Skip to main content

Rindu Syurga 14

Bab 14

Hujan nasih belum mahu berhenti. Saat dia menadah tangan memohon doa selepas tahiyat akhir, hujan begitu lebat. Moga-moga doanya dikabulkan olehNYA. Rintik-rintik hujan begitu deras jatuh ke bumi. Ariq Iskandar menuju ke balkoni  sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak. Lampu neon yang berderet di jalan raya begitu kusam dipandangannya. Sejuknya malam ini menggigit hingga ke tulang sum-sum.
Hujan di luar masih menggila. Makin lebat. Rasanya mahu sampai ke waktu subuh. Mata tidak mampu dipejamkan meskipun tubuh rasa keletihan. Dia hanya merenung jendela yang dibasahi hujan. Suasana kamar mewah di bilik tetamu ini diterangi lampu malap. Saat hujan masih belum mahu berhenti, dia memejamkan mata. Terbayang wajah seseorang yang ingin ditemuinya sekelian lama.
Ariq Iskandar melangkah malas mencapai fail yang di bawa bersama tadi. Fail milik Lily Sarah membuatkan dia tersenyum sendirian. Ariq Iskandar berdiri di tepi jendela sambil menyelak – nyelak helaian puisi yang diberi oleh Lily Sarah sebentar tadi.
Secawan Kopi, sebuah novel dan cinta pertama
Tajuk puisi yang menarik. Baru sahaja hendak membaca isi puisi tersebut, dia terdengar bunyi kilat berdentum serentak itu terdengar suara Lily Sarah menjerit dari bilik tidur utama. Terus dia berlari mendapatkan Lily Sarah.
“Lily!” Ariq Iskandar melaung terus menerjah masuk pintu bilik
“Saya……..”langkah Ariq Iskandar terhenti bila melihat  Lily Sarah duduk termenung di atas katil sambil memeluk bantal peluk. Wajahnya nampak ketakutan.
“Kenapa?” tanya Ariq Iskandar bimbang. Dia kelihatan kalut sekali. Dia takut kalau ada sesuatu buruk yang menimpa Lily Sarah.
“Saya….saya takut guruh.  Saya takut petir”jawab Lily Sarah lambat – lambat. Wajahnya sudah basah dengan air mata.
Ariq Iskandar melangkah ke arah Lily Sarah, “ Awak nak saya buat apa?”
Lily Sarah diam. Dia tidak mahu lelaki itu buat apa – apa pun Cuma dia terperanjat lalu menjerit tatkala terdengar bunyi guruh. Dia cuma ketakutan namun dia masih mampu bersendirian di kamar cantik ini.
“Okeylah saya tidur di bawah. Awak tidur di atas” Ariq Iskandar terus mencapai bantal dan mengambil selimut dalam almari lalu baring di atas permaidani lembut.
Lily Sarah kembali baring dengan hati tidak keruan. Selimut tebal ditarik hingga ke paras dada. Rasa sejuk mencengkam ke tulang sum – sum. Sesekali dia cuba melihat Ariq Iskandar di bawah katil yang sedang tidur mengiring. Lelaki ini betul – betul kacak juga bila lena. Perlahan – lahan Lily Sarah cuba untuk memejamkan mata.
Belum sampai sepuluh minit Lily Sarah tersentak dengan bunyi petir yang lebih kuat. Lily Sarah terus menangis. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Tiba – tiba ada tangan menyentuh rambutnya.
“Kenapa awak menangis?” tanya Ariq Iskandar lembut
Lily Sarah berkalih melihat lelaki itu sedang merenung wajahnya lantas dia bangun cuba melarikan diri dari lelaai itu namun tangan kananya cepat – cepat ditangkap.
“Kenapa awak takut guruh?” tanya Ariq Iskandar ingin tahu.
Lily Sarah terus menangis.  Baju pyjamas yang melekap ditubuhnya ditarik perlahan. Dia rasa sangat ketakutan. Sejurus itu terbayang momen yang menakutkan. Peristiwa yang menjadi punca kehilangan emak ayahnya.
“Saya…..saya anak yatim piatu. Emak ayah saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Saya tak lupa bagaimana keadaan hujan lebat masa tu. Saya masa tu hanya berusia 7 tahun” cerita Lily Sarah tersedu – seda. Dia tidak lupa bagaimana keadaan emak dan ayah yang sudah tidak bernyawa. Berkali-kali dia memanggil tetapi tiada sahutan. Ketika itu, hujan makin menggila. Petir  tidak berhenti berdentum membuatkan tangisannya panjang.
Ariq Iskandar terus mendengar. Dia yakin ada kisah sedih dalam hidup gadis ini. Wajah ayunya bagaikan menyimpan kisah duka yang tidak akan berpenghujung.
Lily Sarah memejamkan mata. Masih terbayang kemesraan mereka tiga beranak. Ayah bercerita jenaka di kala hujan lebat yang menggila. Kiri kanan jalan raya itu hanyalah hutan tebal di kawasan kampung. Mereka bertiga baru sahaja keluar dari kawasan Cameron Highland. Masih tidak lupa bagaimana kereta Honda Vios yang dipandu ayah terbabas hingga termasuk dalam gaung.
Lily Sarah terus menangis dan memeluk bantal peluk kuat – kuat. Dia rindukan ayah dan emak. Kalaulah ayah dan emak masih hidup pasti nasibnya tidak jadi begini. Namun segala ketentuan diterima dengan sekuat hati yang mungkin.
Ariq Iskandar yang mendengar terasa sayu. Dia merenung wajah di hadapannya yang masih lagi tidak berhenti menangis.
“ Saya akan menjaga awak…..”
“ Tapi…..” Lily Sarah tersentak. Dia bagaikan tidak percaya tubuh Ariq iskandar begitu dekat dengannya. Dia ingin emnolak tetapi tidak berdaya.
“ syyyyy jangan cakap apa – apa lagi….”Ariq Iskandar meletakkan jari telunjuk ke bibir Lily Sarah.
Lily Sarah terasa tubuhnya ditarik dalam dakapan lelaki ini. Dia terasa tenang. Damai. Dalam 13 tahun inilah kali pertama dia dipeluk oleh seseorang selepas pemergian ayah dan ibu. Terasa selamat.
“Encik……”
“Diam……” tegah Ariq Iskandar yang terus menghangatkan suasana.
            Hujan terus membasahi bumi malah turut mnegalirkan air mata Lily Sarah.

Pagi yang masih hening membuatkan Lily Sarah terus bangun duduk di birai katil. Air mata menitis laju. Dia memeluk tubuh erat-erat. Gerimis di luar masih belum berhenti. Lily Sarah merenung lelaki yang masih lena di sebelahnya. Wajah lelaki itu direnung dalam-dalam. Perlahan – lahan Lily Sarah menekup mulutnya agar tidak terus menangis. Ya Allah, aku tak ada apa-apa lagi pada diriku. Air matanya semakin lebat. Lily Sarah membelek baju pyjamas Ariq Iskandar yang melekap ditubuhnya. Kemudian Lily Sarah cuba bangkit menuju ke jendela. Hujan sudah mula  berhenti. Jalan raya masih lenggang. Laut yang terbentang di hadapan penthouse ini masih bergelora. Lily Sarah menoleh ke atas katil, Ariq Iskandar masih terlena. Dengkuran lelaki itu membuatkan Lily Sarah tersenyum  pahit. Tapi mustahil untuk dia memiliki lelaki ini. Mustahil. Satu Malaysia sudah tahu akan hubungan Ariq Iskandar dengam Rindiani
Lily Sarah menghampiri piano yang terletak di tepi dinding. Dia memetik piano satu persatu. Lily Sarah tersenyum bila dengar bunyi-bunyian yang berbeza. Suatu ketika dulu dia kepingin mahu belajar bermain piano tetapi kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya turut menyentap segala impian dan harapannya.
Lily Sarah terpandang jam dinding, sudah hampir ke angka 10 pagi. Dia perlu pulang sekarang. Kelasnya akan bermula pada pukul 2 tengahari. Pada pukul 8 malam dia harus ke restoran segera untuk mencari pendapatan sampingan.
Lily Sarah tersentak bila ada satu tangan menarik kebelakang sehingga tubuhnya terdorong ke belakang. Lily Sarah tersentak bila melihat Ariq Iskandar muncul di depannya. Dia mahu tersenyum tetapi dirasakan tidak mampu.
“ Saya kena balik sekarang” Lily Sarah mengambil baju-bajunya yang bersidai di atas bangku panjang dalam bilik utama.
Lily, jangan pergi dari saya. Tolong jangan tinggalkan saya. Kita kena berbicara dulu. Saya rasa bersalah dengan awak ” Ariq Iskandar merayu sepenuh hati.
“ kemudian saja. Saya kena pergi. Saya ada kelas. Nanti Mak long saya cari saya”jelas Lily Sarah dengan suara tersekat-sekat disusuli pula dengan rasa debar. Dia mahu pergi dari sini. Dia tidak mahu bertemu dnegan lelaki ini lagi.  Segalanya sudah hitam bagi hidupnya.
“Balik – balik Maklong! maklong! Awak ingat dia akan cari awak?” suara Ariq Iskandar sedikit meninggi.
Lily Sarah terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dia risau kalau maklong mencari dia. Tak mungkin Maklong mencari dia. Pernah dia tidur rumah rakan sekuliah tanpa memberitahu maklong, maklong sedikit pun tidak ambil tahu. Kalau dia mati dibunuh agaknya punMaklong tidak mahu ambil tahu. Kasihan hidupnya hanya menumpang kaish dari orang yang tak sudi. Ha, cari atau tidak, dia harus pergi dari sini.
“Kita mampu mengubahnya. Saya akan bertanggungjawab ke atas diri awak. Saya telah ambil segala – gala dari awak”janji Ariq Iskandar dengan sungguh – sungguh.
Lily Sarah tunduk. Terasa air mata deras mengalir. Ya, dia bukan gadis suci lagi. Tiada apa – apa lagi untuk dirinya. Lelaki di hadapannya telah mengambil semuanya. Puisi dan juga harga dirinya. Tanpa disedari Ariq Iskandar terus memeluk tubuhnya dari belakang. Tidak. Tidak akan terjadi untuk kali kedua. Lily Sarah terus menolak pelukan lelaki itu. Ariq Iskandar sedikit terkejut.
”Lily, saya akan jadikan awak penulis yang terkenal. Saya akan bukukan semua puisi – puisi awak. Saya akan buat segala – galanya untuk awak. Saya akan buatkan awak bahagia selama – lamanya bersama saya. Jadilah isteri saya, Lily” pinta Ariq Iskandar seperti merayu. Lily Sarah mendongakkan kepalanya.
Lily Sarah diam. Baginya mustahil untuk dia menjadi seorang isteri pada usia muda begini. Dia ada cita-cita yang ingin digapainya. Dia mahu mengenggam segulung ijazah yang diimpikan sejak sekolah lagi. Dia mahu membuktikan pada Maklong dan sepupunya yang dia berjaya meraih impian dalam keadaan susah payah.
”Saya cintakan awak, Lily. Awak adalah sumber inpirasi dan kekuatan saya” Ariq Iskandar merenung wajah Lily Sarah yang sudah menangis.
“Lepaskan saya…..” Lily Sarah terus menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Perasaannya kabur sama seperti masa depannya juga.

Ariq Iskandar mengeluh berat lantas meraup wajahnya. Dia ingin sahaja menjerit nama itu tatkala terpandang gambar seorang wanita yang yang menjadi muka depan majalah. Lily Sarah. Masih ayu. Raut wajah itu tidak berubah. Wanita itu kelihatan gembira sekarang. Sepuluh tahun dulu tidak pernah dia melihat senyuman mahupun tawa daripada Lily Sarah.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…