Skip to main content

Rindu Syurga 7

Bab  7

Lily Sarah leka menyemak artikel yang diterimanya sebentar tadi. Ada yang menarik dan juga yang tidak menarik. Apapun dia meneliti setiap tugasan anak – anak buahnya dengan sebaik mungkin. Sekali dua kesilapan dia akan menegur dengan baik tapi kalau sudah tahap yang dirasakan tidak boleh dipebaiki, terimalah sajalah hukumannya. Namun setakat ini hasil tugasan yang diberikan amat memuaskan hati termasuk Puan Linda yang tidak putus – putus memuji komitmen anak- anak buah Brain Pink Team. Hasil komitmen dan kerjasama yang tinggi menjadikan majalah GAYA menjadi majalah nombor satu setakat ini.
            “Lily, kita ada masalah besar ni” kata Nina yang tiba – tiba muncul di hadapan dengan tergesa – gesa. Riak wajah wanita itu nampak risau.
            “Kenapa Nina? Apa yang tak kena?” tanya Lily Sarah sambil meletakkan beberapa helaian artikel  satu persatu di atas meja. Dia juga jadi resah bila melihat wajah Nina yang mula tidak tentu arah. Dia faham benar sikap Nina kalau ada sesuatu yang tidak kena. Mulalah menggelabah tiak tentu hala. Nanti mulalah kerjanya tidak menjadi.
            “Jurugambar kita!” beritahu Nina yang masih resah. Dahinya asyik berkerut. Miss nervous adalah gelaran yang diberikan oleh  beberapa penulis dan wartawan dari Brain Pink Team. Wanita ini cepat menggelabah tapi hasil kerjanya amat cemerlang, gemilang dan terbilang kalau kena gaya.
            “Kenapa dengan Edzral? Dia sakit?” tanya Lily Sarah. Baru semalam dia melihat Edzral menjalankan sesi fotografi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setakat ini Eadzral adalah Jurugambar Brain Pink Team yang terbaik. Hasil kerjanya memang terbaik. Malah ada beberapa syarikat media dan rangkaian televisyen cuba mahu memikat Edzral mujurlah Edzral seorang yang setia dengan majalah GAYA.
            “Dia kemalangan! Sekarang dia ada di hospital” kata Nina sedikit termengah – mengah. Sebenarnya dia berlari – lari bila mendapat berita yang mengejutkan ini. Itu pun bila di beritahu salah seorang ahli keluarga Eadzral sebentar tadi.
            “What!” Lily Sarah ternganga dan kertas di tangan hampir-hampir terlepas dari pegangannya. Matanya terbelalak bila mendengarnya. Lily Sarah segera mendapatkan Nina.
            “Macam mana boleh kemalangan? Aduh aku dah berapa kali nasihatkan Edzral jangan bawak motor laju – laju. Sekarang apa dah jadi? Dia teruk tak? Dia tak apa – apakan?” Lily Sarah memegang kepalanya.
Edzral juga adalah seorang rakan baiknya juga selain Nina. Dia buntu. Bingung ditambah dengan Edzral yang kini terlantar di hospital. Dia  faham sangat kalau Edzral kalau sudah lewat lampu merah pun dilanggarnya juga. Jalan raya ‘double line’ pun dibuatnya macam jalan raya bapak dia. Tengahari ini ada beberapa sesi fotografi harus dijalankan dengan secepat mungkin. Tidak boleh ditangguh – tangguhkan lagi.
            “Tangan dia patah” jawab Nina takut – takut. Itu yang diberitahu oleh keluarga Edzral sebentar tadi. Mahu pengsan dibuatnya.
            “What?!” Lily Sarah hampir menjerit sambil menepuk dahi. Kalau tangan patah bagaimana nak pegang kamera. Dia suka melihat aksi – aksi Edzral menangkap gambar. Macam – macam gaya Edzdral buat sewaktu memetik lensa kamera. Ada yang meniarap, ada yang mengiring dan macam – macam gaya lagi hanya untuk mnedapatkan gambar yang terbaik.
            “Sekarang macam mana Lily?” tanya Nina risau. Wajahnya jelas menunjukkan rasa gusar
            “Dua pelajar praktikal tu ada” kata Lily Sarah sambil memeluk tubuh. Dia rasa rungsing juga sekiranya perancangan yang diatur tidak berjaya.
            “Mana ada. Sorang ikut Ishah jumpa pakar diet dan sorang lagi ikut Sunolia jumpa penyanyi Misha Omar” beritahu Nina sambil menggaru – garu kepala. Dia mula mundar mandir. Puan Linda belum tahu lagi berita tentang Edzral. Kalau Puan Linda tahu mesti pengsan dibuatnnya.
            “Alamak….habis macam mana ni? Siapa nak ambil gambar untuk gadis muka depan ni?” Lily Sarah terus mencapai kerusi dan duduk. Kepalanya sedang memikir – mikir mencari idea. Kalau tidak fotografi untuk pelakon Izara Aishah terpaksa dibatalkan
            “Kita Cuma ada dua hari sahaja. Kita kena cari Jurugambar baru sampai esok kalau tida habislah kita. Silap haribulan majalah GAYA tak akan masuk pasaran bulan depan dan kita akan kerugian. Ieee no way! Majalah GAYA tidak boleh ketinggalan. Kita sekarang banyak persaingan. GAYA harus ke depan dan dikekalkan sebagai majalah nombor satu” Lily Sarah mula bercakap seorang diri.
Lily Sarah mahu mengekalkan momentum majalah GAYA. Dia adalah orang penting dalam penghasilan majalah GAYA setiap bulan. Nina yang berdiri disebelahnya hanya mendengar dan mengangguk sahaja. Reputasi baik majalah GAYA harus dikekalkan.
            “Sekarang kita nak buat apa?” tanya Nina macam orang bodoh.
            “Kita buat bodohlah” jawab Lily Sarah lemah lalu mendongak dagu.
            “Kita  buat – buat bodoh. Kalau macam tu, jom kita minum – minum dulu di kafe. Kita bincang. Pasti ada jalan lain” Nina terus menarik tangan Lily Sarah. Sebenarnya dia sudah kelaparan. Tekaknya pula kering kontang tanpa setitik air pun.Sejak pagi tadi perutnya kosong lantaran memikirkan kerja yang harus diselesaikan.
            Lily Sarah hanya menurut dan mengikut langkah Nina yang sudah mengorak langkah keluar dari bilik. Dia yakin Nina pasti ada alternatif lain untuk mencari pengganti Edzral.

            “Lily Sarah, kenal tak dengan Badar?”tanya Nina sambil mengunyah roti telur.
            “Badak?” mata Lily Sarah mengecil bila memandang Nina, antara rakan baiknya di Brain Pink Team yang juga orang kepercayaan Puan Linda.
            “Badar bukan badaklah cik pekak. Badar yang kacak. Kau ni pun satu, sengal! Oh my God, kau dah lupa ke? Jurugambar majalah Lelaki lah!Nina menepuk bahu Widad berkali – kali sambil tersenyum nakal yang penuh makna. Dia akui kelemahan diri. Usia 30-an sudah boleh sebagai dianggap anak dara tua. Apa boleh buat, jodoh yang sesuai belum sampai. Bukan memilih tapi kalau dah suka memang suka tapi bukan jodoh hendak kata apakan?
            “Badar? Ya, ingat. Ohhh ya mamat tu memang kacak pun tapi sayang dah kahwin dengan budak yang baru habis sekolah. Masa tu aku baru je masuk Brain Pink Team kan? Alaa lelaki mesti nak cari yang muda, segar dan cantik. Tak macam kita ni kan, dah  kertukan?” kata Lily Sarah tersengih nakal.
            “Kertu pun kita ada kerjaya okey. Kita berjaya dalam hidup. Kita bekerja di  syarikat paling gempak di Malaysia, Brain Pink Team! Kita  boleh dapat apa yang kita nak kecuali cinta sejati sukar di cari. Kalau kahwin muda, hidup dah tentu terbatas. Hidup dikongkong si suami. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lily Sarah, walaupun aku single tapi aku gembira dengan hidup aku sekarang. Macam – macam kita boleh buat. Tapi aku tak boleh tipu diri aku jugaklah yang aku kadang – kadang perlukan seseorang. Punya keluarga sendiri. Mahu ada anak tapi entahlah…..” Nina  mengeluh berat. Dia memandang seketika roti telur ditangan lalu mengigit perlahan.
            Lily Sarah juga terkedu seketika. Kata – kata Nina memang benar. Dia juga sama dengan Nina. Lewat petang baru pulang ke rumah. Di rumah dia hanya menulis, menaip, layan DVD korea   atau jepun  dan masak makanan untuk diri sendiri. Kadang – kadang telefon umi di kampung bercerita perihal hidup di bandar hebat ini. Umi masih lagi bertanya tentang perkahwinan. Dia bosan tapi demi umi dia layankan juga soalan umi dengan sebaik mungkin. Wanita mana yang tidak mahu berkahwin. Kadang – kadang di kamar dia akan menangis sendirian.
            “Aku serik nak bercintalah. Bercinta lama gila tapi dia kahwin dengan pilihan keluarga tapi aku baru dapat tahu yang isteri bekas pakwe aku tu bekas bohsia” kata Nina dengan muka selamba.
            “What?” air kopi dalam mulut Lily Sarah hampir – hampir tersembur.
            “Kau tahu tak yang isteri Azmi tu sebenarnya dah ditebuk tupai. Azmi pulak yakin yang pilihan keluarga adalah yang terbaik sedangkan dia tak tahu yang perempuan tu dah banyak kali ditebuk tupai. Azmi juga tak sedar yang dia sebenarnya jadi pak sanggup. Bohsia yang kembali ke pangkal jalan amcam Tasha dalam filem Bohsia 2 tu” kata Nina tersenyum sinis. Padan muka kau Azmi. Kau ingat gadis kampung tu baik sangat macam malaikat atau bidadari syurga? Walaupun aku ni gadis urban tapi maruah diri dan keluarga tetap aku pertahankan. Walaupun aku suka mengubah gaya rambut mengenakan pakaian seksi aku tetap ada gaya gadis ketimuran.
            “Nina, kau lupa ke yang Azmi tu dulu pun bukan baik sangat cuma kau je yang tergila – gilakan dia tapi aku bangga kau dah sedar kalau tak kau selalu cakap aku cemburulah, itulah inilah” Lily Sarah sengaja mengungkit kisah- kisah lalu yang pernah merenggangkan persahabatan mereka berdua.
            “Muahh, sayang kau!  Aku dulukan buta hati dan perasaan. Kalau kau tak tunjukkan aku siapa Azmi, aku tak tahulah hidup aku ni macam mana. Okey berbalik tentang Badar. Aku cadangkan kita mintak tolong Badar. Dia sekarang jadi Jurugambar bebas jadi tentu ada masa untuk majalah GAYA” cadang Nina tersenyum girang.
            “Kita kena tanya Badar dulu, kalau dia mahu. Lagipun kita perlukan dua orang Jurugambar. Sekarang okey seba  ada dua pelajar praktikal bantu. Kalau pelajar praktikal dah tak ada, kita Cuma ada Badar sahaja jadi kita kena cari lagi seorang” cadang Lily Sarah yang mula kerisauan. Eadzral ada Jurugambar terbaik yang mereka ada. Badar pula Jurugambar majalah LELAKI yang mungkin tidka dapat membantu sepenuhnya.
            “ Betul jugak tu” Nina mengangguk setuju.
            “Nanti kau uruskan jawatan  Jurugambar dalam minggu ini juga. Nanti aku bincang dengan Puan Linda” tegas Lily Sarah membuat keputusan.
“Baik. Jom kita melawat lelaki sengal tu. Dia bawak motorkan macam pelesit. Sekali patah tangan. Itulah degil sangat kawan kau tu! Dia ingat jalan raya di Malaysia ni litar sepang. Dia fikir jalan raya di Malaysia ni dia bapak dia punya agaknya” Nina mula membebel.

            Lily Sarah hanya menjungkitkan kedua – dua bahu. 

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…