali Aizal Izham marah, Eriqa Ellen lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.  Sebaliknya segala kemarahan dan penderitaan disimpan kemas dalam hati Eriqa Ellen.
            Eriqa Ellen terus menghempaskan telefon. Hatinya sudah puas sekarang. Dia sudah membalas balik setiap kata – kata lelaki itu. Huh, bila isteri kau dah gemuk macam badak sumbu baru sibuk nak cari aku balik. Huh, lelaki mana pernah puas? 

           Eriqa Ellen terus menghidupkan suis Notebook Acer. Dia mahu menyiapkan beberapa buah bab untuk manusakrip terbarunya. Dia mahu kembali  sebagai Novelis seperti empat tahun yang lalu. Semangatnya yang luntur kembali menyerap ke dalam tubuhnya. 

Saturday, August 19, 2017

Ulasan Novel: Marina

Assalamualaikum



Ini adalah kali pertama saya membaca novel tulisan Saidee Nor Azam yang bertajuk Marina. Sebelum ini saya ada baca antologi tulisan Saidee Noor Azam melalui buku antologi bertajuk Marina. Saya tereksan dengan novelet tersebut. Sebuah kisha seram yang menarik maka di lanjutkan menjadi sebuah novel.

Saya suka plot dan watak perwatakan yang di garapkan dalam novel ini cuma roh Jamaliah tidak membnatu sangat dalam konflik yang di hadapi oleh Marina dan suami serta anak kecilnya. Pengakhirannya meninggatkan saya pada filem Dark Water. Sejujurnya bila perpisahan antara ibu dana nak sebenarnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Marina baru pulih dari sakit mental dan tekanan jiwa dan mengahwini Aiman yang sanggup menantinya keluar dari Hospital Sakit Jiwa. keluarga kecil mereka berdua dikurniakan mylin. Tiga berana pindah ke sebuah banglo yang dibelikan oleh Aiman tanda cinta dan sayangnya pada Marina.

Konflik semakin hebat bila Aiman meninggal dunia lantas Marina dan Mylin di himpit rasa takut. Ashikin, sahabat kolej Marina datang untuk membantu dengan kudrat yang ada. Mereka bertiga berdepan dengan semangat roh hitam. Mylin meninggatkan saya pada pelakon kanak-kanak yang berlakon dalam filem seram Poltergeist sehingga di bawa masuk ke alam kematian.

Kisah seram yang padat walaupun pengakhirannya agak menyedihkan dan saya bagi 4/5 bintang!

Friday, August 11, 2017

Cinta Takkan Berakhir

Bab 4

Talian telefon bimbit terus dimatikan. Baru sebentar tadi dia menghubungi emak untuk melepaskan rindu. Eriqa Ellen meninggalkan balkoni lalu menghempaskan tubuh di atas sofa empuk. Tangan kanan diletakkan di atas dahi. Pening. Binggung. Sedih. Darahnya mendidih bila emak di kampung membangkitkan soal kahwin. Kahwin! Eriqa Ellen tidak pasti sama ada dia sudah bersedia atau tidak. Mungkin tidak. Mungkin ya. Dia keliru. Pemergian Adam Johan secara tiba - tiba turut membantutkan keinginannya untuk berumahtangga.
            Aduh, zaman sekarang bukan senang hendak mencari calon suami yang sesuai apatah lagi yang baik. Lagipun kubur Adam Johan masih merah. Dia belum bersedia mencari pengganti Adam Johan hanya kerana peningkatan usia ke angka 30-an. Dia memerlukan ruang dan juga masa. Eriqa Ellen juga meletakkan diri pada landasan takdir. Padanya, DIA yang telah merancang semua ini untuk dirinya. Cuma Eriqa Ellen merisaukan emaknya yang sentiasa risaukan dirinya. Senang cerita, ibu dan anak saling risau antara satu sama lain. Lebih memeningkan kepala otak bila emak memanjangkan cerita mengenai sepupunya, Shila yang bakal naik pelamin pada hujung bulan  ini. Ikutkan hati tidak mahu tetapi mengenangkan Shila menelefonnya malam semalam meminta dia menjadi pengapit. Eriqa Ellen menolak secara baik cukuplah sekadar dia membantu di bahagian dapur. Lagipun dia sudah berjanji dengan sepupunya yang dia akan datang meraikan perkahwinan itu. Tapi dia risaukan mulut – mulut ibu saudara dan orang kampung yang sudah pasti bertanyakan soalan yang masih belum ditemui jawapannyaArghhhh susahnya jadi orang dewasa.
            Baru Eriqa Ellen hendak melelapkan mata telefon bimbitnya berbunyi lagi. aduh, siapa pula yang ganggu aku bercuti ni. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kopi dicapai dengan  rakus. Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menekan butang hijau.
            “Hello!”jawabnya dengan kasar tanpa melihat skrin terus menekan butang hijau.
           “Hello, Ellen. Kenapa pagi – pagi ni dah macam naik angin” satu suara wanita dihujung talian bergema lembut.
            Alamak! Mata Eriqa Ellen terus membutang bingkas duduk dengan sopan di atas sofa walaupun tiada sesiapa yang akan melihat. Dia tidak sangka Puan Halizah menelefon pada pagi - pagi begini. Wanita yang merupakan pengasas majalah GAYA seorang yang lemah lembut dan bertindak juga sebagai pengarah Syarikat Chantique untuk majalah – majalah diterbitannya.
            “Ohhh Puan maafkan saya tadi. Kenapa Puan? Ada apa – apa yang boleh saya bantu?”Tanya Eriqa Ellen dengan suara yang sengaja dilembutkan. Dia risau juga kalau – kalau Puan Halizah menolak artikel tulisan – tulisannya. Jenuh dia hendak menulis balik. Lebih memeningkan kalau dia tiada idea, apa yang hendak ditulisnya? Saat ini memang otaknya kosong sama juga hatinya yang turut kosong. Dia sempat tersenyum bila teringatkan lirik lagu Kosong nyanyian Najwa Latif. Dia sukakan lagu itu.
            “Awak di rumah ke? Saya ingatkan kamu dah bercuti di luar negara ke, balik kampung ke? Lebih baik awak berehat ditempat yang menenangkan, manalah tahu awak boleh jumpa jodoh di sana” usik Puan Halizah terus terkikih ketawa. Dia tahu Eriqa Ellen seorang wanita yang mudah dibawa berbincang serta mudah di ajak bergurau kalau kena tempat.
            Eriqa Ellen sudah menarik muka masam. Ini seorang  lagi yang tidak habis – habis dengan soal jodoh. Memang elok duduk serumah dengan emak aku. Jodoh dan kahwin, huh lebih kurang serupalah tu. Eriqa Ellen memegang kepalanya, bagaikan mahu menjerit bila orang sebut soal kahwin! kahwin!
            Eriqa Ellen buat – buat tergelak perlahan, “Puan, saya sebenarnya memang ada di rumah lagi ni. Hendak mengemas  rumah dulu. Esok pagi baru saya akan ke Pulau Redang”jelas Eriqa Ellen jujur.
            Dia sendiri sudah tidak sabar - sabar mahu ke sana. Dia rindukan bunyi ombak. Rindukan ketenangan. Dia mahu bersendirian di pulau indah itu. Dia mahu menjadi orang asing di situ. Indahnya hidup tanpa dikenali ramai. Wow, macam artis popular pulakkan?
            Malam tadi dia sudah mengemas baju dan peralatan yang akan dibawa. Dia ada mempunyai teman baik di Terengganu. Pada awal perancangan dia mengajak teman baiknya itu ikut sama tetapi temannya itu ada kerja yang harus diselesaikan. Tanpa pening – peningkan kepala, Eriqa Ellen mahu bersendirian tanpa mengenali sesiapa pun di Pulau Redang. Dia akan menghubungi teman baiknya apabila pulang dari pulau Redang nanti. Tapi percutian kali ini dia mahu menghirup suasana kedamaian dan ketenangan. Mahu menghabiskan sebanyak mungkin buku dan majalah yang akan dibawa. Selain itu menghabiskan masa di Spa atau bermain jet ski di pantai. Eriqa Ellen sudah membayangkan itu semua di sana nanti. Lagipun Pulau Redang adalah pulau impian dia dan Adam Johan berbulan madu tapi sayang semuanya rancangan mereka berdua ditinggal sepi. Hilanglah lagu fantasia bulan madu, memek muka Eriqa Ellen menjadi sedih.
            “ Ellen mahu ke Pulau Redang? Bagusnya. Berapa lama Ellen akan ke sana?”
        “Dalam tiga atau empat harilah. Mungkin di sana saya akan terus menulis mengenai pelancongan pula” Eriqa Ellen cuba untuk menceriakan nada suaranya. Dia sedaya upaya mengawal nada sedih suaranya. Bayak  cerita tragis sewaktu dia berkhidmat di Chantique  Publication. Di sana juga dia belajar erti kesabaran dan kekuatan untuk jiwa dalamannya agar dia terus tabah menghadapi segala kemelut yang melanda kerjaya dan juga dirinya.
            “Teruskan menulis. Kamu penulis yang baik dan hebat. Saya hendak khabarkan pada kamu ni, tulisan kamu dalam majalah bulan ini mendapat respon yang hebat” puji Puan Seri Halizah.
            Eriqa Ellen tersenyum. Bangga. Lega. Setiap bulan tulisannya akan mendapat tempat di hati pembaca. Sebagai penulis bebas itulah yang diharapkan. Respon dan komen pembaca merupakan ukuran prestasinya. Dia juga berkira – kira mahu kembali menulis novel selepas lima tahun menyepi dari dunia novel.
            “Tulisan kamu tentang Wanita dan kerjaya mendapat pujian. Ramai yang setuju jika kaum wanita harus ada aset sendiri. Bagus!” puji Puan Halizah
            “Terima kasih Puan. Lagipun wanita zaman sekarang harus peka dengan dunia sekarang. Yelah, ramai wanita ni nak sangat kahwin lepas belajar sedangkan mereka mampu membina kerjaya dan memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta” tegas Eriqa Ellen mempertahan artikelnya.
            Dunia sekarang bukan zaman macam dulu - dulu. Kalau dulu wanita disuruh duduk rumah memasak, membasuh baju, melayan anak dan sebagainya tapi sekarang tidak lagi. Wanita sekarang lebih ramai berpendidikan tinggi berbanding lelaki.
      Setiap tulisannya berpandu pada dirinya sendiri. Habis belajar di UPM dalam bidang kesusasteraan Melayu dan Linguistik tidak lama dulu, dia terus mencari kerja di sebuah syarikat penerbitan yang cukup terkenal sebagai Editor majalah GAYA. Dalam tempoh lima tahun dia berjaya memiliki kondominium mewah dan sebuah kereta idaman  Suzuki Swift. Wanita berhak memiliki apa yang dididam – idamkan. Pakaian berjenama, kasut mahal dan beg tangan buatan luar negara dan mengembara di seluruh dunia serta bersosial dengan teman – teman rapat. Dia akui sewaktu dulu dia pernah hanyut dengan duniawi. Pernah hampir tenggelam gara-gara kecewa dengan perpisahan cinta pertamanya dulu namun dia bersyukur bila dianugerahi iman yang kental agar tidak terus hanyut dalam lautan duniawi.
            “Puan, tulisan saya itu sekadar meninggatkan kaum Hawa agar mereka dapat apa yang mereka cita – citakan. Adalah lebih baik mereka dapatkan semua sebelum berkahwin. Bila dah kahwin, kehidupan mereka terbatas. Kalau mereka dapat suami yang mengongkong, habislah! Wanita harus membuktikan yang dia mampu berdikari dan miliki apa yang dihajati selama ini” Eriqa Ellen bersuara sinis. Dulu sebelum dia bersetuju menerima lamaran Adam Johan, dia telah memberitahu syarat-syarat yang dia mahukan selepas bernikah iaitu mahu membuka Kafe Buku dan mahu menyambung sarjana. Alhamdulilah Adam Johan menerima syarat itu dengan hati yang ter buka.
           Puan Halizah yang mendengar rasa kagum dengan keyakinan Eriqa Ellen. Wanita itu dikenalinya melalui tulisan – tulisan yang tersiar di majalah dan juga akhbar. Malahan dia sempat membaca novel – novel karya wanita itu sebelum ini. Baginya Eriqa Ellen amat berbakat dalam bidang penulisan. Mampu menulis pelbagai genre penulisan dan tidak semua penulis berkemampuan menulis seperti Eriqa Ellen.
            “Ellen, kamu tidak mahu kembali menulis novel? Kamu sangat berbakat sayang. Ada juga pembaca menanyakan novel terbaru kamu” suara Puan Halizah sedikit mengendur. Bukan dia tidak tahu kenapa Eriqa Ellen melupai terus penulisan novel. Dia juga ramai rakan di kalangan penulis-penulis tersohor, ada di antara mereka kenal dengan Eriqa Ellen. Ada juga yang meminta Eriqa Ellen kembali menulis novel.
            Eriqa Ellen terdiam seketika. Dia kehilangan kata – kata seketika. Dia memang amat merindui dunia penulisan novel. Semangatnya luntur apabila orang yang membawa dia ke dunia novel iaitu Novelis Liza Aryana telah meninggal dunia empat tahun yang lalu. Novelis terkemuka itu yang mendidik dan menjadi orang kuat di belakangnya saat novel – novelnya laris di pasaran. Tanpa Liza Aryana, mungkin namanya tidak terpahat dalam bidang penulisan.
            “Saya tak tahu bila saya akan kembali dengan novel baru. Berikan saya masa. Memang saya ada tulis sikit – sikit” lemah suara Eriqa Ellen.Dia akui di masa lapang dia ada menaip beberapa buah bab untuk novel terbaru tetapi tidak seaktif dulu.
            “Sayang, kamu sangat berbakat. Saya tahu kamu bukan sahaja berkebolehan menulis artikel dan novel tetapi kamu boleh buat puisi dan cerpen. Tidak ramai yang ada bakat macam itu. Yang ada pun penulis hanya tahu menulis novel sedangkan puisi, cerpen atau artikel mereka tidak tahu. Ramai yang mengkagumi bakat kamu. Kamu harus kembali menulis novel. Kalau arwah Liza ada, dia juga pasti mahu kamu kembali menulis novel. Liza Aryana adalah kawan baik saya” terang Puan Halizah.Tiba - tiba dia rindukan teman baiknya yang meninggal dunia akibat barah hati.
            Eriqa Ellen terdiam lagi.Dia juga terbayangkan seraut wajah lembut yang juga idolanya Liza Aryana yang merupakan  orang terpenting yang membawa dia ke dalam dunia novel.
            “Ellen, Liza Aryana selalu menceritakan tentang kamu. Dia sangat kagum dengan kamu. Takkan kamu nak sia – siakan bakat kamu sebagai penulis novel. Come on, bangkit dari kisah silam kamu. Saya tahu kamu masih bersedih dengan kematian tunang kamu. Tapi sampai bila kamu harus begini? Saya berjanji, kalau kamu dapat siapkan sebuah novel, saya akan terbitkan novel kamu dari Chatique Publisher” janji Puan Halizah bersungguh – sungguh.
            Dalam rancangannya sekarang, beliau selaku  pengarah urusan yang juga pemilik serta pengasas majalah GAYA, dia mahu menerbitkan novel dan juga buku-buku islamik dan ilmiah.
            “Betul ke?” tanya Eriqa Ellen dengan suara girang. Bagaikan ada satu semangat meresap ke dalam tubuhnya. Saat ini dia mula rasa sedikit kegembiraan.
            “Ya. Untuk pengetahuan kamu, saya baru bermesyuarat dengan pengedar novel untuk menerbitkan novel – novel pula. Ini adalah satu cara Chatique Publisher mengekalkan momentum sebagai pengeluar majalah  dan juga novel. Sebenarnya banyak lagi projek – projek yang bakal saya jalankan. Selepas ini majalah untuk kanak – kanak juga akan saya terbitkan selepas majalah Sis untuk remaja"kata Puan Halizah penuh yakin. Dia cukup yakin untuk mengeluarkan produk –produk bacaan untuk masyarakat. Sesuai dengan statusnya sebagai Usahaawan wanita yang pernah bergelumang dengan dunia pendidikan, dia mahu mendidik masyarakat terutama remaja agar ada minat membaca. Ini kerana Malaysia antara negara yang tergolong dalam kumpulan yang tidak minat membaca. Sebagai masyarakat yang prihatin dan peka, dia harus bertindak melakukan sesuatu.
            “Puan Seri berikan saya masa. Saya tidak berani nak janji apa-apa” kata Eriqa Ellen dengan separuh hati. Dia tidak mahu terus di desak. Semua itu memerlukan masa dan ruang. Dalam pada masa yang sama dia memang bercadang mahu menyiapkan manuskripnya yang tertangguh bertahun-tahun lamanya. Barangkali ini masanya untuk dia kembali ke arena novel.
            “Saya tahu kamu akan kembali menulis novel semulakan?” teka Halizah. Dia tahu akan semangat wajah Eriqa Ellen. Wanita ini Nampak lembut tapi orangnya amat tegas dan bersemangat waja. Sebelum ini Eriqa Ellen dikenali sebagai novelis remaja tetapi ditinggalkan sebaik sahaja memegang jawatan sedagai Editor.
              “Ya saya akan kembali dengan novel baru!" ucap Eriqa Ellen dengan penuh semangat. Dia akan kembali  mencari satu manuskrip yang terbengkalai lima tahun dulu. Perjalanan erita itu sudah separuh jalan. Jalan cerita itu juga masih diingati. Dia mahu ke Pulau Redang kerana  lokasi manuskrip itu berlatar belakangkan Pulau tercantik di Terengganu.
           “Alhamdulilah. Itu yang saya mahu dengar dari wanita hebat.” Puan Halizah kelegaan.
            Senyuman Eriqa Ellen berubah sedikit bila teringatkan sesuatu. Sesuatu yang pernah menyakitkan hari malah memberi sedikit kesan pada hunungan dia dengan Adam Johan tidak lama dulu.
            “Puan bagaimana dengan kakak ipar puan? Adakah dia masih  marahkan saya?” tanya Eriqa Ellen ingin tahu. Dadanya berdebar. Dia masih kecewa alah sedikit terkilan. Masih tertanya –tanya akan satu insiden yang memalukannya. Kerana insiden itu juga punca dia meletakkan jawatan sebagai Editor yang menjadi rebutan ramai.
            “Jangan fikirkan sangat hal itu. Saya tahu kamu bagaiamana walaupun saya mengenali kakak saya lebih sepuluh tahun. Saya percayakan kamu. Saya mahu kamu bangkit dari kesedihan. Bina hidup baru. Ruang untuk kolumnis memang saya hadiahkan untuk kamu. Saya tidak mahu kamu hilang gelaran sebagai penulis. Kamu pun ada pengikut sendiri” tegas suara Puan Halizah memberitahu
            Eriqa Ellen terkedu. Dia rasa terharu kerana kepercayaan yang diberikan oleh Puan Halizah. Begitu juga dengan arwah Adam Johan yang lebih mempercayainya berbanding fitanh yang disampaikan oleh Suzana, Editor baru Majalah GAYA. Dia tahu Suzana sedaya upaya mahu merampas Adam Johan darinya. Tapi dia percaya Adam Johan juga mengenali Suzana, wanita yang bagaimana. Sewaktu dia dilempang oleh adik ipar Puan Halizah, dia dapat melihat betapa sinisnya senyuman Suzana.
            “Sayang, abang lebih percayakan Ika dari semua orang. Abang lebih kenal siapa Ika. Dan hanya Ika sahaja yang mengenali abang bagaimana. Kenapa kita mesti nak biarkan orang lain melihat kita berpisah? Abang tahu, Ika tak akan ada hubungan sulit dengan orang lain. Abang percayakan Ika. beritahu Adam Johan bersungguh-sungguh sambil merenung wajah Eriqa Ellen.
            Eriqa Ellen tersandar menangis. Dia rasa terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Adam Johan. Matanya melihat lampu isyarat masih merah. Adam Johan disebelahnya memegang pipinya yang masih bengkak.
            “Suzana yang sebarkan fitnah tukan? Abang akan ajar Suzana dan Datin tak guna tu!”  beritahu Adam Johan sambil mengetapkan giginya. Dia cukup menyampah bila memandang Suzana. Suzana berkali-kali menghubunginya menceritakan keburukan Eriqa Ellen tidak tentu pasal. Eriqa Ellen kaki melayanlah, kaki propalah, Eriqa Ellen ada skandal denggan VVIP itu ini dan lebih memburukkan keadaan, sewaktu dia makan malam bersama Eriqa Ellen, boleh pula Suzana menelefon dia beritahu dia ada di hotel dengan Datuk mana entah. Masa itulah dia’sembur’ Suzana dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
            “Jangan! Jangan buat apa-apa pada Datin tu. Ika dah buat keputusan. Ika nak berhenti kerja. Ika nak balik Melaka” kata Eriqa Ellen dengan linangan air mata.
            Adam Johan sedikit tersentak memandang wajah tunangnya. Tangan Eriqa Ellen disentuh dan dubawa tangan itu ke dadanya, “ Abang juga akan minta tukar ke Melaka. Kita akan duduk di Melaka sama-sama”
            Eriqa Ellen memejamkan matanya. Adam Johan sanggup bekorban untuknya. Sanggup mengikut dia ke mana sahaja asalkan sentiasa bersama.
            “Ika….!”
            “Ya Puan Seri, saya akan kembali menulis novel” tanpa berfikir panjang, seolah-olah ada semangat baru meresap dalam tubuhnya. Kali ini dia lebih bersemangat. Dia tidak amhu terus hanya dengan kesedihan yang sentiasa melanda. Putus cinta dan kematian  tunang tidak semestinya dia terus tenggelam dibawa  arus kesedihan. Kali ini dia mahu berjuang mengembalikan cita-citanya.
            “Saya tahu nama awak akan kembali naik. Cukup-cukuplah awak mengalah dengan apa yang berlaku. Jangan diingatkan lagi kes tak dibayar royalty, kes ditikam belakang oleh kawan baik kamu sendiri dan terimalah pemergian Adam Johan dengan redha. Setiap yang berlaku ada hikmahnya” jelas Puan Halizah yang tidak ubah seperti seorang Ustazah.

            Eriqa Ellen diam seketika sambil memejamkan mata. Sesungguhnya hidup ini adalah perjuangan.