Skip to main content

Posts

Showing posts from April 8, 2015

Mama

Saya tonton filem ini atas saranan seorang teman. Sebuah filem seram yang bagi saya sarat dengan  kasih sayang. Jeffrey membunuh isterinya lalu membawa lari dua anak perempuannya yang masih kecil iaitu Victoria dan Lily sehingga kereta yang dipandunya terhumban ke tepi jalan. Si bapa dan dua anaknya selamat lalu membawa ke dalam hutan. Di tengah hutan terdapat sebuah cabin lama. Di dalam rumah itu juga Jeffrey mati lalu dua anaknya  membesar dengan satu roh wanita.
Selepas lima tahun, Lucas yang duduk serumah dengan Annabelle dihubungi yang kereta abangnya ditemui dan dua anak saudaranya juga ditemui. Lucas sedaya upaya memohon untuk menjaga dua anak saudaranya itu dan berjaya meskipun Jean, kakak kepada ibu kandung Victoria dan Lily juga menuntut mahukan dua anak itu.
Lucas berjaya mendapat hak penjagaan anak saudaranya. Dua anak saudaranya dibesarkan disebuah rumah besar sebagai syarat penjagaan . Maka bermulalah satu demi satu misteri  yang mula menganggu Lucas dan Annabelle. Luca…