Skip to main content

Rindu Syurga 8

Bab 8

Rafail Adam berhenti menaip. Dia toleh kiri kanan. Kemudian ke hadapan, menghadap jendela yang terbuka. Dia sengaja menyewa unit pangsapuri yang menghadap taman. Jauh dari kesibukan kotaraya yang tidak pernha tidur selama ini. Di sini tiada sesiapa. Sunyi. Sepi. Jika dulu ada seseorang yang menemani dia menaip. Seseorang yang sentiasa menjaga makan minumnya. Seseorang yang akan berbual dengannya sambil menonton televisyen. Tidak cukup itu, mereka berdua kerap kali menonton teater ataupun wayang pada hujung minggu. Seseorang itu juga sepertinya, seorang penulis tetapi lebih kepada sajak. Apa yang sangat disukai seseorang itu, setiap kali ada pelancaran buku baru novelis, dia akan diajak pergi melihat pelancaran itu.  Berkali-kali dia diberitahu, yang dia akan menjadi Penulis terkenal di dunia malahan akan menjadi kebangaan rakyat Malaysia. Saat dia mahu menukar warganegara, seseorang itu melarang. Seseorang itu adalah isterinya.
            “Kita akan kembali ke Malaysia. Ya, Malaysia adalah tempat kita derita, tempat kita sengsara, tempat yang menyakiti hati kita tapi kita akan pulang seperti sinar yang tidak akan henti sinarnya dan kita akan senyum seperti bintang yang tidak akan berkelip” tutur seseorang itu lalu memeluk lengannyanya seerat yang mungkin. Satu kucupan dilepaskan ek dahi isterinya itu.
            Rafail Adam meraup wajahnya lantas menuju ke dapur. Dia memanaskan air kemudian mencari kopi. Saat dia mencapai mug, dia terpandang mug bewarna merah jambu yang tertulis ‘Her’. Adam Rafail meneguk liur. Ada rindu. Ada sayang. Ada kasih. Segala-galanya ada. Lily Sarah, bergetar bibirnya saat menyebut nama itu.
            “Kurangkan minum kopi, Lily. Tidak baik untuk kandungan” pujuknya sewaktu Lily Sarah hamil hampir empat minggu.
            Lily Sarah hanya tersenyum kelat. Minuman itu adalah kegemarannya yang sukar dihentikan.Kopi seperti dadah yang merangsang  dirinya agar lebih bersemangat.
            Rafail Adam mencicip kopi hingga separuh. Saat dia mahu kembali ke meja tulisnya, pintu diketuk dari luar.
            Mug cepat-cepat diletakkan di atas meja kemudian melangkah laju menuju ke dayn pintu. Dia dapat mengagak tetamu di luar.
            Saat pintu dikual, Mike tersenyum  lebar sambil menunjuukkan satu bekal yang di bawanya.
            “ Lasagna. Jnagan bimbang, halal. Aku buats endiri” Mike terus masuk menuju ke dapur.
            Rafail Adam menjungkitkan bahu. Dia tidak jadi menyambung kerjanya. Bila Mike datang pada waktu-waktu begini, sudah tiba masanya minum petang. Terdengar bunyi kelentang kelentung di dapur. Dia tahu Mike buat minuman sendiri. Mike sudah biasa dengan rumahnya. Tidak lama kemudian muncul bersama hidangan lasagna dan teko berisi kopi.
            “ Pandai kau masak Mike” Rafail Adam yang sudah tidak sabar-sabar lagi terus mencapai ;pinggang kosong lalu meletakkan potongan lasagna ke atas pinggan. Dia terus  memotong sedikit lasagna dengan garpu lalu di bawa ke dalam mulut.
            “ Sedap lasagna kau ni. Pandai kau masak” puji Rafail Adam ikhlas.
            Mike tersenyum  sambil menjungkitkan dahi. Dia tahu keadaan yang menimpa Rafail Adam, dia harus berada di sisi rakan sekuliahnya. Ditinggalkan isteri, pasti emosi Rafail Adam masih tidak stabil. Sungguh pun begitu, dia merasakan Rafail Adam harus menerima akibat sebegini rupa. Huh, curang dengan kawan baik isteri, inilah padahnya. Alessa, pelajar sarjana berasal dari Hawaii yang sedang menuntut bidang kewartawanan di sebuah university di New York. Siapa yang tidak tergoda dengan Alessa yang memiliki wajah persis Adriana Lima, model dari Brazil itu. Selain miliki potongan tubuh yang menawan dan seksi itu, Alessa juga manja dan bijak berkata-kata.
“Aku sayangkan Lily, Mike. Aku sayangkan dia!’ kata Rafail Adam tiba-tiba. fikirannya berkecamuk bila terpandang potret pernikahan mereka berdua yang masih tergantung di dinding ruang tamu. Senyuman isterinya mampu mengoncang  jiwanya malahan Mike sendiri kata Lily Sarah diibaratkan satu dalam sejuta. Senyuman manisnya mampu menawan hati sesiapa. Wajah asli Melayu Lily Sarah meletakkan Lily Sarah lain daripada yang lain di bumi New York. Dia selalu bimbang kalu-kalau Lily Sarah diganggu hanya kerana berhijab. Setiap kali dia berjalan beriringan dengan isterinya, tangan Lily Sarah akan digenggam dengan erat. Dia takut. Bimbang jika ada perkara buruk yang berlaku pada isterinya dan juga wanita-wanita berhijab di koraya urban ini.
“Jadi kau mahu buat apa? Pulang ke Malaysia dan mencari dia?” teka Mike.
Rafail Adam diam. Dia tidak menyangka Lily sarah benar-benar menuntut penceraian darinya. Selepas dia dan Alessa ditemui atas katil oleh Lily Sarah, dia melihat air mata isterinya berjurai setiap masa. Selama itu juga mereka berdua langsung tidak berkomunikasi. Mereka berdua bagaikan orang asing.
“Alessa bagaimana?” tanya Rafail Adam. Selepas peristiwa hitam itu, mereka berdua terus terputus hubungan.
“Alessa akan buat persembahan VIVA pada hujung bulan ni. Dia ada beritahu aku, dia menyesal. Dia tak sangka dia boleh jatuh cinta pada kau” kata Mike dengan suara mendatar.
Rafail Adam diam.
“Raff, bertaubatlah. Kau dengan Alessa sudah melakukan hal terkutuk. Berzina. Berdosa besar, Raff” kata Mike tiba-tiba memandang wajah Rafail Adam dengan pandangan tajam. 
Dahi Rafail Adam berkerut. Pandai pula, orang putih ni cakap zina, terkutuk dan dosa besar. Dia rasa malu pada diri sendiri.
“Aku tahu Mike. Salah aku. Hampir enam bulan dia tinggalkan aku  macam tu saja. Aku….aku belum ceraikan dia. alih-alaih dia pulang ke Malaysia. Aku diberitahu dia jadi Editor Majalah” kata Rafail.
“Jadi?”
“Aku akan pujuk dia. Aku akan bawak dia balik ke sini. Aku tak boleh hidup tanpa dia. aku sayangkan dia, MIke” kata Rafail Adam lalu mencicip kopi hingga habis.

Mike terdiam.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…