Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Rindu Syurga 17

Bab 17             “Betul mak, Syaza  sendiri nampak Lily berbual dengan jantan dalam kereta. Siap peluk – peluk lagi mak. Bercium-cium pulak tu. Ieee menyampah Syaza tengok! Tak sanggup Syaza lihat mak”adu Syaza dengan muka berkerut – kerut. Mulutnya macam bertih jagung bercerita keburukan sepupu sendiri. Dalam hati dia tersenyum riang. Lepas ni siaplah kau Lily Sarah. Pasti kau kena ganyang dengan emak aku! Padan muka kau! Dia sengaja menambah – nambah cerita. Apa yang pasti dia memang melihat Lily Sarah  berbual dengan seorang lelaki kacak  dalam kereta mewah itu di kawasan parkir kereta depan flat.. Jelas Lily Sarah kelihatan malu – malu dan tersenyum. Senyuman Lily Sarah yang membuatkan dia bertambah benci. Geram sungguh melihat wajah Lily Sarah yang berseri – seri. Ish, ini tak boleh jadi ni!             Mak Limah yang mendengar terus membara sampai ke kepala. Mendidih darahnya mendengar cerita anak tunggalnya. Dasar anak perempuan GRO! Mak Limah sudah mengetap – ngetapkan bibirny…

Rindu Syurga 16

Bab 16             “Apapun yang terjadi saya tetap ingin menikahi awak  Lily Sarah. Tak kira apa yang berlaku meskipun tsunami melanda sekalipun  saya tetap mahu awak menjadi isteri  saya. Saya ingin bertanggungjawab apa yangsaya dah buat pada awak. Selagi saya tidak menebus dosa saya, saya akan rasa berdosa sampai bila - bila”tegas  Ariq Iskandar. Matanya merenung wajah Lily Sarah di hadapannya dengan pandangan sayu.             Wanita itu membisu. Termenung ke satu arah dengan pandangan kabur. Air mata yang turun sengaja dibiarkan. Namun air mata wanita itu membuatkan Ariq Iskandar turut merasa kepedihan yang di alami oleh wanita yang amat dicintainya itu. Tengku Ariq Iskandar menolak anak rambut ke belakang. Dia kecewa dengan keputusan papanya. Perkahwinan di atur atas urusan perniagaan lebih – lebih lagi Daddy Dewi Sutra adalah rakan sekelas papa di Amerika dulu.             Sekarang ini Dewi Sutra sedang menempah nama sebagai peragawati catwalk. Dia akui wanita itu memang jelita se…