Skip to main content

Rindu Syurga 4

Bab 4
            “Awak kena baca novel ni. Sangat menarik” beritahu Puan Linda sambil menanggalkan kaca matanya.
            “Apa yang menariknya” tanya Lily Sarah yang hanya memandang buku yang bewarna biru laut. Muka depan yang cantik. Dia memuji dalam hati. Warna kegemaran dia. Masih seperti dulu. Warna biru sentiasa menggamit hati lelaki itu. Katanya biru itu lautan yang setia dan biru itu langit yang menanti dan kita berdua pasangan yang sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Kata dia. katanya! Bentak hati Lily Sarah! Arghhh itu semua kata-kata manisnya.
            “Khabarnya kisah benar. Kisah rumahtangga penulis buku ni” tokok Puan Linda sambil menunjukkan buku setebal dua inci itu lalu diletakkan di atas meja Lily Sarah.
            “Puan dah baca?” serius nada suara Lily Sarah tanpa merenung wajah Ketua Editor. Dia membelek-belek novel itu dari depan hingga ke belakang. Dia membelek di muka hadapan lagi. Satu ucapan yang membuatkan dia tersentak
            For my ex wife. Still loving you
            “Kisah yang menyedihkan. Rafail seperti membuka pekung di dadanya. Dia mengaku mencurangi isterinya sendiri dengan menjalin hubungan dengan sahabat baik isterinya. Saya teringat lagu Yuna yang bertajuk Lelaki” kata Puan Linda tersengih. Yunalis Zarai antara penyanyi tempatan yang berjaya di Amerika.
            “Lirik lagu itu sesuai dijadikan filem atau drama kalau novel ini diadaptasikan” kata Puan Linda tersengih. Di Malaysia, drama adaptasi daripada novel antara menjadi perjatian penonton malahan itu satu factor untuk melariskan novel di pasaran.
            Lily Sarah terkelu. Ya, lagu lelaki yang pernah menjadi siulannya suatu ketika dulu.Malahan sewaktu menetap di New York dia berpeluang menyaksikan persembahan anak muda berhijab itu membuat persembahan.
            “Yunalis Zarai, penyanyi muda yang bagus. Penampilannya agak berbeza. Saya kagumi beliau” kata Rafail Adam bersungguh-sungguh sambil menunjukkan satu halaman  muka surat yang memaparkan gambar penyanyi kelahiran Malaysia itu tidak lama dulu. Dari situ Rafail Adam membuat keputusan mahu menonton persembahan Yunalis Zarai.
            Lily Sarah tersenyum bangga, “Mestilah. Anak melayu dah tak macam dulu. Kebanyakkan mereka berani menyahut cabaran. Ada yang jadi Chef di luar Negara, ada yang bekerja sebagai pereka kasut macam Datuk Jimmy Choo”
            “Sayang, lagu Lautan untuk awak. Laut yang biru mendamaikan seperti saya memandang wajah awak. Saya selalu ingin menyelam lautan dasar hati awak agar saya sentiasa memahami awak”bicara Rafail Adam tatkala Yunalis mendendangkan lagu bertajuk lautan.
            Dia terkesima tika merenungi mata redup milik lelaki yang berjaya melamarnya awal tahun lepas. Bersaksikan dua rakan baik Rafail Adam dan jurunikah masjid, dia sah menjadi isteri kepada Rafail Adam yang sudah bermastatutin di New York lebih sepuluh tahun.
            “Rafail Adam ialah novelis Melayu yang paling berjaya di New York. Dia menulis hampir 10 buah novel dan dicetak banyak kali. Dengar khabar sebuah novelnya akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh syarikat Datuk Umar dan akan difilemkan!” Puan Linda menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Editor majalah GAYA. Entah kenapa dia begitu senang berbual dengan Lily Sarah yang kelihatan tenang orangnya. Tidak banyak bercakap tetapi banyak bergerak.
            “Datuk Umar?” Lily Sarah menyebut nama itu dengan dahi berkerut. Datuk Umar antara pelakon veteran yang berkecimpung sebagai pengarah dan penerbit filem sehingga mampu mengaut keuntungan berjuta-juta untuk setiap filem keluarannya.
            “Ya, Datuk Umar mengambil risiko mahu mengadaptasi sebuah novel Rafail Adam bertajuk ‘Flower for girl’. Ada  bacakan? “tanya Puan Linda yang cukup fanatic dengan setiap novel karya Rafail Adam
            Lily Sarah diam. Novel itu adalah kisar benar yang memaparkan kisah percintaan Rafail Adam dari cinta pertama hingga dia sebagai wanita terakhir yang berjaya membuka pintu hati Rafail Adam sehingga termaktub sebagai suami isteri.
            “Puan memang suka ke dengan karya  Rafail Adam?” tanya Lily Sarah ingin tahu
            “Mestilah. Orangnya sangat kacak macam pelakon James Mcavoy” kata Puan Linda yang begitu gembira menceritakan perihal penulis lelaki kelahiran Melaka yang berjaya menembusi dinding penulisan di luar negara.
            “Cuma saya ingin tahu siapa isterinya. Pasti wanita hebat, cantik, dan berkerjaya. Dalam novel ni, nama-nama wanita yang hadir dalam hidupnya digunakan dengan nama lain tapi saya rasa bekas isterinya orang Melayu” kata Puan Linda dengan rasa kagum.
            Lily Sarah berdebar. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu status dirinya yang sebenar. Bujang ataupun janda. Kalau boleh dia tidak mahu dikaitkan dengan Rafail Adam Lagi.Cukup sudah dia menangis kerana lelaki itu lagi. Ya, lelaki itu miliki segala-galanya. Bukan sahaja kacak dan kaya raya hasil royalti tetapi mampu mencairkan hati wanitanya dengan puisi puitis karyanya sendiri.
            “Saya mendapat tahu Rafail akan datang ke Malaysia pada bulan depan. Saya minta Datuk Umar aturkan pertemuan kita berdua dengan Rafail” Puan Linda semakin teruja.
            “Kita berdua?” dahi Lily Sarah berkerut. Tubuhnya bergigil. Sesungguhnya dia tidak mampu menyebut nama Rafail Adam. Tidak terdaya rasanya.
            “Ya. Kita berdua. Saya mahu kisahnya dipaparkan dalam majalah GAYA dalam ruangan lelaki. Pasti hebat bukan?” kata Puan Linda yang begitu mengkagumi kredbiliti Rafail Adam yang berjaya mengumpul peminat di seluruh dunia.
            Lily Sarah terdiam. Terkelu. Mulutnya sedikit ternganga.
            “Kenapa? Kamu tak suka ke?” tanya Puan Linda pelik bila melihat wajah Lily Sarah kegelisahan.
            “Saya juga membaca karya-karyanya” kata Lily Sarah. Bukan setakat membaca sahaja, malah mengkritik dan orang pertama yang akan membaca manuskrip sebelum diserahkan kepada penerbit. Malahan saban hari dan setiap malam dia akan menemani lelaki itu menaip hingga lewat subuh.

            Rafail Adam, lelaki romantic yang mampu mencairkan mana-mana wanita. Dia kegelisahan. Rindukah dia pada lelaki itu?

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…