Skip to main content

Posts

Showing posts from May 21, 2011

Ranum

Assalammualaikum



Kali ni saya nak cerita pasal sebuah buku antologi yang memuatkan cerpen - cerpen tulisan Razali Endun.  bagaimana saya dapatkan buku ni? Begini pertama kali saya dapat tahu tentang pertandingan sayembara menulis cerpen dan puisi, saya bergegas menghantar email kepada Tuan Razali. Saya masa tu amat berminat mahu menyertai pertandingan penulisan tersebut. Sebab dah lama saya nantikan pertandingan untuk anak watan negeri Melaka. alhamdulilah Tuan Razali membalas email dan sedia mengepos borang penyertaan dan borang menjadi ahli IPM. Masa saya terima borang, Tuan Razali turut menghadiahkan buku tersebut yang bertajuk Ranum. terima kaish banyak - banyak dan moga Tuan Razali terus bekarya
Okeylah berbalik kepada buku Ranum. Sejujurnya cerpen - cerpen di dalamnya memang best sangat. saya baca berulang - ulang kali terutamanya cerpen Ranum dan Meon Shomaker. Kesemua cerpen tulisan beliau adalah yang pernah tersiar di akhbar dan juga di majalah

Keputusan Penuh Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak 2011 Anjuran IPM dan DBPWS

Alhamdulilah, minggu lepas aku balik rumah sekejap. walaupun emak dan ayah ke Kelantan dan terengganu dan masa yang sama rumah aku sedang dalam proses ubahsuai, aku tetap balik rumah untuk memeriksa surat menyurat. Aku tahu abang mat akan menyimpan surat - surat ke dalam rumah. tapi masa balik rumah tu, aku ada nampak sekeping kas pos laju yang bertulis nama aku. Aku terfikir ada barang apa lagi? Sebab aku dah tak membeli barang - barang melalui internet. Jadi aku ni jenis tak menyabau , aku terus ke pejabat pos merlimau. Aku berdebar - debar. Di dalam hati aku harap sangat ada berita yang menggembirakan.
Posmen pun mneyerahkan satu surat separuh kertas A4 yang ada lambang DBP. Aku ambil dan terus buka isi surat di dalam pejabat pos juga. Taraaa aku membaca dengan penuh gembira dan ada rasa terkejut. alhamdulilah, akhirnya aku dapat juga tempat dalam pertandingan Sayembara menulis Cerpen dan sajak anjuran IPM dan DBPWS.  walaupun sekadar saguhati. Aku bersyukur sangat. Aku sedar setia…