Skip to main content

Rindu Syurga 15

Bab 15

Lamunan Rafail Adam termati. Surat di yang diterima sebentar tadi segera di letakkan di atas meja bulat kecil. Manuskrip terbarunya  lulus dan bakal dicetak tidak lama lagi. Tempoh hari dia menerima panggilan daripada Ketua Editor Majalah dari Malaysia, Puan Linda. Katanya mahu menebual jika tiba di Malaysia nanti. Dia bersetuju sahaja. Malahan ada seorang penerbit mahu mengadadaptasi novelnya ke layar perak. Dia mula-mula enggan juga walaupun penerbit novelnya bersetuju. Katanya ini langkah promosi. Di Malaysia novelnya akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk pasaran. Dia mengeluh berat. Dia tidak pernah menuis novel dalam bahasa Melayu sedangkan dia adalah bangsa Melayu. Lily Sarah pernah mencadangkan dia menghasilkan novel dalam bahasa Melayu tetapi dia belum bersedia.
            Di meja tulis yang terletak di ruang tamu membenarkan dia melepaskan segala lelah setelah berjam-jam lamanya mneghadap lap top. Di sebelahnya meja kosong bewarna putih bersih milik Lily Sarah. Dia bersandar lalu merenung meja tulis Lily Sarah dengan senyuman namun senyuman itu semkain tawar. Dia melihat susunan novel-novel kegemaran Lily Sarah yang ditulis oleh John Tea. Kemudian satu almari bersebelahan meja tulis sarat dengan buku bahasa Melayu. Rafail Adam bangkit dari kerusi. Dia mencapai sebuah buku yang tidak tebal. Novel Salina, karya Datuk A.Samad Said. Dia pernah membaca karya hebat ini. Karya ini pernah ditolak beberapa kali sehingga dapat diterbitkan. Kemudian sebuah buku nipis dicapai lagi. Buku yang bertajuk Matinya Seorang Seniman  tulisan Datuk Dr Ridhuan. Tiba-tiva dia berkenan mahu membaca buku milik Lily Sarah. Matanya meliar lagi, mencari buku-buku bahasa Melayu yang boleh dibacanya.
            “ Raf!” pencariannya terhenti apabila terdengar anmanya diseur oleh seorang wnaita. Suara itu bukan milik Lily Sarah tetapi Alessa, wanita kelahiran Hawaii persis pelakon  Smallville, Kristin Kreuk muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
            Liuk tubuh Alessa yang masuk secara tiba-tiba sedikit pun tidak menarik perhatiannya. Alessa mengenakan dress pendek menampakkan kedua-dua pahanya yang gebu. Dia tahu kelemahan Rafail Adam mudah tergoda dengan perempuan cantik dan seksi. Begitu juga Lily Sarah juga saingannya yang dirasakan seksi bila wanita itu memiliki tubuh yang agak menawan. Walaupun mereka berkawan baik sejak dari Universiti, Lily Sarah adalah saingannya.
            “ Sayang” panggil Alessa dengan suara menggoda. Manja dan lembut. Matanya tajam merenung Rafail Adam yang sedang termenung menghadap jendela yang terbuka. Lap top milik Rafail Adam yang terbuka diliriknya dengan ekor mata. Dia tahu waktu-waktu begini Rafail Adam akan menaip menyiapkan manuskrip terbaru.
            Rafail Adam menoleh sedikit kemudian memperbetulkan posisi duduknya.
            “Awak dah banyak berubah. Tak macam dulu” Alessa mengambil tempat disebelah Rafail Adam. Tangannya menggapai tangan Rafail Adam, mahu membelai lelaki ini seperti biasa. Perlahan-lahan Rafail menarik tangannya. Dia sudah membuat keputusan, kunci rumahnya akan ditukar. Dia tidak mahu Alessa sesuka hati masuk sewaktu ketiadaannya. Minggu lepas dia meminta Alessa keluar dari rumahnya. Dia tidak mahu terus menerus hidup tan pa batasan. Alessa bukan isterinya yang sah.
            “ Saya mahu kembali padaNYA..” perlahan suara Rafail Adam. Lemah. Tidak berdaya.
            “ Kembali pada Lily? Awak sayangkan lily lagi? Saya dah berikan awak segalanya, awak buat macam ini pada saya” Alessa terus berdiri. Suaranya meninggi. Mukanya merah padam. Dia sudah mengagak perubahan rafail sudah tentu ada kaitan dengan perempuan.  \
            “ Awak takkan faham. Kita berbeza agama, Alessa” beritahu Rafail Adam pelahan.
            “Huh, alasan!” Alessa memeluk tubuh. Tidak mungkin lelaki ini terus berubah. Dia amhu memiliki lelaki ini dan apa yang pasti dia tidak mahu menukar agamanya dan mana mungkin Rafail Adam keluar dari Islam.  Dia cemburukan Lily sarah yang begitu bahagia bersama lelaki yang begitu hebat dimatanya. Baginya, Rafail Adam lelaki yang memiliki segala-gala yang mampu diberikan kepada mana-mana wanita.
            “Saya masih cintakan Lily. Saya sayangkan agama saya. Saya tak mahu buat apa yang tak sepatutnya berlaku antara kita, Lessa” suara Rafail Adam begitu lemah seperti memikul batu besar di atas kepalanya.
            “ Saya cintakan awak, Raf!” luah Alessa dengan suara menjerit.  Dia cukup tidak suka jawapan yang diberikan oleh Rafail Adam. Ayat klise yang dirasakan tidak akan mengubah perasaan dia terhadap Rafail Adam. Pertama kali bertemu dengan Rafail Adam, dia mula menyimpan perasaan dalam diam. Dia memendam perasaan itu hampir dua tahun! Bila melihat rumahtangga rafail Adam dan Lily Sarah dilihatnya begitu smepurna, harapannya hampir musnah tetapi mana mungkin dia harus beralah begitu sahaja. Rafail Adam penulis muda yang mudah kalah dengan godaan dan belaian. Dia tahu itu kelemahan Rafail Adam.
            Rafail Adam lelaki Melayu berambut Slicked Back ala tahun 50-an begitu sempurna di matanya.Seingat dia, Pemain bola sepak, David Beckham pernah berambut seperti itu. Wajah lelaki yang pernah menjadi milik mutlak Lily Sarah begitu maskulin bila berkumis dan berjambang. Lelaki ini begitu menawan pada pandangannya.
            “ Pulangkan kunci rumah. Hubungan kita berakhir, Lessa. Saya perlukan waktu dan ruang. Saya mohon jangan ganggu saya lagi” kata Rafail Adam bangun dari kerusinya. Dia melangkah perlahan mendapatkan Alessa yang masih berdiri tegak  disebelah jendela. Dia menghulurkan tangan kanan, meminta kunci rumahnya yang pernah menjadi milik Lily Sarah dipulangkan.
            Alessa memandang wajah Rafail Adam dengan riak tidak puas hati. Nafasnya turun naik dan dia seperti tidak percaya yang Rafail Adam akan mengakhiri hubungan ini.
            “ Kita tak sepatutnya memulakan hubungan ini. Awak adalah kawan baik Lily Sarah dan saya juga pernah menjadi suaminya. Kita ini manusia jenis apa?” Rafail Adam memekik. Dia tidak mampu mengawal perasaannya.
            Alessa terkejut dan berganjak sedikit dari Rafail Adam. Bimbang diperapa-apakan oleh Rafail Adam. Tangannya segera mencari sesuatu di dalam beg tangan. Satu kunci diletakkan di atas meja tulis Rafail Adam.
            Sewaktu Alessa mahu keluar, pintu rumah itu terlebih dahulu dibuka oleh Michael. Mereka tersentak tetapi Alessa terlebih dahulu keluar dengan tergesa-gesa. Michael hanya mampu melihat wanita jelita itu berlalu. Entah kenapa sejak peristiwa itu, hubungan dia dengan Alessa renggang. Dia hilang kata-kata bila behadapan dengan Alessa walhal dia, Lily Sarah dan Alessa adalah rakan sekuliah yang tidak boleh berenggang langsung.
            “ Raf!”  panggil Michael apabila terlihat Rafail Adam duduk di atas kerusi milik Lily Sarah sambil menundukkan kepala.
            Michael menepuk bahu Rafail Adam yang seperti tidak berdaya untuk bangun.
            “ Lessa, datang ke sini buat apa?” tanya Michael ingin tahu.
            Rafail Adam  mendongakkan kepala, “ Aku tak tahu. Aku Cuma mintak dia pulangkan kunci rumah aku. Aku tiba-tiba rasa benci dengan dia. aku tak suka tengok dia. entahlah, Mike, aku perlukan Lily. Aku perlukan dia! aku cuba bangkit tapi aku tak berdaya. Bodohnya aku mensia-siakan perempuan yang paling baik dalam hisup aku!”
            “ kau memang bodoh pun!” selamba muka Michael beritahu. Dengan tanpa rasa bersalah dia menarik kerusi meja tulis Rafail Adam lalu duduk
            “ Raf, tulang belakang seorang lelaki adalah perempuan. Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya” kata Michael dengan penuh yakin.
            Rafail Adam terkesima mendengar, “Mike, bila masa kau belajar hadis ni?”
            Michael terdiam seketika,” errr…err kak Yasmin ada cerita dengan aku pasal wanita-wanita Islam”
            Rafail Adam merenung wajah rakan baiknya dengan tajam, “ Kau berminat dengan Islam?”
            Michael diam,  “ Kau tahu kan, aku ada darah British. Moyang aku dulu askar British yang pernah ke Tanah Melayu. Kau tahu tak, moyang aku pernah bercinta dengan perempuan Melayu di Johor tapi sayang tak kesampaian” cerita Michael tersipu-sipu.
            “ Aku doakan kau Mike. Kalau kau masuk Islam, aku suka tetapi aku akui tak mampu nak bimbing kau. Kita sama-sama belajar” kata Rafail Adam yang akhirnya tersenyum.

            Michael mengangguk bersama senyuman. 

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…