Skip to main content

Posts

Showing posts from April 10, 2015

Rindu Syurga 4

Bab 4             “Awak kena baca novel ni. Sangat menarik” beritahu Puan Linda sambil menanggalkan kaca matanya.             “Apa yang menariknya” tanya Lily Sarah yang hanya memandang buku yang bewarna biru laut. Muka depan yang cantik. Dia memuji dalam hati. Warna kegemaran dia. Masih seperti dulu. Warna biru sentiasa menggamit hati lelaki itu. Katanya biru itu lautan yang setia dan biru itu langit yang menanti dan kita berdua pasangan yang sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Kata dia. katanya! Bentak hati Lily Sarah! Arghhh itu semua kata-kata manisnya.             “Khabarnya kisah benar. Kisah rumahtangga penulis buku ni” tokok Puan Linda sambil menunjukkan buku setebal dua inci itu lalu diletakkan di atas meja Lily Sarah.             “Puan dah baca?” serius nada suara Lily Sarah tanpa merenung wajah Ketua Editor. Dia membelek-belek novel itu dari depan hingga ke belakang. Dia membelek di muka hadapan lagi. Satu ucapan yang membuatkan dia tersentak For my ex wife. Still loving…

Rindu Syurga 3

Majalah itu dilempar perlahan di atas meja kopi di hadapan. Kopi yang masih hangat diteguk perlahan. Bagaikan ada suatu kuasa yang memberikan dia tenaga bila air kopi mengalir ke kerongkongnya. Beberapa buah fail putih diselak perlahan kemudian di tolak tepi. Dia bosan. Bosan menghadap kerja yang rutinnya sama setiap hari. Dia bosan mengenakan kot begitu juga dengan kasut mahal di kakinya. Tali leher dilonggarkan sedikit. Dia mengeluh berat dengan nada kecewa. Rasa kecewa yang dipendam bertahun-tahun lamanya. Dia merenung wajah di cermin antik yang tergantung di belakang. Dia cuba tersenyum tapi senyuman yang dilihat tawar. Ramai mengatakan dia adalah antara tokoh korporat yang termuda di Malaysia yang lengkap dengan pakej. Apa guna kacak tapi tidak bahagia. Apa guna kaya tapi hartanya dikikis oleh ramai wanita.             Dia rindukan kerjaya lamanya. Kerjaya yang membuatkan dia gembira. Kerja yang membuatkan dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia terutama kaum wanita yang selalu …