Saturday, November 20, 2010

Their Eyes Were Watching God



Saya amat tertarik filem yang berkisarkan dari zaman 1920-andari sebuah novel tulisan Zora Neale Hurston dan ditumpah ke bentuk layar perak dari produksi pengacara terkenal Oprah Winfrey membuatkan aku terkesima menonton perjalanan filem lakonan Halle Berry. Di saat kesusahan dan kesenangand ia akan berlari mencari sungai atau tasik lalu terjun kemudian tubuhnya terapung sambil matanya merenung ke dada langit seolah - olah dia sedang melihat tuhan. Novel ini berkisarkan janie melalui tiga perkahwinan.
Janie Crawford, seorang gadis yang dibesarkan oleh neneknya mencintai teman sekampungnya,  Johnny Taylor tetapi dihalang sebaliknya dia dikahwinkan dengan seorang lelaki tua yang kaya bernama Logan Killicks namun Janie yang mendambakan cinta seorang lelaki larikan diri bersama seorang lelaki bernama  glib Jody (Joe) Starks,yang mencari kawasan untuk membangunkan sebuah pekan baru. Di pekan baru itu janihidup abhagia bersama suami barunya yang bergelar Datuk Bandar.
Selepas kematian Jody, muncul lelaki muda dari Janie bernama Tea Cake. mereka berdua jatuh cinta dan hidup bersama di Everglades.
Sehinggalah berlaku hujan ribut sehingga menyebabkan rumah mereka ditenggelami air. Tea cake terkena gigitan anjing gila dan terlantar sakit. Janie menjaga Tea Cake tetapi Janie dicurigai bila Janie tidak tidur bersama dengannya. Tea Cake yang bertarung dengan kesakitan dan rasa marah mahu menembak janie tetapi Janie terlebih dahulu mengeluarkan peluru dari pistol Tea Cake. Sebenarnya janie takut jika dijangkiti penyakit anjing gila dari Tea Cake

No comments: