Skip to main content

Rindu Syurga 12

Bab 12

Hujan masih menggila. Dia tidak membuka televisyen seperti biasa. Notebook juga tidak dibuka. Hanya sebuah buku tulisan Sophie Kinsella menemaninya dikala sepi namun diganggu bunyi hujan. Pembacaannya terhenti bila guruh berdentum berkali-kali. Dia baring di atas sofa. Sejukan mula terasa. Matanya hampir terlelap. Majalah yang dibelinya petang tadi dicapai. Wajah depan majalah itu ditatapnya. Lama kemudian dipeluknya majalah itu.
Lily Sarah terperanjat bila terdengar bunyi petir berdentum bersama kilat. Tubuhnya terasa sejuk lalu dipeluk seerat yang boleh. Dia cuba memberi tumpuan pada perlawanan bola sepak di televisyen. Namun dia memang tidak minat pada bola sepak. Dia tidak berani menukar rancangan lain sebab masuk ke dalam rumah ini Ariq Iskandar awal – awal lagi menghidupkan televisyen dan mencari rancangan bola di astro. Malah sempat juga jejaka itu membebel sebab terlewat dalam lima belas minit. Lily Sarah takut – takut duduk di atas sofa empuk itupun setelah disuruh oleh Ariq Iskandar. Lelaki itu terus menghilangkan diri ke dapur.
Ariq Iskandar masih berada di dapur. Terdengar bunyi piring dan cawan berdeting berkali - kali. Barangkali Ariq Iskandar sedang menyediakan minuman panas. Lily Sarah masih berteleku di atas sofa empuk. Matanya mengerling setiap ruang legar penthouse mewah ini. Cantik dan ringkas dengan konsep ala bali. Dinding juga penuh dengan lukisan  berbentuk abstrak.
Lily Sarah cuba menenangkan dirinya. Tubuhnya dipeluk erat – erat lantaran kesejukan yang agak melampau. Sudah sejuk dipasangnya pula penghawa dingin. Boleh mati kesejukan kalau begini, desisi hati Lily Sarah. Hujan semakin lebat. Tiada tanda – tanda akan berhenti. Dia resah kalau – kalau Mak long dan sepupu mencarinya ditengah malam. Bimbang juga kalau – kalau Mak Uda membuat laporan polis. Tapi Mak long tidak pernah ambil kisah tentang dirinya. Di rumah setinggan di pinggir kota juga dia hidup bagaikan patung bernyawa. Mak long pernah tidak kisah sama ada dia ada atau tidak di rumah. Kepulangannya tidak pernah disambut mesra.
“Untuk awak” tiba – tiba Ariq Iskandar menyerahkan satu gelas mug berisi koko panas.
Lily Sarah menyambut dengan perasaan teragak – agak. Dia tidak berani merenung mata Ariq Iskandar yang tajam umpama helang. Lelaki ini memang kacak lebih – lebih lagi senyumannya tapi depan aku dia buat muka serius. Ariq Iskandar juga selalu muncul dalam majalah dan akhbar menceritakan tentang dunia muzik yang diceburnya. Lelaki ini sekarang menjadi kegilaan kaum wanita. Namanya sentiasa meniti dibibir setiap wanita. Rakan – rakan sekolejnya juga selalu menyebut nama Ariq Iskandar dan berangan – angan ingin hidup bersama lelaki ini
Ariq Iskandar seraya mengambil tempat disebelah Lily Sarah lalu mencicip minuman. Bergerak – gerak halkum bila menelan air yang mengalir laju ke dalam kerongkong. Lily Sarah hanya memerhati.
“Kenapa awak tak minum?”Tanya Ariq Iskandar bila dirinya diperhatikan oleh Lily Sarah.
“Atau awak nak minum lain? Saya boleh buatkan yang lain” Tengku Ariq Iskandar merenung wajah Lily Sarah.
“Tak apa. Air ni pun sedap” kata Lily sarah tergagap.
“Mana awak tahu sedap sedangkan awak belum minum” serius nada suara lelaki itu.
Lily Sarah terus terkelu terus memalingkan muka ke kaca televisyen Plasma. Ariq Iskandar terseeyum sinis. Sesekali dia mengerling gadis di sebelahnya. Ayu dan nampak lembut. Rambut Lily Sarah mengurai dan hitam pekat. Dia terpesona seketika.
Sepantas kilat Lily Sarah terus meneguk minuman koko itu hingga habis. Sesekali mata merenung kaca TV plasma. Suka atau tidak terpaksa juga menonton rancangan sukan nombor satu di dunia. Matanya juga mengitari ruang tamu yang dirasakan begitu hebat. Cantik. Tidak mungkin Ariq Iskandar sebegitu rajin mendekorasi ruang rumahnya. Melihat gaya lelaki disebelahnya seorang lelakiyang kuat bekerja. Barangkali dekorasi penthouse ini dilakukan oleh seseorang yang pakar.
“Awak selesa pakai baju pyjamas saya? Nampak besar? Nak bagi baju kecil tapi cuma singlet je nanti kalau pakai awak lagi nampak seksi” kata Ariq Iskandar seraya merenung wajah Lily Sarah yang masih takut – takut.
Berdebar Lily Sarah mendengarnya. Dia meneguk liur. Bagaimanalah kalau tiba – tiba Tengku Ariq Iskandar buat perkara yang tidak senonoh. Tidak mungkin! Tapi ada rasa bimbang terselit juga. Dia hanya perempuan yang lemah, Ariq Iskandar seorang lelaki yang kelihatan mampu menguasai apa sahaja manalah tahu muncul orang ketiga yang boleh mengubah fikiran Tengku Ariq Iskandar.
“Tak apalah baju ni pun okey. Selesa” jawab Lily Sarah perlahan. Dia tidak mahu menyusahkan Tengku Iskandar.
“Kalau hujan dah berhenti nanti saya nak terus balik”sambung Lily Sarah
Ariq Iskandar memandang tepat wajahnya, “Tak payah. Awak tidur saja di sini. Kalau balik pun mana ada teksi. Pemandu bas pun dah tidur. Saya takkan hantar awak balik. Kenapa? Takut? Saya takkan buat apa – apalah” jelas Ariq Iskandar cuba mahu menenangkan perasaan Lily Sarah.
Ariq Iskandar faham wanita mana yang mahu duduk dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Tetapi di saat genting begini bagaimana dia mahu melepaskan Lily Sarah begitu sahaja.
“Saya risau kalau Mak long saya cari saya. Nanti dia marah” Lily Sarah memberi alasan yang tepat.
“Tidak. Awak tidak boleh balik pada waktu begini. Saya tak benarkan. Saya akan jumpa dia dan beritahu hal yang sebenar. Jangan takut, sayakan ada” lelaki itu bersuara serius. Wajahnya diseriuskan lalu menghirup air coklat koko yang masih hangat.
“Saya takut. Bukan apa, awak orang terkenal nanti kalau – kalau jabatan Agama Islam datang macam mana?” Lily Sarah masih mahu mencari helah. Dia gusar kalau sesuatu
“Apa susah, kalau dah kena tangkap khalwat, kita kahwin sajalah. Kahwin free kan?”begitu senang Ariq Iskandar memberi alasan mudah.
Lily Sarah tersentak lantas memandang wajah Ariq Iskandar di sebelahnya yang leka  menonton bola sepak di kaca televiyen. Senangnya cakap! Mentang – mentang duit bertimbun – timbun, nak kahwin pun senang.
“Tapi…….”Belum sempat Lily Sarah menghabiskan ayat.
“Diam! Awak pergi masuk tidur. Bilik saya yang hujung tu” Ariq Iskandar menjuihkan bibir ke satu arah. Agaknya dia bosan mendengar soalan dari Lily Sarah. Apa tidaknya dia begitu tekun menonton pelawanan Chelsea menantang Arsenal.
“Bilik awak?” Lily Sarah terkedu. Dadanya berdebar kencang.
“Kenapa?” mata Tengku Ariq Iskandar membulat
“Tak. Awak tidur kat mana?” tanya Lily Sarah macam orang bodoh
“Awak nak tidur dengan saya ke?” mata Ariq Iskandar merenung tepat ke muka  Lily Sarah yang sudah merah menyala.
Lily Sarah terdiam. Gulp! Dia terkaku seketika.
“Jangan risaulah. Saya masih ada iman. Kan ada banyak bilik kat rumah saya ni. suka hati sayalah nak tidur kat mana pun” Kata Ariq Iskandar tanpa memandang wajah Widad.
Perlahan – lahan Lily Sarah bangkit dari sofa menuju ke satu bilik yang diarahkan. Dia menoleh ke belakang, lelaki itu masih merenung kaca televisyen. Gila bola gamaknya! Entah bagaimana lelaki itu juga menoleh ke belakang memandang Lily Sarah yang masih tercengat di situ.
“Kenapa? Nak saya temankan ke? Boleh….” Ariq Iskandar tersenyum nakal sambil menjungkitkan kedua – dua kening. Lily Sarah terdiam terus masuk ke ruang kamar utama.

Lily Sarah tersentak bila terdengar bunyi kilat berdentum serentak itu lamunannya juga mati Bermula dengan renyaian kini semakin lebat membasahi ibu kota Kuala Lumpur. Sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sini, dia mula terpegun dengan keindahan malam. Lampu neon berkelipan sangat menangkan hatinya. Bagaikan cahaya menyuluh kegelapan hatinya.
Lily Sarah mendekati jendela. Biar pun kesejukan di bawah penghawa dingin, hatinya terasa sayu. Ada luka bila menginggatkan peristiwa lalu. Namun hatinya terdetik di manakah lelaki itu sekarang? Barangkali sedang mengulit kebahagiaan bersama Rindiani. 

            Lily Sarah merenung gambar muka depan majalah Business yang baru dibelinya pagi tadi. Wajah lelaki ini masih seperti dulu. Masih kacak. Senyumannya masih seperti dulu. Tiba – tiba ada rindu yang tebal. Rindu yang masih hangat.  Tidak semena – mena air matanya mengalir laju. Rindunya pada lelaki ini tidak dapat ditahnnya lagi. Ariq….saya rindu sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…