Skip to main content

Rindu Syurga 16

Bab 16
            “Apapun yang terjadi saya tetap ingin menikahi awak  Lily Sarah. Tak kira apa yang berlaku meskipun tsunami melanda sekalipun  saya tetap mahu awak menjadi isteri  saya. Saya ingin bertanggungjawab apa yangsaya dah buat pada awak. Selagi saya tidak menebus dosa saya, saya akan rasa berdosa sampai bila - bila”tegas  Ariq Iskandar. Matanya merenung wajah Lily Sarah di hadapannya dengan pandangan sayu.
            Wanita itu membisu. Termenung ke satu arah dengan pandangan kabur. Air mata yang turun sengaja dibiarkan. Namun air mata wanita itu membuatkan Ariq Iskandar turut merasa kepedihan yang di alami oleh wanita yang amat dicintainya itu. Tengku Ariq Iskandar menolak anak rambut ke belakang. Dia kecewa dengan keputusan papanya. Perkahwinan di atur atas urusan perniagaan lebih – lebih lagi Daddy Dewi Sutra adalah rakan sekelas papa di Amerika dulu.
            Sekarang ini Dewi Sutra sedang menempah nama sebagai peragawati catwalk. Dia akui wanita itu memang jelita setanding dengan Rindiani yang pernah digilainya dulu. Ah, dua wanita itu langsung tidak dia ingini. Cara hidup Dewi Sutra lebih kebaratan lantaran pernah dibesarkan di Amerika tidak lama dulu.
            “Lily Sarah saya cintakan awak sepenuh hati saya” suara Ariq Iskandar bergetar. Masih mengharapkan kepastian. Mengharap sangat Lily Sarah memahami dirinya dan menerima dirinya. Dia tahu bukan mudahs eseorang wnaita menerima lelaki yang telah meragut kesucian dirinya.
            Lily Sarah menoleh merenung wajah Ariq Iskandar dengan perasaan sayu. Dia juga begitu. Teramat mencintai lelaki  di hadapannya. Dia tahu lelaki ini bukan sahaja melindungi dirinya tetapi mahu bertanggungjawab.
            “Awak akan berkahwin Ariq” lemah suara Lily Sarah. Kembali termenung ke arah yang sama. Jantung berdegup kencang. Sesal pun tidak berguna lagi. dia bukan gadis suci lagi. Hanya kerana cinta dan nafsu dia kehilangan segala – galanya pada lelaki ini. Ingin sahaja dia menjerit melontar rasa sedih, kesal dan segala – galanya.
            “Saya ingin bertanggungjawab” senada suara Ariq Iskandar.
            Lily Sarah menggelengkan kepala, “ Tidak. Tak perlu. Saya tidak mahu menjadi isteri awak. Saya tak layak”
            “Lily!!” Ariq Iskandar meninggikan suara.
Dia kecewa dengan keputusan Lily Sarah. Di  luar sana betapa ramai perempuan ingin berdampingan dengannya. Malah ada yang rela menjadi perempuan simpanannya. Tidak. Selama ini dia mendambakan gadis yang dicintainya. Perkahwinan yang bakal dibina bukan kehendaknya tetapi  diatur oleh keluarga. Dia benci. Benci! Mama pula hanya menyerah sahaja dengan keputusan papa. Adik bongsunya pula menghilang entah ke mana selepas dihalau papa. Yang tinggal cuma Andriana, anak kesayangan papa yang cukup manja.
            “Awak akan beristeri. Bahagiakan isteri awak. Pilihan keluarga pastinya yang terbaik. Saya hanyalah penulis jalanan dan hidup sebatang kara. Hanya penulis puisi yang menyairkan puisi sepi. Bukan seperti kamu Komposer dan pemuzik hebat. Semua orang sukakan kamu. Saya apa yang ada? Tak ada apa – apa lagi.”luah Lily Sarah dengan suara tersekat – sekat.
            “Sebab itu saya ingin bertanggungjawab! Saya ingin mengambil awak sebagai isteri” tukas Ariq Iskandar mengharapkan Lily Sarah mengerti
            “Tidak. Saya ada cita-cita saya. Biarkan saya begini” luluh suara Lily Sarah. Dia sebenarnya keliru malah dia belum nampak dengan jelas bagaimana masa depannya dengan Ariq Iskandar. Bahagiakah dia? deritakah dia?
            “Sebab saya cintakan awak sayang. Cinta saya ini hanya untuk awak. Hanya awak dalam hati saya. Bukannya Dewi  Sutra. Saya tak cintakan Dewi Sutra” perlahan suara Ariq Iskandar. Dia sedikit pun tidak pernah mencintai Dewi Sutra, gadis kacukan Belanda Indonesia. Walaupun model jelita itu pernah beberapa kali mengajak dia keluar tapi dia menolak dengan pelbagai alasan.
            “Saya akan doakan awak bahagia sayang” Lily Sarah merenung wajah Ariq Iskandar dalam – dalam. Dia pasgtikan akan rindukan renungan tajam milik Ariq Iskandar yang mampu mencairkan mana – mana hati wanita di seluruh dunia begitu juga dengan senyumannya.
            Ariq Iskandar menggelengkan kepala, “Tidak. Kitakan dah berjanji akan hidup bersama”
            “Tapi awak akan berkahwin” potong suara Lily Sarah.
            “Saya akan menceraikan Dewi”janji Ariq Iskandar sambil memegang kedua – dua bahu Lily Sarah.
            “Jangan. Jangan buat macam tu. Tolonglah saya tidak mahu dihina lagi. saya tidak mahu dicaci lagi. cukuplah. Saya tidak mahu Dewi mencari saya pula nanti” Lily Sarah merayu. Cukup-cukuplah dia menyusahkan orang lain.
            Air matanya menitis lagi. laju. Rasanya wajahnya sudah lebur dengan air mata setiap kali teringatkan Tengku Ariq Iskandar. Sehingga kini dia tidak mampu untuk melupakan lelaki itu. Di manakah lelaki itu berada sekarang? Dia tidak mampu untuk mencari di mana – mana. Puisinya sekali lagi tersiar dalam majalah Sastera. Itupun petang tadi selepas jumpa Sham, hatinya tergerak untuk ke kedai News mencari Majalah Sastera. Bagaikan mimpi pula. Hatinya kuat mengatakan ini pastinya kerja Ariq Iskandar. Sekali lagi dia membaca bait – bait puisi tulisannya. Bibirnya diketapkan sekuat hati. Puisi ini ditulis selepas dia bersama dengan Tengku Ariq Iskandar. Pada malam itu, malam yang penuh pelbagai warna.
Malam  Yang Panjang

Mata masih belum mahu tidur
Sudah hilang mata kelat
Mata seperti ingin berbicara
Mengungkap rahsia yang tersimpan
Ku melihat wajah di cermin
Bersama malam ditiup sang bayu
Ku Melihat mata masih mahu berjaga
Mata yang sayu
Mata yang sedih
Seperti sudah bosan menangis
Menitip malam yang panjang
Mahu menghilangkan duka
Membilang bintang dilangit
Memberi senyuman pada bulan
Duhai mata, tidurlah
Meskipun malam masih panjang
Ku ingin dibuai mimpi yang indah
Membuang segala kepahitan
Mencari ketenagan dalam tidur
Cepatlah tiba hari esok
Mahu membina hari yang indahhttp://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=1ca98e9b8ac8b9798516db7322527225&url=https%3A%2F%2Fblogger.googleusercontent.com%2Ftracker%2F6228067471132747909-3781900114544218077%3Fl%3Dcancer-cinderella81.blogspot.com
            Lily Sarah melangkah berat menuju ke balkoni. Dia sengaja mahu menikmati angin malam. Inginkan ketenangan meresap dalam dirinya. Dia tidak ingin menangis tapi air mata ini tetap turun. Puas dia menahan tapi dia tidak mampu menahan. Waktu malam masih terang dengan kehadiran bintang. Jalan di hadapan rumahnya sunyi namun terang benderang dengan deretan cahaya lampu neon yang malap.
 Dia tersenyum seketika sambil memeluk tubuh.  Entah bagaimana dia teringatkan Dewi Sutra. Nama itu disebut oleh Puan Linda di pejabat tadi. Cadangan Puan Linda mahu menjadikan Dewi Sutra sebagai muka depan majalah membuatkan Lily Sarah berasa kurang senang pada mulanya. Tika dadanya berdebar bila sangkanya wanita cantik itu sudah bernikah dengan Ariq Iskandar. Rupa-rupanya tidak.
Menurut Puan Linda, Dewi Sutra pernah bertunang dengan seorang Pemuzik dan Komposer terkenal dulu tetapi Dewi Sutra membuat onar pada malam pernikahan dengan melarikan diri. Ada gssip yang mengatakan Dewi Sutra menerima ungutan agar meninggalkan majlis pernikahan itu kerana telah hamil dengan lelaki lain. Ini bermakna Ariq Iskandar masih bujang malah Puan Linda turut mengiyakan kenyataan itu. Dadanya yang kencang  tengahari tadi turut menjadi tenang. Gembirakah dia? Sukakah dia? Ah, tempoh sepuluh tahun bukan masa yang singkat. Tidak mustahil juga kalau Ariq Iskandar sudah ada teman wanita lain yang bertaktah di hati. Dada Lily Sarah kembali kencang. Dia mula resah. Dia tidak perlu gusar, kalau ada jodohnya dengan Ariq Iskandar, Allah pasti menemukan mereka berdua.

Lily Sarah terus berada di balkoni merenung dada langit yang semakin tua.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…