Skip to main content

Rindu Syurga 11

Bab 11

Hatinya membeku. Keras. Tiada lagi untuk mana – mana wanita. Sudah banyak kali Rindiani datang ke pejabatnya. Dia tidak tahu atas urusan apa Rindiani begitu rajin menjenguknya. Wanita itu sudah dua kali menjanda sedangkan dia masih membujang. Walaupun masih ada rakan – rakan mengusik dia dengan Rindiani, Hatinya tetap keras macam batu kerikil. Apapun yang terjadi, dia dan Rindiani tetap tidak akan bersama. Itu janji pada dirinya sendiri. Malahan bekas tuanangnya Dewi sudah pun bernikah lain. Khabar dengan anak Datuk. Dia sendiri pun tidak pasti. Dia tidak mahu ambil tahu lagi.
            Dia masih tidak lupa peristiwa 10 tahun yang lalu. Dulu dia amat menyintai gadis kacukan Filipina itu. Tubuhnya memang cantik disertakan dengan suara manja bersama kerlingan mata yang menggoda. Dia lelaki paling bertuah dapat memiliki Rindiani. Dia merasakan popularitinya hebat bila memiliki peragawati yang meletup – letup namanya di atas pentas peragaan.
            Dia tersentak bila terdengar sms telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum bila terlihat nama di skrin di telefon bimbitnya. Lantas jari jemarinya menaip membalas sms Rindiani. Nama yang amat dirindui siang malam. Rindiani.
Hampir ke angka 10 malam. Masih sempat untuk ke rumah Rindiani. Rindunya semakin menebal terhadap gadis itu. Kali terakhir dia bertemu dua minggu lepas sewaktu menghantar gadis itu ke KLIA. Ketika itu Rindiani akan mengadakan pertunjukan fesyen di Kota Paris.
Kunci spare rumah Rindiani diputar, Perlahan-lahan pintu itu terbuka dia melangkah masuk ke dalam. Suasana sudah gelap gelita. Barangkali Rindiani sudah lena. Kakinya diperlahan menuju ke kamar Rindiani. Pasti Rindiani terkejut dengan kehadirannya. Tombol pintu lantas membuka lampu. Dia terlihat dua tubuh bergelimpangan di atas katil. Dia melihat Amir yang tersedar segera melompat dari katil cepat-cepat menyarung pakaiannya manakala Rindiani terkejut terus membalutkan tubuh dengan selimut terjengket-jengket mendapatkan Ariq Iskandar
“Sayang, kami berdua tak buat apa-apa pun”kata Rindiani ketakutan. Wajahnya begitu cemas. Amir yang tidak tentu arah terus membutang baju kemejanya.
Dia tersenyum sinis. Kedua – dua tangan sudah dikempalkan. Bila – bila masa penumbuk sulungnya singgah ke muka Amir. Marahnya sudah sampai ke kepala, kalau diikutkan hati mahu saja dia mencapai pisau di dapur tetapi dia masih waras. Melihat wajah Rindiani, bencinya semakin menyala-nyala. Dasar perempuan tidak tahu malu! Menyesal memuja perempuan ini separuh mati.
“Percayalah, kami tak ada buat apa-apa pun. Aku Cuma tumpang baring”kata Amir berketar-ketar yang baru selesai mengenakan pakaian.
“Orang bercinta duduk berduaan-duaan di taman bunga dituduh berzina tetapi kamu berdua duduk di atas katil tanpa pakaian pun masih kata tak buat apa-apa?!”suara Ariq Iskandar meninggi. Matanya merah menyala dicerlang. Rindiani masih terkaku terus tersandar di tepi dinding.
“Maafkan aku……aku…. Percayalah…aku…aku takkan buat lagi..” kata Amir tergagap- gagap.
“Selama ini, kau berdualah orang yang aku percaya tapi ini yang kau berdua berikan pada aku?! Mulai dari saat ini, aku takkan percayakan kau berdua sampai mati! Kita putus hubungan!” jerit Ariq Iskandar. Merah wajahnya begitu juga urat leher jelas kelihatan. Dia mengetap bibir. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Kedua-dua tangannya sudah dikempalkan. Bila-bila masa akan dilepaskan ke muka Amir begitu juga dengan Rindiani.
Dia tidak mahu berada lebih alma lagi. Sebelum perkara buruk berlaku, lebih baik dia keluar dari sini. Sebaik sahaja dia hendak berpusing Rindiani sudah pun memeluk tubuhnya dari arah belakang.
“Rin cintakan Ariq. Jangan tinggalkan Rin!”Rindiani merayu-rayu. Air mata sudah meleleh. Tangan Rindiani memeluk kuat tubuh dia dari belakang seperti tidak mahu dilepaskan.
“Cinta untuk aku tapi tubuh untuk orang lain? Begitu? Perempuan jahanam!”tubuh langsing itu ditolak kasar sehinggakan gadis itu terjatuh tertiarap di atas lantai.
Rindiani terus menggapai kedua – dua kaki Ariq Iskandar, “Tolonglah jangan tinggal Rin. Rin sayangkan Ariq. Lepas ni Rin akan buat apa sahaja untuk Ariq”
“Argggg, pergi mampuslah dengan cintak kau! Aku dah tak percayakan kau lagi!”jerit Ariq Iskandar lalu bergegas meninggakan penthouse milik Rindiani.
Ariq Iskandar memandu Mercedes dengan perasaan yang tidak menentu. Fikirannya berserabut. Dalam diam, Amir, pengurusnya menjalin hubungan sulit dengan wanita yang paling dicintainya. Sial! Stereng kereta dihentak berkali – kali. Tanpa disangka air matanya menitis. Mengalir juga air mata lelakinya.
Ariq tidak pulang terus ke Penthouse sebaliknya dia menuju ke Halaman Anjung, sebuah jeti yang menghadap ke laut yang terletak bertentangan dengan Penthouse miliknya. Dia mahu mencari ketenangan dan kedamaian untuk hatinya. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh badan yang tadi panas membara. Perlahan-lahan asap rokok dilepaskan. Memandang laut yang bergelora mahu saja dia terjun ke dalam laut. Tetapi dia teringatkan kata-kata guru agama di sekolahnya dulu, manusia yang membunuh diri adalah manusia yang tidak akan masuk syurga.
Ariq Iskandar memejamkan matanya. Dia dapat melihat wajah-wajah Rindiani dan Amir kegirangan. Dia tidak menduga kekasihnya sanggup membuat onar dengan sahabat baiknya. Hatinya masih terasa sakit. Selama empat tahun dia bersama Rindiani dan hampir sedekad Amir menjadi sahabat baik, semuanya tidak boleh dipercayai lagi.
Ariq Iskandar menghentikan langkah bila terpandang seorang gadis sedang menulis sesuatu di atas bangku panjang. Dia merenung gadis itu dari jauh. Lily Sarah! Gadis itu tidak mempedulikan manusia-manusia di sekelilingnya. Waktu begini seorang gadis seperti Lily Sarah tidak sepatutnya berada di luar seorang diri.
“Lily Sarah”serunya perlahan.
Gadis itu tersentak melihat dirinya.
“Boleh saya duduk di sebelah awak?” Lily Sarah mengangguk lalu menganjakkan ke tepi sedikit memberi ruang kepada Ariq Iskandar.
“Hari sudah jauh malam Lily. Kenapa awak tak balik lagi?”Tanya Ariq Iskandar cuba mahu melihat wajah ayu Lily Sarah tetapi gadis itu terus menundukkan wajahnya. Tidak lama kemudian Widad mendongak merenung wajah lelaki yang digilai gadis-gadis masa kini.
“Saya …….”suara Lily Sarah terhenti lalu merenung laut yang terbentang luas di hadapannya. Tidak semena-mena air matanya mengalir perlahan. Ariq Iskandar panik cepat-cepat menghulurkan sapu tangannya tetapi Lara mengeleng-gelengkan kepalanya.
Dengan pantas Ariq Iskandar meletakkan sapu tangannya di atas tapak tangan Lily Sarah.
“Lily, saya minta maaf kalau kata-kata saya hari itu menyakitkan hati awak Saya tak sepatutnya kata begitu tetapi saya amat perlukan puisi-puisi Lily”pinta Ariq Iskandar mengharap. Lily Sarah merenung wajah Tengku Ariq Iskandar dengan air mata yang masih berlinang.
“Tak mengapa”kata Lily Sarah perlahan.
Lily Sarah terus mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Ada sebuah fail bewarna merah jambu lantas dia menyerahkan kepada Ariq Iskandar.
“Ambillah. Saya perlukan wang untuk teruskan hidup dan belajar” jawab Lily Sarah dengan suara bergetar.
Ariq Iskandar mengangguk. Dia akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Dia tahu wanita di hadapannya berbakat sebagai penulis puisi. Kata – kata yang indah membuatkan hatinya tertawan bila kali pertama membaca nukilan Lily Sarah tidak lama dulu melalui majalah sastera.
“Kita boleh menjadi kawan bukan?”kata Ariq Iskandar bersungguh-sungguh. Lily Sarah merenung wajah Tengku Ariq Iskandar dalam-dalam kemudian mengangguk lalu tersenyum. Tengku Ariq Iskandar tersenyum lega.
“Lily Sarah, ibu bapa awak tak risau ke awak tak balik lagi. Biar saya hantar awak pulang” Ariq Iskandar menawarkan dirinya. Lara menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Saya tiada sesiapa lagi di dunia ini. Saya cuma sebatang kara”
“Takkan awak tak ada rumah?”
“Saya menumpang rumah Mak long saya. Saya…….saya…….” sekali lagi suara Lily Sarah terhenti.
Tengku Ariq Iskandar dapat mengagak ada sesuatu yang sedih berlaku terhadap Lily Sarah. Dia ingin tahu kalau boleh dia mahu membantu gadis ini
“Lily, ceritalah. Saya kalau boleh nak tolong awak. Awak dah bantu saya biarlah saya bantu awak pulak”kata Ariq Iskandar.
“Tak ada apa. Tak apalah, saya balik dulu” Lily Sarah terus menyimpan buku nota dan pen ke dalam beg. Baru dia hendak bangun, Ariq Iskandar menarik tangan kanannya.
“Duduk!” arah Ariq dengan suara perlahan.
Bagaikan orang bodoh Lily Sarah terpaksa akur. Dia kalah bila melihat renungan tajam Ariq iskandar. Lelkai ini ada kuasa mempengaruhi smeu aorang dengan matanya.
“Apa yang dah jadi pada awak? Awak masih marahkan saya?”Tanya Ariq Iskandar
Lily Sarah menggelengkan kepala
“Kalau macam tu kenapa awak duduk seorang di sini?”
“Mak long saya saya dah halau saya. Dia tuduh saya mencuri. Saya tak curi duit dia pun. Saya baru balik kerja” jelas Lily Sarah dengan suara hiba
Ariq Iskandar merenung wajah gadis itu. Wajah gadis itu tenang kemudian mendongak memandang dirinya lalu tersenyum tapi lama – lama hambar. Jantung Ariq Iskandar bagaikan terhenti melihat senyuman itu. Gadis ini nampak ayu dan menawan tanpa sebarang solekan di wajah mulusnya. Mahu saja dia menyentuh tetapi gadis ini bukan seperti gadis-gadis yang lain yang rela menyerahkan dirinya.Tanpa disedari rintik-rintik hujan turun menyimbah bumi. Ariq Iskandar terkejut begitu juga dengan Lily Sarah, mereka saling berpandangan. Ariq Iskandar pantas mencapai tangan Widad lalu berlari ke apartment..
“Saya nak balik” Lily Sarah terus berdiri di hadapan Ariq Iskandar
“Awak nak balik ke mana? Mak long awak dah halau awak.” Ariq Iskandar cuba menggapai bahu Lara tetapi gadis itu menganjakkan tubuhnya ke belakang.
“Saya tak mahu. Saya takut. Saya tak kenal awak. Saya akan tidur rumah kawan saya”kata gadis itu termengah-mengah.. Dia memeluk tubuhnya. Pakaiannya sudah basah kuyup begitu juga dengan Ariq Iskandar. Gadis itu begitu cantik bila dibasahi air hujan .
“Tidak, awak mesti ikut saya. Takkan saya nak biarkan awak seorang diri dalam hujan begini” suara Ariq Iskandar meninggi.
Gadis itu mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia memusing ke belakang mencari jalan pulang. Masih teragak-agak untuk mencari tempat perlindungan. Ariq Iskandar berlari mendapatkan Lily Sarah
Bottom of Form
            “Tuan?!” sapa satu suara halus
            Ariq Iskandar tersentak. Lamunannya termati. Di bawa angin lalu. Lantas dia membetulkan posisi duduknya. Entah macam mana dia boleh teringatkan lara. Widad yang sudah lama menghilang. Sudah lama dia menanti gadis itu. Bertahun – tahun. Tidak pernah jemu. Cintanya masih untuk Lily Sarah. Mmsih bertahan kekal di dalam hatinya. Tiada untuk yang lain.
            “Maaf ganggu tuan. Saya cuma nak maklumkan, lagi setengah jam ada mesyuarat dengan Mr Wong dari Korea” beritahu Suzana perlahan. Berhati – hati ketika dia bertutur. Dia tahu angin Ariq Iskandar bukannya stabil. Kalau kerja tidak siapa tau tidak elok, memang mengamuk dibuatnya.
            “Itu saja ke?”tanya Ariq Iskandar dengan suara serius. Mendatar.
            Nora mengangguk, “ Ada apa – apa lagi tuan?”
            “Awak boleh keluar sekarang” arah Ariq Iskandar lalu bersandar kembali. Kerusi dipusing menghadap jendela yang menebusi  pawana di luar. Awam biru begitu mendamaikan namun di hati masih bergejolak. Sarat dengan ridnu. Lily Sarah, di mana kau sayang





Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…