Saturday, March 12, 2011

No One Would Tell




Salam,
Baru sahaja menonton sebuah filem yang diterbit pada tahun 1996 berdasarkan kisah benar  dari pembunuh berusia 16 tahun yang telah membunuh kekasihnya yang berusia 14 tahun.
Filem ini mengisahkan Stacy yang telah menaruh hati dengan pelajar popular bernama Bobby yang juga seorang ahli gusti di kolejnya. Akhirnya mereka berdua bercinta dan berjanji akan hidup selamanya sepanjang hayat. Stacy mula renggang dengan rakan baiknya, Nicki dan pelajarannya merosot kerana terlalu lebihkan masa untuk Bobby. Lama kelamaan sikap Bobby yang sebenar mula terserlah, mereka berdua selalu bergaduh dan selalu memukul Stacy. Kawan - kawan mereka yang nampak selalu menasihatkan Stacy agar tinggalkan Bobby tetapi taknak dan selalu menyalahkan diri sendiri.
Selain itu hubungan Stacy dan ibunya agak renggang kerana Stacy marahkan ibunya selalu dipukul oleh teman lelakinya, Rod.
Hinggalah suatu hari Bobby naik berang bila terlihat Stacy berbual - bual dengan seorang lelaki. Bobby terus menarik Stacy keluar dari parti lalu bertengkar. Nicki yang melihat marahkan Bobby tetapi Stacy memihak pada Bobby dan marahkan Nicky.
Pada malam itu selepas dihantar pulang oleh Bobby, Stacy tidak pulang ke rumah sebaliknya terus ke rumah Nicky apabila tersedar bajunya berdarah. Nicki telah menasihatkan Stacy agar tinggalkan Bobby dan Stacy bersetuju. Pada malam itu juga, ibu Stacy telefon memberitahu yang dia telah berpisah dnegan Rod.
Keesokannya di kolej, Stacy memberitahu Bobby yang dia mahu putuskan hubungan dan hanya menjadi kawan biasa tetapi Bobby tidak mahu terima.
Pada malam berikunya, Bobby telah meminta Stacy menggunting rambut di rumahnya  dan Stacy bersetuju. di rumah Bobby mereka berdua bergaduh dan disaksikan oleh Vince dan Carla. Bobby memberitahu Stacy yang dia mahu mahu menghantar pulang dan ditemani oleh Vince tetapi sebaliknya Bobby memandu trak ke sebuah tasik tempat pertemuan pertama mereka dulu.  Bobby dan Stacy keluar menuju ke tasik sementara Vince menanti dalam kereta.Tidak lama kemudian, Bobby kembali seorang dnegan tangan berdarah. bermula esok, Stacy telah hilang

Midnight Bayou



Filem ini pun boleh tahan juga. Saya menontonnya separuh jalan. Apa yang saya faham, ada dua beradik dari keturunan bangsawan  yang berebutkan kasih seorang gadis miskin. Namun si abang berjaya memiliki gadis tersebut. Selepas memiliki anka deangan gadis itu, hidup mereka bahagia. Namuan keluarga lelaki termasuk si ibu tidak sukakan gadis itu namun pada malam jamuan itu si lelaki itu menyedari isterinya telah hilang.
Nmaun peristiwa itu berlalu namun Declan memiliki rumah agam yang pernah diduduki oleh keluarga bangsawan itu. Setiap kali dia keseorangan, Declan selalu terdengar bunyi dan suara gadis di atas loteng. Maka bermula penyiasatan Declan tentang suara misteri dari loteng itu.

Heroes


Salam,

Taadaaaa sudah lama tidak menulis dalam blog. Okeylah kali ini saya hendak bercerita tentang filem hindustan. sejujurnya saya dah lama tak tengok filem hindustan Salman KhanPreity ZintaSunny Deol, Bobby DeolMithun ChakrabortyDino Morea, Sohail Khan dan ramai lagi.Filem ini mengisahkan dua pelajar filem bernama Ali dan sameer membuat filem dokumentari mengneai kenapa tidak harus memilih kerjaya tentera. dnmegan motorsikal mereka berdua membawa 3 keping  surat yang ditulis oleh tentera yang telah mati untuk diserahkan kepada keluarga masing - masing.
hentian pertama adalah tempat bernama Atari, di mana mereka bertemu seorang balu bernama Kuljeet kaur bersama anak lelakinya Jossi yang telah kehilangan suami yang berkhidmat dalam tentera kira - kira tiga tahun lalu. balu tersebut mencerita kehebatan suaminya sebagai tentera hingga menmui ajal.Namun Kuljeet begitu bangga menjadi isteri seorang perajurit.
Hentian kedua pula adalah di Himachal, mereka berdua bertemu dengan seorang lelaki bernama Vikram, seorang lelaki yang hebat dalam perkhidmatan tentera sehingga mengalami kecederaan yang mengakibatkan dia terpaksa berkerusi roda. Vikram telah kehilangan adiknya DJ yang juga berkhidmad dalam tentera. Vikram menceritakan  persaingan, kasih sayang dan kematian adiknya. Vikram amat mengkagumi kehebatan adiknya. Malahan Vikram mengatakan dia tidak menyesal bekorban untuk negaranya.
Hentian terakhir, di leh mereka bertemu ibu bapa Leftenan Shahil, iaitu pasangan doktor. leftenan Shahil yang telah menulis surat untuk mohon cuti namun tidak kesampaian. leftenan Shahil sebenarnya telah tekorban sewaktu menyelamatkan nyawa rakan seperjuangannya. Ibu Shahil boleh menerima hakikat kematian Shahid namun tidak bagi bapa Shahil.
Dua sahabat ini bermuhasabah dan merenung setiap peristiwa yang dialami oleh tiga keluarga yang telah kehilangan orang tersayang. kematian orang yang dikasihi bukan sahaja ada kesedihan namun terselit rasa bangga terhadapa perjuangan tersebut.Filem ini mengajar erti kasih sayang, perjuangan pengorbanan dan penghargaan