Skip to main content

Rindu Syurga 13

Bab 13

Hujan lebat membasahi kota New York. Lebat. Suasana gelap mengelilingi kota raya hebat ini. Rafail Adam berdiri di luar balkoni. Tempat dia berdiri adalah tempat kegemaran isterinya sewaktu menikmati kopi hangat. Katanya , dari sini dia dapat melihat taman yang cantik. Dari sini dia dapat melihat bangku panjang diduduki pasangan veteran yang saling berpelukan dan berbual mesra.
            “Saya pernah tanya Makcik Rosie, bagaimana dia mengekalkan perkahwinanya sampai 30 tahun” kata Lily Sarah tersenyum manja. Matanya melirik ke arah Rafail Adam yang ebrdiri disebelahnya.
            “Makcik Rosie kata apa?” tanya Rafail Adam tidak sabar-sabar.
            “Jangan sesekali curang. Kena selalu ada makan malam hujung minggu. Selalu mnerai bersama. Yang paling penting rasa percaya. Kalau itu hilang sekali, sukar untuk dapatkan semula” kata Lily Sarah dengan penuh makna.
            Rafail Adam meneguk liur
            “Saya juga tanya kak, Yasmin, bekas guru agama. Dia kata, cara yang paling baik sentiasa buat solat hajat, solat berjemaah, mengaji Quran bersama dan sentiasa doakan untuk pasangan” sambung Lily Sarah lalu menghirup kopi hingga habis.
            Yasmin yang dimaksudkan adalah bekas Ustazah yang mengikut suaminya menyambung pengajian peringkat Ph.D di sini. Apartment yang emreka duduki ini separuhnya warga Islam yang rata-ratanya datang dari pelbagai Negara. Kak Yasmin juga mengambil upah mengajar Quran untuk anak-anak penduduk Islam di kawasan kejiranan mereka. Hubungan mereka sesame sangat erat dan mesra.
            “Saya cintakan awak, Lily. Awak semangat saya. Awak segalanya untuk saya” kata Rafail Adam sambil melurut-lurut rambut ikal isterinya. Bau harum rambut isterinya mencecah hidungnya.
            Lily Sarah berpusing menghadap suaminya. Mereka saling berpandangan dengan rasa cinta yang kuat dan mendalam.
            “Saya lebih mencintai awak. Awak terima saya seadanya. Saya….” Kata-katanya terhenti saat jari telunjuk Rafail Adam singgah ke bibirnya.
            “Kita tidak sempurna sayang. Saya juga begitu. Seperti awak tapi kita ditemukan untuk kita saling lengkapi antara satu sama lain. Cinta pertama hanya pengalaman. Ya, kita pernah tersasar jauh tapi kita ditakdirkan bersama. Tiada siapa yang boleh pisahkan kita’ tutur Rafail Adam dengan lembut dan meyakinkan. Dia tahu, dia bukan  lelkai yang baik untuk dijadikan suami tetapi dia yakin dia mampu membahagiakan seorang wanita yang bergelar isterinya. Begitu juga dengan Lily sarah bukan wanita suci yang ditemukan buat pertama kali.
            Lily Sarah begitu jujur memberitahu perihal dirinya. Perlukah dia menafikan perasaannya hanya wanita ini tidak lagi suci? Tidak adil sedangkan dia pernah terlanjur jauh dengna beberapa orang wanita.
            “ Raff, jom makan. Makaroni goreng!” Michael menjerit dari ruang tamu.
            Rafail Adam menoleh ke belakang. Michael begitu sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan. Hampir setiap hari Michael berada di sini, menemani dia. Sesekali dia pangsapuri Michael yang tidak jauh dari sini. Bila Michael menjerit kali kedua, baru rafail Adam masuk ke dalam. Michael mencedokkan macaroni ke dalam pinggan lalu disuakan kea rah Rafail Adam yang hanya menanti. Kemudian Michael duduk bertentangan dengannya. Mereka berdua berselera menikmati macaroni goreng.
            “ Dah lama aku tak merasa nasi goreng” kata Michael tiba-tiba. dia memandang Rafail Adam yang turut terhenti suapan. Jika dulu, Lily sarah rajin masak nasi goreng ataupun nasi lemak. Michael paling suka nasi goreng berbanding nasi lemak. Dia pernah ke Malaysia pun akan mencari nasi goreng. Paling tidak pun, roti canai bagi sarapan pagi.
            “ Kau nak ke? Pagi esok aku gorengkan nasi lemak tapi taklah sesedap masakan….” Kata-kata Rafail Adam terhenti. Dia juga gemari nasi goreng masakan Lily Sarah.
            “ kau tahu ke masak nasi goreng?” tanya Michael seperti orang bodoh.
            : Eah mestilah tahu. Walaupun aku duduk di New York, kau ingat aku dah lupa? Sebelum kahwin pun, aku masak sendiri tau” kata Rafail Adam sedikit marah.
            Michael ketawa terbahak-bahak, “ Manalah aku tahu. Aku kenal kau pun melalui Lily Sarah. Aku mana kenal kau sebelum kau kahwin dengan Lily” kata Michael bersungguh-sungguh. Pertama kali dia bertemu dengan penulis hebat ini pun sewaktu novel pertama Rafail Adam diterbitkan oleh satu syarikat gergasi. Ketika itu novel  pertama Rafail Adam bertajuk Revenge of Women. Manuskrip itu pernah ditolak lebih lima syarikat penerbitan. Alasan munasabah bagi menolak karya Rafail Adam penulis dari Malaysia yang belum tentu menarik perhatian pembaca di Amerika. Atas bantuan rakan Rafail Adam yang juga Editor penerbitan Mc Adam Publishing, manuskrip itu berjaya menarik perhatian dan mengambil risiko.
            “ Kau tidur sini sajalah. Kita tengok perlawanan bola keranjang. Aku sunyi” kata Rafail Adam perlahan lalu bersandar. Dia kekeyangan. Fikirannya menerawang memikirkan seseorang yang amat dirinduinya.
            Rafail Adam bangkit,” Aku buatkan kopi untuk kau sekali” Rafail Adam terus ke dapur.
            Michael terus menghabiskan makanannya. Dia mengitari ruang legar rumah ini. sSnyi juga bila rumah ini hilang serinya. Meskipun  rumah ini kelihatan seperti lalu tetapi terasa kosong. Dia rindukan gelak tawa dan gurau senda Lily Sarah. Lily Sarah selalu jadi mangsa usikan Rafail Adam dan dia. Bila merajuk, panjang muncung Lily sarah yang akan mogok masak. Kalau ada perlawanan bola keranjang di televisyen, Lily Sarah akan sembunyi  ‘remote control’. Puas Rafail Adam mencari. Bila rumah digeledah, Lily Sarah akan mengamuk bila melihat barang-barang bersepah. Michael cukup faham perangai pasangan suami isteri ini. Bila bergaduh, Michael  jadi orang tengah dan pakar kaunseling rumah tangga.
            “Nah!” satu mug berisi kopi diletakkan di depan Michael.
            Rafail mencicip kopi hingga tinggal separuh. Dia  mengeluh berat, “ Aku rindukan Lily, Mike. Rindu sangat. Setiap malam aku teringatkan dia. aku takut kehilangan dia. aku sayangkan dia, Mike. Aku memang bodoh! Bodoh!” bentak Rafail Adam lalu emndengus kasar. Dia mengetap bibir sekuat hati.
            Michael menyentuh bahu Rafail Adam, “abar. Biarkan keadaan tenang dulu. Beri masa pada Lily. Kaukan tahu dia macam mana? Kalau dia marah pun, jangan beri api. Banyakkan berdoa. Kalau dia memang jodoh kau sampai ke syurga, dia akan kembali pada kau dan tuhan akan satukan kau berdua” pujuk Michael lalu menepuk-nepuk bahu Rafail Adam.
            Rafail Adam diam. Matanya tertancap kea rah potret mereka berdua. Gambar itu  menunjukkan wajah gembira Lily Sarah selepas akad nikah. Lily Sarah sangat manis pada hari bersejarah itu. Saat dia menyarungkan cincin di jari manis Lily Sarah, dunia ini dirasakan miliknya. Bila Lily Sarah meninggalkan dia, dia seperti hidup seorang diri di dunia ini. Air matanya menitis.

            “ Kau kena kuat Raf!” Michael memegang ekdua-dua bahunya

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…