Skip to main content

Pisau Cukur





Saya baru habis tonton filem Pisau Cukur. walaupun agak terlewat menontonnya, filem yang dibintangi Fazura dan Maya Karin memang best dan puas hati. Jalan cerita ringkas dan menarik dan tak berbelit - belit macam filem lain. Lakonan Fazura dan Maya Karin memang mantap dan tergedik - gedik tapi tidak menjengkelakan sebaliknya rasa rasa lucu dan seronok melihat aksi dua aktres terkenal ini.
Filem ini mengisahkan dua orang wanita yang digelar Piasu Cukur tetapi ada sebab tersendiri kenapa mereka berdua jadi begitu. Pertemuan mereka dengan Ari dan fakih banyak memnpengaruhi dan meteka belajar sesuatu yang baru. Intan belajar dan megikut Ari menyiasat kematian datuk Zakarian dan bella pula belajar menari dengan Faqih. 
Filem ini juga membongkar persoalan siapa yang mata duitan sebenarnya dan persoa;an mengenai hidup berpoligami. rentetan kematian Datuk Zakariah banyak menuduh ketiga - tiga isteri datuk Zakaria, almaklumlah kemungkinan rasa cemburu, mahukan harta dan bermacam - macam lagi.
Lebih menarik lagi cara Bella cuba menggoda Datuk Hisham dengan meminjam sebuah buku yang sama dibaca oleh Datuk Hisham. Kemudian dalam filem ini memaparkan keberanian Bella memulakan langkah pertama dengan mengajak makan malam ( biasanya lelaki yang memulakan langkah untuk malan malam pertama bukan?)
Apapun filem ini memang menarik dan lebih menarik lagi poster filem yang 
sungguh cun dan menarik perhatian. Pertama kali melihat poster filem Pisau Cukur memang dah rasa filem ini memang best tapi sewaktu filem ini ditayangkan di pawagam tiada masa untuk ke sana.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…