Skip to main content

Posts

Showing posts from April 9, 2015

Rindu Syurga 2

Bab 2
Dia bersendirian di dalam kafeteria mewah ini. Lagu sentimental yang bergema di ruang kafe ini membuatkan hatinya tersentuh. Sayu dia mendengar. Lagu  Gubahan Rindu Puisi Syahdu dendangan Fauziah Latiff mencarik-carik hatinya. Sambil menanti seseorang dia meneguk secawan  kopi panas bersama sepotong kek coklat. Kek di dalam pinggan comel di hadapannya sudah tinggal separuh. Entah kali ke berapa dia melirik jam tangan berjenama rolex. Dia melepaskan satu keluhan yang agak berat. Sudah lewat 15 minit. Namun dia bersabar. Sabar dengan kerjaya yang memerlukan dia harus peka dengan dunia wanita yang semakin urban kini. Namun di sebalik kehebatan wanita zaman sekarang masih ada wanita yang ketinggalan mengejar impian. Kasihan. Namun itu adalah nasib masing – masing. Kebahagiaan yang dimiliki tidak semestinya selama begitu juga penderitaan tidak juga akan dirasai selamanya.             “Assalammualaikum, Cik Lily Sarah ke?” satu suara halus memecah lamunan Lily Sarah, lantas dia menoleh …

Rindu Syurga 1

Bab 1             “Cukuplah tu Lily. Jangan terlebih rajin pulak bila bekerja. Badan kamu perlukan rehat dan otak kamu perlukan ketenangan. Usah paksakan diri kamu tu. Kerja 8 jam pun dah memandai. Cukuplah tu!” tegur  Puan Linda yang muncul tiba – tiba di muka pintu. Sempat mengukir senyuman.             Lily Sarah mendongak dengan muka terkejut. Dahinya berkerut. Lily Sarah tidak sedar waktu bila Puan Linda berada di hadapan pintu biliknya yang terbuka sedikit. Kemudian Lily Sarah mengerling jam di dinding. Sudah masuk waktu maghrib. Widad akan bersolat di sini sebelum pulang ke rumah.             Lily Sarah tersenyum nipis. Kepenatan yang dialami membuatkan dia tidak berdaya untuk memberikan senyuman manis. Apa yang dia tahu, dia harus menyiapkan kerja – kerja penulisan untuk majalan GAYA bulan depan. Majalah GAYA semakin mendapat tempat di hati pembaca yang setia. Pelbagai program dijalankan untuk menarik perhatian pembaca sementelahan banyak majalah – majalah baru muncul di pasaran.…