Skip to main content

Rindu Syurga 3

Majalah itu dilempar perlahan di atas meja kopi di hadapan. Kopi yang masih hangat diteguk perlahan. Bagaikan ada suatu kuasa yang memberikan dia tenaga bila air kopi mengalir ke kerongkongnya. Beberapa buah fail putih diselak perlahan kemudian di tolak tepi. Dia bosan. Bosan menghadap kerja yang rutinnya sama setiap hari. Dia bosan mengenakan kot begitu juga dengan kasut mahal di kakinya. Tali leher dilonggarkan sedikit. Dia mengeluh berat dengan nada kecewa. Rasa kecewa yang dipendam bertahun-tahun lamanya. Dia merenung wajah di cermin antik yang tergantung di belakang. Dia cuba tersenyum tapi senyuman yang dilihat tawar. Ramai mengatakan dia adalah antara tokoh korporat yang termuda di Malaysia yang lengkap dengan pakej. Apa guna kacak tapi tidak bahagia. Apa guna kaya tapi hartanya dikikis oleh ramai wanita.
            Dia rindukan kerjaya lamanya. Kerjaya yang membuatkan dia gembira. Kerja yang membuatkan dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia terutama kaum wanita yang selalu menggodanya dan menagih cinta darinya. Ah, wanita di dunia ini semuanya sama! Dia mengusap wajahnya berkali-kali. Jika dulu wajahnya bersih tanpa janggut dan juga kumis kini sebagai lelaki matang dia dikatakan lebih bergaya dan kacak dengan berkumis dan berjanggut sejemput di dagu.
Lantas dia bangun menghampiri jendela. Di luar jendela, hujan masih menggila membasahi bumi. Disebalik teriakan hujan yang tidak menunjukkan tanda – tanda tidak berhenti dia terus merenung langit gelap. Hujan pernah menjadi saksi pertemuannya dengan seorang gadis. Dia memejamkan mata ternyata wajah itu masih terbayang di ruang anak matanya. Kemudian pandangan beralih ke arah laut biru yang menari – nari keriangan menerima air hujan. Kocakan air laut itu sedikit sebanyak menyentuh kolam hatinya. Hatinya tersentuh. Dia teringatkan satu ungkapan ombak begitu setia dengan pantai namun ungkapan itu cukup menjengkilkan dirinya.
            Majalah GAYA di atas meja comel itu ditatapnya lalu tersenyum perlahan. Entah kenapa ada satu gambar wanita di dalam majalah seakan – akan mengetuk pintu hatinya. Wanita itu ayu dan wajahnya tampak lembut. Dia pernah terserempak dengan wanita itu di beberapa buah majlis. Wanita itu nampak tenang namun wajahnya seakan menyimpan seribu rahsia. Dia tidak pernah melihat wanita itu tersenyum namun dia yakin senyuman wanita itu pasti menarik sama semanis wajahnya. Ah, dia percaya ramai lelaki di luar sana cuba mengambil hati wanita itu. Dia sedar beberapa orang teman korporatnya pernah berbicara tentang wanita bertudung itu. Dia rasa tercabar. Dia mahukan wanita itu kembali. Mahu mengenali wanita itu semula. Hatinya sudah tertarik kembali untuk wanita itu. Dia tahu di mana wanita itu berada sekarang kalau bukan di Brain  Pink.
            “Tuan” tiba – tiba Dawud memanggil. Dia berdecit seketika. Lamunanya terus termati lantas dia menoleh ke belakang. Dawud, lelaki yang berusia darinya telah bersama – samanya lebih sepuluh tahun. Sentiasa bersama di saat susah dan senang. Dawud tidak ubah seperti seorang abang namun lagaknya mengalahkan seorang ayah terhadap anaknya. Dia cukup rimas bila Dawud mula membebel. Namun hidupnya janggal kalau ketiadaan Dawud. Dia juga ada Nora, selaku Setiausaha namun dia tidak mahu merapati wanita seperti mana bos dengan Setiausaha. Biarlah Nora buat kerja – kerja yang sepatutnya. Kopi untuknya pula Dawud yang buat bukan Nora. Kelakarnya Nora dan Dawud berlumba – lumba mahu membuatkan air untuknya.
            “Kenapa?” tanya dia dengan nada suara serius. Raut wajahnya juga tegang.
            “Masih terkenangkan Dewi ke?” tanya Dawud yang sengaja mahukan kepastian.
Dawud tidak tahu di mana Dewi berada sekarang. Mungkin di London atau sudah kembali ke Singapura, kampung halaman. Kerana perempuan itu tuannya menutup pintu hati untuk mana – mana perempuan. Baru – baru ini dia dan tuannya pernah terserempak dengan Dewi di sekitar New York yang begitu mesra dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris.
            “Dewi?” lelaki itu tersenyum sinis.
            Dawud diam. Rasa bersalah pula bila menyebut nama itu. Sejak kebelakangan ini dia mula perasan perubahan diri lelaki   di hadapannya. Sering termenung malah selalu membelek – belek majalah GAYA. Pelik juga bila seorang lelaki membaca majalah yang khas untuk kaum Hawa sahaja. Dia tahu sikap lelaki yang bertindak sebagai majikannya itu adalah seorang perahsia. Jarang benar mereka berdua bercerita tentang perempuan. Malahan dia tidak pernah tahu siapakah kekasih pertama tuannya melainkan Dewi yang pernah menjadi tunangan tuannya.
            “Dawud, kamu pernah jatuh cinta?” tanya lelaki itu dengan wajah sedikit kemerahan.
            Dawud tersenyum lebar. Soalan itu amat senang  baginya. Jawapannya mudah tentulah pernah namun cinta pertama itu Cuma cinta monyet. Sekarang dia sudah bertunang dengan seorang wanita pilihan ibunya.
            “Pernah. Kenapa Tuan tanya begitu?” tanya Dawud dengan dahi berkerut.
            Lelaki tampan di hadapannya membisu seketika namun wajahnya tenang meskipun sedikit berkerut.
            “Kamu tahukan, begitu lama saya menutup hati saya untuk mana – mana perempuan” suara lelaki itu mendatar penuh kesayuan.
            Dawud mengangguk faham. Dia tahu sejarah pahit yang menimpa tuannya. Pilihan Puan Sri Fatimah telah mencalit kedukaan buat tuannya ini. Kerana peristiwa itu tuannya membuat keputusan untuk meninggalkan rumah agam untuk mengubat hati yang lara. Puan Sri Fatimah masih rasa bersalah sehingga ke hari ini. Tapi dia dapat merasakan ada peristiwa lain yang lebih melukakan hati tuannya. Masakan tidak, sewaktu  Dewi melarikan diri pada malam pernikahan, wajah tuannya kelihatan tenang dan bersahaja malah boleh pula tersenyum pula. Puan Sri Fatimah pula seperti orang hilang bila menantu tak jadinya melarikan diri entah ke mana.
            “Tuan sudah jatuh cinta ke?” tanya Dawud berhati – hati.
            Lelaki merenung Dawud lalu tersenyum
            Dawud terkebil – kebil. Adakah tekaannya tepat? Siapakah wanita yang membuatkan hati tuanya kembali cair? Adakah wanita itu puteri raja? Anak Datuk? Anak tan Sri? Mungkin penyanyi atau pelakon? Mungkin model majalah ataupun peragawati pentas?
            “Saya ada kerja untuk kamu” serius suara lelaki itu memberitahu
            “Kerja apa?” tanya Dawud tidak sabar-sabar. kerja mudah atau susah? Apapun dia sanggup melakukan untuk lelaki yang telah banyak membantunya. Wang? Tidak usah cakaplah, memang beribu-ribu lelaki itu membantunya.

           Lelaki itu tersenyum penuh makna. Bagaikan ada sesuatu yang tersirat. Dawud mula berdebar. Baru hari ini dia nampak senyuman lebar tuannya. Tapi apa tugasan terbarunya? Tuannya itu melemparkan majalah Sastera dan kemudian menarik laji mencari sesuatu. Dawud hanya memerhati tanpa banyak soal. Di tangan tuannya terdapat sebuah fail hitam yang agak usang. Dawud terkebil – kebil menanti arahan.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…