Skip to main content

Rindu Syurga 17

Bab 17
            “Betul mak, Syaza  sendiri nampak Lily berbual dengan jantan dalam kereta. Siap peluk – peluk lagi mak. Bercium-cium pulak tu. Ieee menyampah Syaza tengok! Tak sanggup Syaza lihat mak”adu Syaza dengan muka berkerut – kerut. Mulutnya macam bertih jagung bercerita keburukan sepupu sendiri.
Dalam hati dia tersenyum riang. Lepas ni siaplah kau Lily Sarah. Pasti kau kena ganyang dengan emak aku! Padan muka kau! Dia sengaja menambah – nambah cerita. Apa yang pasti dia memang melihat Lily Sarah  berbual dengan seorang lelaki kacak  dalam kereta mewah itu di kawasan parkir kereta depan flat.. Jelas Lily Sarah kelihatan malu – malu dan tersenyum. Senyuman Lily Sarah yang membuatkan dia bertambah benci. Geram sungguh melihat wajah Lily Sarah yang berseri – seri. Ish, ini tak boleh jadi ni!
            Mak Limah yang mendengar terus membara sampai ke kepala. Mendidih darahnya mendengar cerita anak tunggalnya. Dasar anak perempuan GRO! Mak Limah sudah mengetap – ngetapkan bibirnya. Langsir di jendela di selak. Ada sebuah kereta  porche merah di luar rumah. Dia melihat Lily Sarah tertawa di dalam kereta dengan seorang lelaki. Dia berasa cemburu. Siapakah lelaki kaya itu? Teman lelaki Lily Sarah ke?
            Syaza turut menjengah ke jendela. Menyirap darahnya melihat kebahagiaan Lily Sarah. Lelaki itu pula macam anak orang dan bekerjaya hebat. Di mana Lily Sarah bertemu lelaki itu? Di Kolej ke? Tak pun di kelab – kelab malam tapi Lily Sarah bukanlah kaki kelab malam.
            “Siap kau Lily Sarah. Lepas ni memang aku buat gulai. Betina tak tahu malu. Mak dengan anak sama saja!” Muka Mak Limah sudah beruba. Bergetar giginya bila melihat kemesraan Lily Sarah dengan lelaki itu. Kan bagus anak dia, Syaza yang berada di tempat Lily Sarah. Kau memang tak layak hidup bahagia Lily Sarah. Sebab mak kaulah hidup aku tak bahagia. Sebab emak kau juga aku gagal mendapat lelaki yang aku impi – impikan. Emak kau yang merentap segala impian aku. Dada Mak Limah sudah berombak kencang. Kali ini dia ada alasan untuk mengerjakan Lily Sarah sepuas – puas hatinya. Sudah lama dia tidak mengerjakan Lily Sarah. Kali terakhir bila Lily Sarah secara tidak sengaja pecahkan gelas. Apalagi melayang batang mop ke tubuh Lily Sarah. Puas hatinya bila melihat Lily Sarah menangis dan meraung – raung memohon kemaafan.
            Dua beranak seperti sudah bersedia untuk melakukan sesuatu terhadap Lily Sarah lebih – lebih lagi Mak Limah yang sudah menyinsing lengan baju. Syaza  menarik muka marah bila melihat Lily Sarah melambai – lambai tangan ke arah kereta yang berlalu pergi.
            “Assalamualaikum!” Lily Sarah memberi salam seraya  masuk ke dalam rumah dengan senyuman. Hatinya girang bila dapat bertemu dengan Ariq Iskandar. Di sebalik wajah serius, lelaki itu suka berlawak rupanya. Acap kali wajahnya merah menyala bila di usik. Dia bahagia ketika ini. Sangat bahagia. Dia menguntum senyuman memanjang bila membaca berita akhbar yang mengatakan Model terkenal Rindiani mengumumkan perpisahannya dengan Ariq Iskandar.
            Baru sahaja kaki kanan mahu memijak ruang tamu kecil, muncul Mak Limah dengan muka mengalahkan harimau betina terus menarik tudungnya sekuat hati. Lily Sarah terdorong ke depan terus jatuh terduduk  atas lantai.
            “Mari sini betina sundal!” Mak long terus menarik rambut ikal Lily sarah sehinggakan dia menjerit dan terus bangun. Diameronta-ronta minta dilepaskan.
Lily Sarah menjerit kuat terus terjatuh di atas lantai bila ditolak oleh Syaza. Dia mengerang kesakitan bila terasa rambut di dalam ditarik lagi oleh Mak Limah. Lily Sarah terpisat-pisat mahu melepaskan diri.
            Syaza tersenyum sinis hanya berdiri melihat aksi yang biasa dilihatnya bila Mak Limah sudah naik hantu. Hatinya juga puas bila melihat air mata Lily Sarah.
            “Kau memang anak tak guna. Suka malukan aku!” Mak Limah terus menarik rambut panjang Lily Sarah dan menyeretnya hingga ke tengah dapur.
            “Sakit Mak long! Sakit!” Lily Sarah memegang tangan Mak Limah dan sedaya upaya menarik tangan Mak Limah yang menampar – nampar kuat mukanya. Perit wajahnya bila diperlakukan sebegitu rupa. Tidak cukup itu Mak Limah terus mencapai batang mop lalu memukul tubuh Lily Sarah sekuat hati. Melaung – laung Lily Sarah meminta tolong dari Syaza tetapi yang diterima hanya jelingan dan ejekan dari Syaza yang sedikit pun tiada simpati.
            “Kau memang perempuan tak guna. Dasar anak GRO! Memalukan!  Kau dengan emak kau sama saja. Suka sangat menyundal. Anak tak sedar diri!” bertubi – tubi batang  mop singgah ke tubuhnya. Tidak cukup itu Mak Limah kembali meukul – mukul wajah Lily Sarah sekuat hati. Sebenarnya dia amat geram bila melihat wajah Lily Sarah tidak ubah seperti arwah adik tirinya yang sewaktu dulu digilai ramai lelaki di kelab – kelab malam.
            “Sakit mak long! Sakit. Tolonglah!” Lily Sarah tidak henti merayu. Wajahnya sudah basah dengan air mata.
            Syaza tersenyum puas. Sekurang – kurangnya rasa hatinya terbalas juga. Mak Limah masih tidak henti – henti memukul Lily Sarah. Dari rambut hingga ke hujung kaki, habis ditendang dipukul dan di tampar – tamparnya muka Lily Sarah dengan tenaga yang ada. Dia tidak puas. Tidak puas menyakiti tubuh Lily Sarah yang kurus itu.
            “Mak long, Lily Sarah minta maaf kalau Lily Sarah sakitkan hati Mak long. Tolonglah Mak long, sakit” Lily Sarah merayu – rayu sambil menyusun jari memohon kemaafan. Wajahnya penuh dengan air mata. Sakit perutnya bila dikerja sebegitu rupa. Meskipun selalu dikerjakan sebegini rupa dia tiada niat untuk membalas dendan. Bukan sahaja tiada kudrat tetapi dia rasakan dapat menumpang di rumah Mak long sudah memandai.
            “Kau ni memang perempuan jalang. Kau tak malu ke berbual – bual dengan jantan dalam kereta depan orang ramai. Kau tak tahu ke orang kat sini mulut macam tempayan. Kalau dia orang mengata kau, aku yang dapat malu tahu tak! Malu” Mak Limah menunjuk – nunjuk mukanya lalu terus melepaskan satu tamparan ke muka Lily Sarah.
            Lily Sarah yang masih terbaring terus menutup wajahnya. Sakitnya tidak terperi. Dia tidak terdaya untuk menangis lagi sebaliknya merelakan apa sahaja perbuatan Mak long terhadap dirinya. Silap dirinya membenarkan Ariq Iskandar menghantarnya sampai depan rumah. Kalaulah dia lebih berkeras agar lelaki itu menghentikannya depan perhentian bas pun sudah cukup. Ariq Iskandar menggila – gila mahu tahu tempat tinggalnya.
            “ Sudah! Bangun kau! Sekarang aku nak kau siapkan makan malam kami berdua. Kau masak nasi goreng sekarang jugak. Aku dengan anak aku dah lama tunggu kau balik. Aku dah bosan makan ayam goring, kau faham?!” tengking Mak Limah terus bangun menuju ke biliknya.
            Syaza sempat mengejeknya sebelum berlalu masuk menuju ke bilik Mak Limah. Lily Sarah yang masih lemah gagahkan diri untuk bangun. Dia harus menyediakan makan malam. Dia tidak rela tubuhnya di sakiti lagi. kalau dia tidak dapat menjamah makanan mala mini, tidak mengapalah. Mujur Sham membekalkan satu set ayam goreng untuk dirinya. Kalau ikutkan dia sudah jemu makan ayam goreng setiap hari. Sebelum pulang ke rumah juga, Ariq Iskandar sempat membawa dia makan tengahari di sebuah restoran laut. Sempatlah juga dia menjamah nasi goreng bersama lauk pauk
            Wanita tua berkerusi roda mengesat air mata yang tumpah ke pipi.  Dia masih termenung menghadap jendela. Hujan di luar masih tidak berhenti.begitu juga hatinya yang masih menangis, tidak akan mungkin berhenti. Kesalnya menggunung tinggi bila mengenangkan dosa – dosa lampaunya. Dosanya terhadap anak yatim begitu besar. Selama dia membesarkan anak yatim, satu sen anak yatim itu tidak merasa harta sendiri. Setiap amlam dia bermimpi yangd ia dipaksa makan unggun api yang membara. Sakitnya tidak terperi. Wanita tua itu ketakutan bila menginggat mimpi ngeri itu. Setiap malam dia gagahkan diri untuk bersolat taubat dan menghabiskan sisa tuanya dengan membaca Al  Quran.
            Wanita tua itu terus menangis dan meraung – raung kesal. Nasi  sudah menjadi bubur. Masa juga tidak akan berpusing kembali ke masa lampau. Kalaulah boelh, mahu dia memohon ampun dari anak yatim itu.
            Di ribanya terdapat satu majalah yang dipinjam dari seorang penjaga rumah kenanga. Matanya tepat merenung wajah ayu yang menjadi muka depan majalah GAYA. Hatinya tersentuh bila membaca artikel yang memuatkan gambar Lily Sarah. Wajah Lily Sarah saling tidka tumpah seperti wajah arwah adiknya. Cantik dan manis..
            Dia tersenyum tapi lama kelamaan senyuman itu menjadi hambar. Dia merasakan dia tidak layak merasa kagum akan kejayaan anak saudaranya yang juga anak yatim. Dia menangis lagi. kali ini lebih kuat.
            “Maafkan Mak long, Lily. Maafkanlah. Sebelum Mak long pergi, Mak long nak sangat bertemu dengan kau, nak. Ya Allah ketemukanlah aku dengan Lily sebelum KAU mengambil nyawaku” mohon doa wanita tua itu. Wajahnya yang berkedut tersimpan kekesalan yang tidak akan berpenghujung. Perlahan – lahan dia mengesat air mata yang masih tidak berhenti turun.
            “Mak Limah, jom kita ke dewan makan. Makan malam dah disediakan” satu suara wanita muda muncul bersama senyuman.

            Mak Limah cepat – cepat mengesat saki baki air mata kemudian mengangguk laju. Dia tahu itu suara, Wafa, penjaga setianya yang tidak pernah jemu melayaninya. Memandikan dia, membasuh kencing najis tanpa sebarang rungutan. Dia tahu anak muda ini ikhlas membantunya. Dia bersyukur ditempatkan di sini. Sudah lapan tahun juga dia berkelana di sini. Tidak mengapalah kalau penghujung usianya berakhir di sini. Sekurang – kurangnya dia ada tempat untuk berteduh.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…