Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

I Am Sam

Salam,
Sebuah filem lakonan hebat Sean penn, Dakota Fanning dan Michelle Pfeifeer. Filem ini melayakkan Sean Penn mendapat gelaran Pelakon Terbaik. Biasanya saya menonton lakonan Sean Penn sebagai watak antagonis tapi bila menonton filem hebat ini, saya hampir - hampir mahu menitiskan air mata. Sedih sangat. wajah dan mimik Sean Penn berjaya melakonkan watak sebagai bapa yang kurang sempurna. Dia terlalu menyayangi anaknya, Lucy
Babak yang paling sedih bila Lucy memukul dan memarahi ayahnya yang tidak datang melawat dia di rumah keluarga angkat. Yelah hati mana yang tidak sedih bila melihat keluarga angkat Lucy lebih sempurna. Dengan Bantuan peguam, Rita yang tidak putus - putus memberi semangat dan kekeuatan sedangkan ketika itu dia snediri mengalami masalah rumahtangga iaitu suaminya ada perempuan lain dan anak lelakinya mengasingkan diri darinya
Sam tetap berjuang mahu mendapatkan anaknya meskipun ada yang tetap mahu memisahkan dia dan Lucy

Cradle Of Lies

Malam tadi lepas melayari internet, saya mengambil keputusan untuk menonton televisyen. Bila ayah saya dah tamatkan channel movie sebab dirasakan tidak berbaloi, saya semakin bosan. Kalau dulu setiap hari memang menonton channel movie di astro. saya memang jarang menonton drama atau filem melayu melainkan siapa pelakonnya. kalau sekarang ni saya suka menonton drama Wadi Unung yang menampilkan pelakon - pelakon berbakat. Saya memang tak suka menonton lakonan pelakon baru yang tak ubah macam kayu dan tiang elektrik.
malam tadi menonton rancangan filem di hallmark yang bertajuk Cradle Of Lies. kalau diikutkan saya lewat setengah jam menonton filem ini. Okeylah, filem ini mengisahkan seorang wanita bernama, haley yang mengahwini jack, seorang lelaki yang bakal mewarisi kekayaan mendiang datuknya. Tetapi Jack harus memiliki anak lelaki untuk mewarisi kekayaan tersebut. haley akhirnya mengandung tetapi bila diberitahu emreka bakal mendapat anak perempuan, Jack mula berubah dan mula menjalink…

With Love

Salam Semua,

Sebenarnya saya cuma nak cerita mengenai sebuah drama jepun yang paling saya suka sekali iaitu With Love. Pertama kali menonton pada tahun 1997 di televisyen. Masa tu saya tengok drama bersiri ni separuh jalan sebab utama tertarik dengan lakonan Yutaka Takeinouchi. Mula dari tu saya mula tonton drama bersiri ni walaupun selalu tertinggal dan paling sadis tak sempat tengok ending drama ni. Tak puas hati, saya cari VCd drama ni di kedai - kedai Video dan beberapa tahun kemudian barulah dapat jumpa VCD drama With Love.Masa dapat beli, boleh dikatakan hari - hari tengok di komputer dan selalu ulang tayang.
Lagi puas hati dapat jugalah memuat turun naik lagu - lagu yang konon - kononnya dicipta oleh Hata. Kemudian punyalah minat email pun pakai nama teruterubozu81@yahoo.com
Sejak itu saya sentiasa beli VCD lakonan YUtaka Takeinouchi dan selalulah cari berita mengenai lelaki Jepun ni. Walaupun muncul aktor - aktor jepun yang baru, Yutaka tetap di hati, ceh wah :P

Reading Room

Salam Reading Room atau Bilik Membaca. Aku terfikir perpustakaan kecil ke? Apa yang melihat ia adalh sebuah kedai kecil yang di dalamnya sarat dengan rak - rak buku dan majalah kemudian terdapat beberapa buah meja dan terdapat mesin air tin. Menarik. Pemilik Reading Room adalah milik William, seorang lelaki kaya yang bersuai dan kematian isteri, Helen Campbell. mendiang isterinya meminta dia membuka Reading Room selepas kematiannya. Atas kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap Helen, akhirnya dia membuka Reading Room
Bila dia membuka Reading Room dia menemui p[elbagai manusia. Apa yang menarik di sini, filem ini banyak moral bagi mereka yang sukar untuk membaca. Okeylah Reading Room bukan sahaja untuk mereka yang suka membaca tetapi ia turut menjadi kelas tusyen dan kelas pemulihan untuk pelajar - pelajar sekolah rendah yang tidak mahir membaca malah ada beberapa orang remaja turut memebuat kerja sekolah di situ
Javier, adalah lelaki jalanan yang diupah membantunya menjaga Reading …

Before You Say I Do

Salam
Sebuah filem menarik bertajuk before You Say I Do di channel Hallmark. Pelakon - pelakonnya bukanlah dari kalangan pelakon - pelakon Hollywood yang terkenal tapi saya sukakan jalan cerita yang menarik. Mengisahkan George, lelaki dari masa depannya yang mempercayai Jane adalah jodohnya. Ketika itu Jane sudah bertunang dengan Dough, seorang lelaki yang curang dan sempat ada skandal dengan perancang perkahwinannya. Rakan baik Jane dan george merancang mahu memisahkan Jane dengan tunangnya, Dough kerana tidak mahu Jane tertipu dan Dough bukanlah jodoh Jane sebenarnya. Dough yang mendapat tahu mengenai perancangan rakan baik Jane dan George membuat perancangan untuk memerangkap George pula.
Apapun filem ini berakhir dnegan "Happy Ending"

Mann

Salam
Aku sudah banyak kali menonton filem ini. terus terang aku katakan filem ini adalah filem yang betul - betul menyentuh hati aku. Pertama kali aku menonton filem ini adalah pada sepuluh tahun yang lepas melalui CD. Kisah seorang lelaki playboy lakonan Amir Khan yang bertemu dengan Priya lakonan Manisha Koirala. pertemuan mereka berdua membibitkan percintaan dan direstui oleh nenek Dev.
Tanpa disedari, Priya sudah menjadi tunangan orang dan mereka terpisah. Dev hidup susah setelah neneknya meninggal dunia dan kembali bersemangat untuk kembali melukis. Dia melukis sebuah potret iiatu gambar priya bersama neneknya. Tunangan Priya sedar yang dia tidak dicintai oleh Priya merelakan Priya hidup bersama Dev. Priya dan Dev berjanji untuk bertemu di hari kekasih. Dev menanti sambil membawa bunga dan Priya tidak muncul hingga ke malam. Tanpa disedari oleh Dev, ada kemalangan yang berlaku melibatkan Priya.
Dev merasa kecewa kerana seperti dipermainkan. Dev mengadakan pameran lukisan dan agen l…

Kau tercipta Untukku

Salam,
Sebuah novel terbita Buku Prima bertajuk Kau tercipta Untukku tulisan Shahriah Abdullah. Novel ini memang best membuatkan nak tahu apa seterusnya. mengisahkan Amira yang selalu menjadi mangsa deraan suaminya bekerja sebagai pengemas dan pengasuh kanak - kanak. Srhinggalah dia ditugaskan di tumah Engku Farisah yang mempunyai 3 orang anak lelaki dan mengalami konflik rumah tangga dengan suaminya Engku Adruss.

Layanan dan perhatian Mira kepada tiga orang anak itu membuatkan Engku Adruss terpikat dengan Mira. dalam ketika itu Engku Faridah mahu menuntut cerai kerana mahu kembali bersama bekas kekasihnya, Datuk Adnan
Ketika itu juga, Azmi suami Mira banyak membuat onar dan mencanagkan kepada orang kampung yang dia sudah bercerai dnegan Mkra dan menuduh Mira perempuan curang. Bila Azmi mendapat tahu Mira keluar dengan Engku Adruss, Azmi cuba mahu membunuh Mira tapi berjaya diselamatkan oleh Noni, rakan baik Mira.

Setelah Azmi ditangkap dan dipenjarakan dan Engku Faridah berkahwin dengan …

Heartbreak Library

Salam,
SebuahDVD terbaru dari Korea yang bertajuk Heartbreak Library yang mana heronya adalah pelakon My Girl dan heroinenya adalah pelakon Wonderful Life. Jalan ceritanya menarik dan agak menyedihkan.....seorang lelkai yang selalu  datang ke perpustakaan dan membelek setiap buku seperti mencaris esuatu, sehingga dia ditangkap oleh pustakawan wanita kerana mengoyak beberapa helai kertas dari sbeuha buku. Dari situ Pustakawan wanita itu membantu lelaki mnecari sesuatu. Lelaki itu seperti kehilangan diri sendiri dan mencari sesuatu, rupa - rupanya lelaki itu hilang ingatan dan tidak menyedari bahawa teman wnaitanya sebenarnta telah pergi sebenarnya

Threads of Destiny

Tadaaa baru habis menonton DVD dari Jepun. Filem ni best sangat mengisahkan kisah cinta di alam persekolahan antara Mei dan Atsus. Mereka berdua dari latar keluarga yang berbeza tetapi mempunya tarikh lahir yang sama iaitu 29 februari 1992. mereka pernah bertemu pada usia 8 tahun ketika itu mereka berdua berlanggar tidak sengaja. Mereka kembali bertemu di alam sekolah menengah. maka bermulalah bibit percintaan. Namun ada pergolakan antara mereka berdua di mana kawan Atsus menaruh hati pada Mei dan manakala Sara, kawan Mei mula menyangka Mei ada hati pada lelaki idamannya

Pisau Cukur

Saya baru habis tonton filem Pisau Cukur. walaupun agak terlewat menontonnya, filem yang dibintangi Fazura dan Maya Karin memang best dan puas hati. Jalan cerita ringkas dan menarik dan tak berbelit - belit macam filem lain. Lakonan Fazura dan Maya Karin memang mantap dan tergedik - gedik tapi tidak menjengkelakan sebaliknya rasa rasa lucu dan seronok melihat aksi dua aktres terkenal ini.
Filem ini mengisahkan dua orang wanita yang digelar Piasu Cukur tetapi ada sebab tersendiri kenapa mereka berdua jadi begitu. Pertemuan mereka dengan Ari dan fakih banyak memnpengaruhi dan meteka belajar sesuatu yang baru. Intan belajar dan megikut Ari menyiasat kematian datuk Zakarian dan bella pula belajar menari dengan Faqih.
Filem ini juga membongkar persoalan siapa yang mata duitan sebenarnya dan persoa;an mengenai hidup berpoligami. rentetan kematian Datuk Zakariah banyak menuduh ketiga - tiga isteri datuk Zakaria, almaklumlah kemungkinan rasa cemburu, mahukan harta dan bermacam - macam lagi.
Lebi…

Lagenda Budak Setan

Salam
Mula - mula novel dan sekarang sudah menjadi sebuah filem Lagenda Budak Setan. Pertama kali baca novel tebal ini adalah sepuluh tahun yang lalu sewaktu ditingkatan enam atas. Sepatutnya saya bergelumang dengan buku - buku pelajaran tetapi saya mengambil masa sedikit dengan membaca novel LBS secara bersembunyi.
 Mula - mula baca Kasyah di alam persekolahan, Ya Allah nakal gila dan memang layak dipanggil budak setan!Kasyah ada abang bernama Iskandar dan ada seorang ibu. Kasyah bertemu dengan Ayu di alam persekolahan. Mula - mula Ayu memang benci sangat dengan Kasyah sebab kenakalan Kasyah lama - kelamaan Ayu dan Kasyah bercinta.jadi bermulalah episod cinta Ayu dan Kasyah tetapi kehadiran bekas kekasih Ayu, Azmi mula menggugat hubungan mereka berdua sehingga Ayu terpaksa menipu Kasyah untuk memutuskan hubungan.

Percintaan mereka berdua bertaut kembali apabila bertemu di luar negara tetapi Ayu kembai meninggalkan Kasyah apabila terpaksa pulang ke tanahair sehinggalah Kasyah mendapat ka…

Ketika Cinta Bertasbih

Salam
saya terlambat membaca dua buah novel dari penulis Indonesia. Bila membaca novel yang pertama saya terus tertarik. saya tertarik dengan kekuatan dan azaman Khairul Azzam ketika menuntut ilmu di bumi Anbia. Seorang pelajar yang menghabiskan sisa - sisa pengajian semata - mata mahu mencari rezeki dengan membuat bakso. Meskpun ada rakannya yang sudah lama menghabiskan ijazah dan membuat sarjana tetapi Khairul Azzam seorang yang kuat bersemangat dan tidak putus asa. beliau seorang lelaki yang amat menjaga tatatertib dan kelakuannya swaktu berhadapan dnegan seorang gadis yang dibesarkan dengan cara hidup barat. khairul Azzam bagaikan seorang 'abang' kepada apelajar - pelajar  yang duduk menyewa bersamanya. Ketika Cinta bertasbih 1 ini banyak menceritakan kehidupannya sebagai pelajar dan pembuat bakso.
Novel yang kedua pula banyak menceritakan kehidupannya selepas pualng dari Mesir. Novel kedua ini boleh membuatkan kita sebak dan kagum dengan keperibadian Khairul Azzam yang putu…

Never Fall in Love Again

Salam,
Aku dalam proses menghabiskan stok - stok VCD atau DVD yang sekian lama tersimpan di almari. Sekarang nak cerita sedikit mengenai drama bersiri jepun yang bertajuk Saigo no Koi atau pun bertajuk Never Fall in Love Again lakonan Nakai Mashahiro dan Tokiwa Takako


Tiada Sepertimu

Salam,
Minggu lepas saya membaca sebuah novel bertajuk Tiada Sepertimu. Sejujurnya saya memang sukakan karya - karya Anita Aruszi. Novel ini memang best sangat di mana cinta pertama tidak semestinya kekal abadi. Bayangkanlah bagaimana perasaan anda atau hidup anda berkahwin dengan pasangan yang kita tak suka dan pasangan itulah yang menjadi pilihan ibu kita. Sanggupkah kita menolak? Kemudian, kekasih lama anda kembali dan merayu untuk bersama semula sedangkan dia pernah mengguris hati dan perasaan kita. saya rasa kalau kita menerma bekas kekasih semula samalah kita membunuh masa depan kita sedangkan kita dah tahu apa yang dia dah buat pada kita sebelum ini.Dalam novel ini juga baru saya sedar apa itu escort boy sebab sebelum ini yang saya faham hanyalah 'Anak Ikan'
Kemudian, hubungan adik beradik seayah tapi lain - lain ibu menunjukkan betapa eratnya hubungan tersebut.Dan kehilangan orang tersayang membuatkan kita menyalahkan orang lain punca kematian.Dalam novel ini terdapat ba…

Myu no Anyo Papa ni Ageru

Salam,
Sebuah filem Jepun lakonan Matsumoto Jun (Gokusen) dan Karina (Pelakon Sky Of Love) yang diadaptasi dari kisha benar. Hayato dan Aya adalah pasangan suami isteri. Hayato adalah seorang lelaki yang aktif dalam sukan dan kuat bekerja. Mereka berdua bertemy dan bercinta setelah bertemu di pusat karaoke. Mereka berdua berkahwin setelah mendapati Aya hamil. Hayato bekerja dnegan lebih kuat sehingga memiliki anak perempuan. tanpa disedari hayato megalami masalah kaki dan tangan yang tiba - tiba tidak boleh bergerak. Aya berusaha membantu memulihkan dan memberikan semangat kepada suaminya

Waiting for Good News atau Waiting For Hapiness

Salam

Sebuah DVD terbaru bertajuk Waiting for Good News atau Waiting For Hapiness dan dalam bahasa jepun adalah Kafu wo Machiwabiteyang diadaptasikan dari sebuah novel tulisan Maha Harada. Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Akio yang ditinggalkan oleh ibunya dan kini tinggal bersama neneknya di sebuah pulau yang terpencil dan tidak membangun langsung. Akio sentiasa menanti kepulangan ibunya  telah menerima surat dari seorang wanita yang tidak dikenali yang ingin berkahwin dengannya iaitu Sachi, seorang gadis misteri. Seorang rakannya pula memaksa Akio menggadaikan tanahnya untuk tujuan pembangunan namun Akio menolak.

Sand Chronicles

Salam
Filem ini diadaptasikan dari sebuah komik Jepun yang popular. Filem ini mengisahkan Ann yang mengikut ibunya pulang ke kampung di sebuhg pekan kecil bernama Shimane. Ibu Ann seorang yang kecewa dengan hidupnya dan mudah tertekan serta mengalah setelah ditinggalkan oleh suaminya. Ann merasa terlalu sedih dan kecewa dengan kematian ibunya. Dia mula rasa tidak byakin dengan diri, lemah, perahsia dan keliru dnegan hidupnya serta tertanya - tanya kenapa ibunya sanggup meninggalkan dirinya.
Ann berkenalan dengan seorang lelaki bernama Daigo,yang mula menyintai dirinya dan mahu mengubah hidup Ann agar menjadi lebih baik dan mahu Ann melupakan kisah kematian ibu Ann yang tragis itu. dalam masa yangs ama Ann turut dicintai oleh Fuji dan Daigo turut dicintai oleh adik Fuji iaitu, Shika.
Ann yang mudah rasa tertekan, kecewa dan sedih seorang yang tidak tahu membuat keputusan dan sering terburu - buru. Dia meninggalkan Daigo tetapi bila berjauhan Ann merasakan rindu pada Daigo dan dia akan ke …

Their Eyes Were Watching God

Saya amat tertarik filem yang berkisarkan dari zaman 1920-andari sebuah novel tulisan Zora Neale Hurston dan ditumpah ke bentuk layar perak dari produksi pengacara terkenal Oprah Winfrey membuatkan aku terkesima menonton perjalanan filem lakonan Halle Berry. Di saat kesusahan dan kesenangand ia akan berlari mencari sungai atau tasik lalu terjun kemudian tubuhnya terapung sambil matanya merenung ke dada langit seolah - olah dia sedang melihat tuhan. Novel ini berkisarkan janie melalui tiga perkahwinan.
Janie Crawford, seorang gadis yang dibesarkan oleh neneknya mencintai teman sekampungnya,  Johnny Taylor tetapi dihalang sebaliknya dia dikahwinkan dengan seorang lelaki tua yang kaya bernama Logan Killicks namun Janie yang mendambakan cinta seorang lelaki larikan diri bersama seorang lelaki bernama  glib Jody (Joe) Starks,yang mencari kawasan untuk membangunkan sebuah pekan baru. Di pekan baru itu janihidup abhagia bersama suami barunya yang bergelar Datuk Bandar.
Selepas kematian Jody, m…

Bumi Cinta

Salam, 
Aku sempat mengkhatam sebuah novel karya sasterawan Nusantara, Habiburahman El Shirazy. Selepas membaca tiga novel tulisannya, aku sentiasa mendamba novel - novel terbaru beliau. yang terbaru, aku baru menghabisi sebuah novel yang aku rasa memang hebat dan menakjubkan iaitu BUMI CINTA.
Mengisahkan Ayyas yang datang ke Moskow untuk menyiapkan tesis untuk kajian sarjananya mengenai Sejarah  di Moskow. Di Moskow beliau dibantu oleh rakan lamanya Devid yang hidup bergelumang dengan perempuan dan arak. Ayyas terpaksa berkongsi apartment bersama dengan dua gadis yang berbeza agama iaitu Linor seorang gadis berbangsa Yahudi dan Yelena yang tidak percayakan agama dan seorang murtad kerana pernah keluar dari agama Islam. Ayyas turut berkenalan dengan seorang wanita hebat bernama Anatasia yang cantik, anggun, bijak dan memiliki gelaran kerana memiliki Ph.D dalam usia yang muda. Anastasia sentiasa membantu Ayyas dalam melaksanakan sarjananya dan dalam diam - dia mempunyai perasaan terhadap…

Bukan Cinta Glamour

Ini adalah novel Bukan Cinta Glamour terbitan Karnadya yang dialih bahasa. Sebenarnya novel ni banyak kali aku tinggalkan lantaran kesibukan dan aku buat - buat sibuk. Novel ini mengisahkan percintaan pereka fesyen yang tidak berapa glamour iaitu Kyra Felis dengan pelakon terkenal iaitu Declan McKenna. Mereka berdua berkahwin namun banyak dugaan yang dihadapi. Declan sentiasa sibuk dengan lokasi filem, menanti - nanti namanya tersenarai dalam calon oscar kemudian Kyra terkejar - kejar impiannya menngapai sebagai pereka fesyen namun Kyra cukup rimas dengan kehadiran paparazzi dan jurufoto yang dirasakan begitu menganggu kehidupannya kemudian kehadiran Amy Rose yang menggilai Dedclan dan amat menakutkan bagi Kyra. Kmeudian media mensasikan hubungan Declan dengan Lauren dan Tania. kemudian Kyra semakin binggung bila Bobby, sahabat baiknya memberitahu yang dia menyimpan perasaan pada Kyra selama in