Skip to main content

Rindu Syurga 10

Bab 10
“Saya boleh berikan awak wang. Berapa awak mahu?”soal Ariq Iskandar bongkak. Dia merenung wajah gadis bertudung litup di hadapannya. Gadis itu masih tegak macam patung. Terkebil – kebil melihat Ariq Iskandar
“Saya tidak menjual puisi-puisi saya. Puisi-puisi saya tidak ada nilai tetapi ada maruah macam saya” kata Lily Sarah lembut. Wajahnya tenang sahaja sedang hatinya sedang merusuh. Dia menerima panggilan telefon meminta di ke sini. Habis kelas, dia menaiki bas. Dia mencari syarikat ini pun hampir makan satu jam. Berpeluh-peluh dia dibuatnya. Sudahlah makan tengahari pun tidak lagi. Perutnya berbunyi minta di isi.
“Awak bukan penulis yang terkenal pun. Tiada siapa pun yang kenal awak. Kenapa awak mesti berlagak dengan saya?” Ariq Iskandar bersuara sinis.
“Saya sedar siapa diri saya. Saya terlalu sayangkan puisi-puisi,ibarat nyawa saya sendiri”kata Lily Sarah tenang meskipun hatinya terasa pedih. Dia sedar siapa dirinya siapa. Dia hanay sebatang kara di muka bumi ini. Menulis puisi adalah penemannya takala dia berduka lara dan bersendirian
“Puisi awak cuma tersiar dalam majalah. Agak-agaknya orang-orang yang membeli majalah pun langsung tak baca puisi-puisi awak. Awak patut berbangga sebab artis – artis saya akan menyanyikan puisi-puisi awak” tegas Ariq Iskandar bongkak.
“Saya bukannya mahu mencari kemahsyuran!” jelas Lily Sarah dengan nada tegas.
“Saya dapat tahu awak selalu tak dibayar bila puisi-puisi awak tersiar, bukan? Awak tak boleh hidup menyerah diri sahaja. Dunia sekarang mahukan duit. Tanpa wang, manusia tidak boleh hidup” tukas Ariq Iskandar sambil mengetapkan bibirnya.
“Saya menulis puisi bukan kerana wang. Puisi-puisi yang saya tulis adalah lahir dari hati dan jiwa saya”balas Lily Sarah dengan suara yang lembut.  Dia sengaja membalas dengan kata – kata lembut. Dia tidak mahu member api sebaliknya member air agar tidak lebih marak.
Lily Sarah berharap sangat lelaki ini akan mengerti tujuan utama dia menceburkan diri dalam dunia puisi. Bukannya suka-suka.Untuk mencipta nama jauh sekali.
“Tapi saya sukakan puisi-puisi awak, Widad. Tak salah kalau saya gabungkan puisi awak dengan lagu saya, mestilah menjadi lebih indah bukan?”kata Ariq Iskandar tersenyum.
Lily Sarah diam.
Ariq Iskandar tidak mahu menggunakan khidmat-khidmat penulis lirik sebaliknya dia mengambil kesemua puisi-puisi ciptaan Lily Sarah sebagai lirik kepada lagu-lagu ciptaannya.
“Wanita seperti awak selalunya berlumba-lumba mahu menjadi terkenal. Jadi model, pelakon malah ada yang tak tahu menyanyi pun pergi uji bakat. Saya boleh letakkan awak sebaris dengan penulis-penulis lirik yang terkenal seperti Habsah Hassan, Mama Juwie, Loloq” kata Ariq Iskandar bangga.
“Saya cuma mahu jadi penulis bukannya mahu jadi terkenal”kata Lily Sarah perlahan
“Tapi saya tetap mahu mengambil puisi-puisi awak untuk lagu-lagu saya. Saya tidak mahu membuang masa lagi, berapa jumlah wang awak mahu? Seribu? Dua ribu? Atau sepuluh ribu?”soal Ariq Iskandar sinis.
Tengku Ariq Iskandar tetap mahu membayar wang kepada Lily Sarah atas urusan jual beli. Tangan kanannya mencapai buku cek yang terletak di atas meja. Dia menyelak-nyelak kasar lalu mengambil pen untuk menulis. Dia menanti jumlah wang yang keluar dari mulut Lily Sarah
“Saya tetap tak mahu wang. Kalau awak mahukan puisi-puisi saya, ambillah. Anggap saja saya sedekah”
“Apa? Sedekah?”dahi Ariq Iskandar berkerut kemudia dia merenung wajah ayu di hadapannya. Tiba – tiba wajahnya terasa panas.
“Masuk tandas pun kena bayar. Dunia sekarang hanya mahukan wang, Wang! Sungguh awak tak mahukan wang?”tekan Ariq Iskandar bersungguh-sungguh.
Lily Sarah menggeleng perlahan.
“Kalau macam tu awak anggap saja yang awak hadiahkan kepada saya bukannya sedekah sebab saya bukannya pengemis!” Ariq Iskandar mencerlang kedua-dua biji matanya.
Dia terasa dirinya dipandang rendah oleh Lily Sarah. Hampir sepuluh tahun dia bergelumang dalam dunia seni dan bergelar jutawan masih ada orang mahu bersedekah kepadanya. Inilah kali pertama dia jumpa manusia yang tidak mahukan wang. Di luar sana ramai perempuan-perempuan tergila-gilakan wang malah ada yang sanggup menggadaikan tubuh kerana wang!
“Apa sajalah, Encik Ariq Saya mahu pulang. Terima kasih Assalammualaikum” Lily Sarah membetulkan beg di bahu kanannya dan cepat-cepat menuju ke pintu keluar
“Lily, nanti dulu” Ariq Iskandar cepat-cepat menggapai lengan gadis Lily Sarah menoleh lantas menarik lengannya.
“Tiket ni untuk awak. Saya akan mengadakan konsert tertutup untuk album baru saya nanti. Tempat awak di tempat VVIP. Saya harap awak sudi datang dan dengarkan puisi-puisi awak dinyanyikan oleh artis – artis baru saya ”kata Ariq Iskandar berharap.
“Insya Allah” tiket itu di tarik perlahan dari pegangan Ariq Iskandar.
Mata Lily Sarah sempat memandang Ariq Iskandar. Senyuman sinis diterima. Tengku Ariq Iskandar merenung gadis itu hingga hilang dari pandangan matanya.
Lily Sarah tersentak bila terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Dengan perasaan acuh tak acuh dia terus menggapai gagang telefon di atas meja.
“Lily Sarah sayang…..ada Jurugambar baru datang” kata Nina dengan suara lemah gemalai yang sengaja dibuat – buatnya.
“Jumpalah Puan Linda. Bukannya aku. Aku cuma Editor” kata Lily Sarah malas. Aduh masa aku sibuklah orang hendak datang berjumpa. Dia menggaru – garu kepalanya kemudian menyelak – nyelak beberapa helaian artikel yang harus disemak semula.
“Puan Linda suruh kau temuramah Jurugambar baru ni. kacak tau. Peh senyuman dia buat aku cair” kata Nina disulami gelak tawa yang agak nakal.
“Kau ngoratlah. Kau memang selalu cair kalau jumpa lelaki kacak. Kalau lelaki tak kacak kau jadi beku je tak pun keras macam batu kan?” usik Lily Sarah yang sengaja membakar perasaan rakan baiknya itu.
Nina tergelak kuat. Dia sedar temannya yang seorang ini memnag suka mengusik. Tapi kali ini Jurugambar ini memang menwan tapi dia tidak tertawan pun. Hatinya masih setia untuk lelaki yang baru dikenalinya.
“Dah jangan buang masa. Aku suruh lelaki kacak ini jumpa kau sekarang” Nina membuat keputusan. Dia ada agenda lain di syarikatya penerbitan ini. Sekejap lagi dia akan bertemu dengan pengusaha Iklan pula.
“Lily, aku tak sempat lunch dengan kau tau. Kau lunchlah dengan photographer yang baru ni. Mana tahu kalau – kalau hujung tahun ni aku dapat makan nasi minyak” usik Nina sambil mengerling jam tangan jenama Rolex. Dia tidak mahu terlewat dalam temujanji dengan pengiklan baru.
“Banyaklah kau!” Lily Sarah hanya membalas dengan gelakan perlahan terus mematikan talian. Bahu Nina di cuit lalu menggelengkan kepala. Bukan mudah untuk dia jatuh cinta lagi.

            “Assalamualaikum!” satu suara garau milik jejaka bergema sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.
            Lily Sarah yang sedang menulis sesuatu terhenti seraya menjawab salam. Kepalanya diangkat merenung ke arah daun pintu. Lily Sarah tersentak bila melihat lelaki yang berdiri di depan pintu. Serta merta bibirnya mengukir senyuman.
            “Aznal?” Lily Sarah terus bangun dan mempersilakan lelaki itu duduk di hadapannya. Dia berbesar hati bila dapat bertemu dengan lelaki ini semula.
            “Cik Lily Sarah?” usik Aznal tersenyum girang. Gembira hatinya bukan kepalang. Memang dia berharap untuk bertemu dengan wanita yang berhijab cantik ini. Dia terpesona dengan senyuman menarik dari wanita yang berbaju kurung berkain cotton ini.
            “Panggil Lily sajalah. Tak sangka awak yang terpilih” kata Lily Sarah puas hati. Dalam sesi pemilihan Jurugambar baru dia tiada kerana sibuk dengan mesyuarat. Dia tidak menjangkakan yang Puan Linda akan memilih Aznal Firdaus sebagai Jurugambar tetap untuk majalah GAYA bersama Eadzral.
“Saya cuma keliru adakah saya ditawarkan untuk tetap atau gantian sebab saya diberitahu seorang Jurugambar di sini sedang cuti sakit” tanya Aznal Firdaus ingin tahu
            “Ohhh. Macam ini, untuk pengetahuan awak, sebelum Encik Edzral cuti sakit pun memang kami cadang nak cari seorang lagi Jurukamera. Yang ada sekarang pelajar – pelajar praktikal seramai dua orang. Itu pun tak cukup sebab unit majalah lain pun perlukan mereka. Cuma sekarang ini awak ditawarkan sebagai Jurukamera tetap kami. Ataupun awak ada terikat dengan mana – mana syarikat lain ke?” tanya Lily Sarah ingin tahu lebih lanjut.
            “Saya sebenarnya baru habis kontrak dengan sebuah syarikat di luar negara. Sudah lima tahun saya di New Zealand jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Kebetulan ada iklan di majalah GAYA saya sekadar mencuba nasib. Alhamdulilah rezeki saya rupanya” terang Aznal bersama senyuman. Di mengucap syukur di dalam hati. Pulang ke Malaysia terus mendapat kerja di syarikat penerbitan majalah terkemuka.
            Lily Sarah juga tersenyum. Memang betul kata Nina senyuman lelaki ini memang boleh mencairkan mana – mana hati wanita. Mungkin juga lelaki ini juga sudah dimiliki. Ah, tak kisahlah bukan aku jatuh cinta pun pada dia. Cuma matanya macam seseorang yang aku rindu malahan senyumannya juga sama macam seseorang itu juga.
            “Lily Sarah … Lily Sarah? “ panggil Aznal Firdaus sambil melambai – lambaikan tangan.
            Lily Sarah tersentak, “Maaf. Saya Cuma teringatkan sesuatu tentang majalah GAYA. Maksud saya tentang gambar muka depan untuk majalah bulan depan. Awak pasti dah biasa ambil gambar perempuankan? Maksud saya kamu biasa ambil gambar yang bagaimana?” Lily Sarah cuba memperbetulkan nada suaranya.
“ Itu wajib tahu”  kata Aznal Firdaus tersipu – sipu malu lalu mengangguk perlahan.
Lily Sarah juga tersenyum. Dia tahu manalah ada lelaki yang tidak pernah ambil gambar perempuan.
“Sebelum saya ke New Zealand dulu saya memang ada Ijazah dalam bidang ini juga di Perancis. Saya bekerja di sana dengan syarikat majalah juga selama 3 tahun sebelum ke New Zealand. Saya ada bawa portfolio dan hasil – hasil kerja saya”Aznal Firdaus terus mengeluarkan beberapa buah fail besar lalu dihulurkan kepada Lily Sarah. Dia pernah bekerja dengan beberapa orang peragawati terkenal di Asia seperti  Tengku Azura, Amber Chia dan ramai lagi.
Lily Sarah menyambut dan segera melihat beberapa buah gambar yang rasa – rasanya lebih dari seratus keeping gambar di susun cantik dan kemas. Ini menunjukkan bahawa Aznal seorang lelaki yang teliti dan cerewet pastinya.
“Cantik – cantik gambar awak ambil ya. Menarik. Awak memang ada kemahiran yang tinggi rupanya”puji Lily Sarah sambil membelek fail portfolio yang mengisi segala gambar-gambar yang menjadikan Aznal Firdaus seorang Jurugambar yang berpengalaman.
Aznal Firdaus tersenyum “Tapi yang pasti saya bukan seorang yang Selfie. Walaupun saya seorang Jurugambar, saya tak suka selfie”
Lily Sarah merenung Aznal Firdaus  sambil tersenyum lalu mengangkat kening, “ Boleh percaya ke? Ambil gambar ala – ala gedik kemudian pos dalam facebook then ramai girl yang komenkan?” usik Lily Sarah.
Aznal Firdaus tergelak besar
“Lagi satu hal, saya belanja awak makan tengahari sebagai ucapan terima kasih saya sebab tolong saya semalam”kata Lily Sarah merenung kedua-dua mata Aznal Firdaus. Ya, mata mereka serupa. Mata yang redup  dan mampu berbicara tentang hati.

“Oh….sudah tentu boleh!” Aznal Firdaus  terus tersenyum girang.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…