Skip to main content

Rindu Syurga 6

Bab  6

Nadzim  menurunkan cermin kereta Exora hitam miliknya. Dia memandang seorang wanita cantik dan bergaya urban dari jauh. Wanita itu cantik dan masih ayu seperti dulu. Wajah wanita itu masih seperti dahulu. Masih bersahaja. Dia terpesona. Wajah keanak – anakan itu masih membuatkan dia terpegun. Masih meminati wanita itu. Masih mencintai. Ada rasa kesal. Sesal yang tidak sudah. Kalaulah dia tidak menolak perasaan pada wanita itu dari dulu pasti hidupnya bahagia.
            Nadzim meraup wajahnya kemudian bersandar. Dia ingin sekali menemui wanita itu. Memberitahu hati dan perasaannya yang dipendam sejak sekian lama. Kalaulah dia memberanikan diri pasti hidupnya tidak sesukar sekarang. Dia kesal dengan sikapnya dulu, sewaktu namanya dipuncak, dia angkuh, sombong dan langsung tidak pandang Lily Sarah. Ketika itu Lily Sarah budak flat yang tidak pandai bergaya. Apa yang menyentuh hatinya, Lily Sarah kumpul duit sedikit demi sedikit hanya mahu menonton perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukannya.
            Lily Sarah sedaya upaya mahu menemuinya sekadar mengucap tahniah tetapi dia mengelak. Dia mula merasakan jurang yang besar antara dia dengan Lily Sarah. Dia digilai peminat perempuan. Wajahnya selalu terpampang di akhbar dan majalah. Farihah ketika itu pula selalu berkunjung ke stadium. Kebetulan rakan-rakan sepejabat Farihah penyokong tegar pasukan yang disertai oleh Nadzim.
            Lamunannya termati bila telefon Blackberry hitam miliknya berbunyi. Lantas dia mencapai dan melihat nama yang tertera di skrin. Dia mengeluh berat terus menekan punat hijau.
            “Abang kat mana ni?” sergah satu suara perempuan di gegendang telinganya.
            Nadzim mengeluh lebih berat lagi, “Abang beli barang sikit. Farah kat mana ni?”
            “Farah baru habis kerja ni.Abang ambil Farah sekarang ni. Farah dah lapar dah ni!”
            “Sabarlah. Abang baru masuk dalam kereta ni”
            “Cepatlah bang! Jangan lama sangat pulak. Abang pandang perempuan lain ke?”
            Nadzim terdiam. Isterinya bagai tahu apa yang dia lihat sekarang. Mahu sahaja dia mengiya. Memberitahu yang dia baru sahaja melihat wanita idamannya sebentar tadi. Wanita yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dulu. Dia masih tidak puas hati kenapa ibu saudara wanita itu menolak mentah-mentah pinangannya.dalam pada masa yang sama Farihah mendambakan cintanya. Dia keliru ketika itu. Lebih memeranjatkan teman seprmainannya dilihat tidak lagi duduk bersama dengan ibu saudara dan sepupunya.
            “Abangkan dalam kereta ni. Farah tunggulah. Kejap lagi abang sampai” Nadzim terus mematikan talian lalu menghidupkan enjin kereta. Dia mendengus kasar. Sakit kepalanya melayankan perangai Farah. Dah jadi ibu pun fiil macam budak-budak!
            Inilah gara – gara kalau pilih isteri yang janda anak dua. Isteri kedua! Dia diperangkap dan terperangkap. Entah macam mana Jabatan Agama Islam ketuk pintu rumah sewa Farah malam-malam buta. Malam itu pula, anak-anak Farah  dibawah jagaan keluarga Farah di Rembau. Pada masa yang sama Farihah dan tiga orang anaknya pulang ke Kuantan. Malam itu juga dia bernikah. Mahu tak mahu!
            Sambil memandu Nadzim teringatkan wanita itu. Wanita bernama Lily Sarah. Wanita itu namapak pendiam tapi seorang yang lucu. Pada zaman kecil dialah pelindung pada Lily Sarah. Pergi dan balik sekolah bersama. Dia berdua juga mendapat bantuan makanan RMT jadi wang saku sekolah tidak masalah sangat Cuma bila diminta beli buku itu, buku ini, terpaksa dia dan Lily Sarah mencari barang-barang sekitar semula untuk dijual ke kedai Pak Akob. Walaupun tidak banyak dan dibahagi dua, duit itulah mereka berdua kumpul di dalam tabung.
            Hubungan mereka renggang apabila masuk ke alam sekolah menengah. Dia dihantar ke sekolah sukan manakala Lily Sarah bersekolah menengah di kawan flat. Pulang ke rumah pun bila tiba cuti sekolah, itu pun tidak sempat bertemu. Cuti sekolah pun Lily Sarah bekerja di restoran makanan segera. Bila dia bergelar pemian bola sepak, dia membawa emak dan ayah berpindah ke Shah Alam. 
            Kereta yang dipandu perlahan-lahan masuk ke dalam parkir. Sementara menanti Farah turun, dia menerima SMS daripada Farihah, isteri pertamanya. Anak sulungnya, Sofea tidak sihat. Nadzim mengeluh berat.
            “Abang!” lamunan Badar terhenti. Terperanjat dia bila disergah begitu rupa. Bukannya beri salam,
            Farah membulatkan matanya, “Abang fikirkan siapa ni? Abang ingat perempuan lain ke?” pintu kereta dibuka dengan kasar, “ Farah lapar, jom makan!”
            Nadzim senyap. Tidak kuasa dia hendak membalas kata – kata isterinya yang semkain lama semakin kuat membebel. Kalau tak dilayan, merajuk! Mereka berdua menuju ke restoran yang berdekatan dengan pejabat Farah.
              Nadzim tidak apsti adakah pernikahan dia dengan Farah adalah keputusan bijak? walaupun ramai lelaki mengimpikan hidup empat isteri, bukan mudah sebenarnya. Dia dapat merasakan, duit banyak pun tak guna tapi hati tidak tenang. Benar, tiada perkahwinan yang smepurna tetapi kebahagiaan itu perlu tetapi dia tidak merasa bahagia langsung dengan Farah. Dengan Farihah sudah tentu bahagia cuma manis awal perkahwinan mula rasa tawar. Ah, suami isteri yang kena pandai merencahkan alam perkahwinan.
            “Tengok tu, termenung lagi!” sergah Farah geram. Sudu dan garpu diletakkan di tepi pinggan. Selera makannya mula hilang. Sakit hatinya tidak terkira. Dia bercakap macam dengan dinding.
            Nadzim juga hilang selera. Nasi campur di depan matanya tidak banyak yang luak sebaliknya pinggan itu di tolak ke tengah meja. Gelas milo ais dicapai dan dihirup dengan sepuas – puasnya.
            “Abang ni kenapa? Farah cakap dengan abang, abang buat bodoh je” Farah mula merengek. Tidak puas hati bila dirinya seperti tidak dilayan bak puteri raja. Kalau dulu segala karenah dan perangainya dilayan oleh Nadzim. Kini selepas kahwin, Nadzim tidak seperti dulu. Dia rasa tidak puas hati melihat perubahan Nadzim selepas bernikah dengannya. Apa yang tak kena?
            “Habiskan nasi tu. Tadi kata lapar” Nadzim memujuk dengan suara lembut. Dia merenung wajah isterinya. Entah kenapa matanya terasa jahat pula bila membandingkan kecantikan isterinya dengan kecantikan Lily Sarah ternyata Lily Sarah memiliki auranya tersendiri. Senyumannya sentiasa memikat.
            Nadzim diam. Dia tidak kuasa mahu melayani soalan Farah yang sentiasa syak wasangka. Rumahtangga yang didirikan pun tidak sampai sebulan tetapi dompet dan kocek bajunya diperiksa  Tidak cukup itu, dalam kereta pun digeledahnya. Farah bagai polis tidak bertauliah. Bila menyoroti perjalanan hidup farah sebelum ini, dia selalu dicurangi suaminya. Bekas suami bernikah dengan janda anak dua juga. Hebat juga penangan si janda! Dia pun boleh kalah. Nadzim terkenangkan Farihah yang masih belum tahu yang dia sudah bernikah lagi satu. Dia mahu tunggu masa yang sesuai. Kalau Farihah minta cerai, dia lepaskan sahaja sebab dia tahu dia tidak mampu! Kalau dua-dua minta cerai pun bagus juga, boleh cari lain!
            “Farah nak tanya abang. Abang ni kenapa? Dari dalam kereta hingga ke tempat makan pun abang boleh termenung. Abnag ingatkan siapa? Abang ada perempuan lain ke?” suara Farah meninggi. Wajahnya juga berubah menjadi marah.
            “Kenapa ni? kalau abang kata tak ada apa – apa maknanya tiada apa pun. Kenapa Farah susah sangat nak faham abang?” Nadzim bersuara perlahan. Dia malas hendak bertengkar di kawasan terbuka lebih – lebih lagi di gerai makan.
            “Abang ni asyik termenung dari tadi. Farah bosanlah macam ni. Farah macam tunggul depan abang!’ suara Farah mula meninggi.
            Nadzim diam. Entah kenapa dia tidak keruan bila terpandangkan Lily Sarah. Serba tak kena dibuatnya. Kemudian bila mendapat tahu anaknya tidak sihat, hatinya lagi dipagut gelisah. Sofea, anak perempuan bongsu yang paling manja dengannya.
            “Lepas abang hantar Farah balik, abang nak jenguk istrei abang. Anak abang sakit” kata Nadzim yang cuba menyentuh nasi.
            “Ha? Apa bang? Minggu ni kan giliran saya? Anak abang skait, isteri abang boleh bawa ke kliniklah. Isteri abang tu kan pandai pandu kereta” Farah mula membentak.
            “ Anak abang rindu kat abang. Esok abang datang jumpa Farah”Nadzim cuba memujuk.
            “Esok datang! Kalau tak, saya datang jemput abang esok” ugut Farah lalu menyambung suapan nasi.
            Nadzim diam.


Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…