Skip to main content

Posts

Showing posts from August 6, 2011

Dia Dihatiku......Liana Afiera Malik

Salam semua,
kali ini saya hendak bercerita tentang seseorang yang pernah mengubah saya dan menjadikan impian saya sebagai seorang penulis adalah satu realiti yang nyata. Beliau adalah idola dan juga mentor saya iaitu LIANA AFIERA MALIK. saya amat gemar membaca kisah YOYO yang pasti menjadi kegilaan remaja dulu. Perkenalan saya bermula melalui email. Saya begitu teruja dan tidak menyangka beliau sudi membalas email saya. ketika itu novel teragung beliau, BUKAN PUTERI LINDUNGAN memang mendapat sambutan hebat.

Saya berkenalan dengan beliau pada tahun 2005, ketika itu saya menuntut di shah alam. Saya ada menceritakan tentang novel yang saya tulis. ketika itu beliau ada membuka syarikat penulisan bernama NYLEA PUBLISHING. saya teruja dan mahu beliau menilai novel pertama saya itu. Kemudian tahun 2006 saya menemui beliau di restoran Secret Recipe di Sogo. kami mula berbincangkan tentang novel saya dan masa bertemu beliau saya memang teruja. Kak Liana seorang yang peramah dan mulutnya suka b…