Skip to main content

Posts

Showing posts from April 11, 2015

Rindu Syurga 5

Bab 5
Novel yang baru diterima sengaja dibiarkan di atas meja. Baru senbentar tadi Puan Linda meminta dia membaca novel yang setebal 2 inci itu. Bukan itu sahaja, dia juga diminta membuat ulasan tentang novel bertajuk Black Dream yang mengisahkan kehidupan sebenar penulis tatkala melayarai bahtera alam rumah tangga sehingga tenggelamnya pelayaran yang menyaksikan perpisahan pasangan suami isteri itu. Ulasan novel hebat itu akan disiarkan dalam majalah GAYA sekali dengan Rafail Adam sebagai penghiasa ruangan Lelaki pilihan. Dia tidak mampu menolak. Ingin berkata tidak tetapi dia hanyalah Editor bukannya Ketua Editor.Puan Linda berhak buat keputusan dan dia hanya menuruti arahan. Lily Sarah bersandar serentak itu satu keluhan berat dilepaskan. Dia terbayang-bayang momen sewaktu dia menjadi isteri kepada Rafail Adam. Sangat indah. Dunia ini seperti ada dia dan Rafail Adam sahaja. Manusia-manusia di sekeliling bagaikan tidak wujud. Rafail Adam melayani dirinya seperti puteri raja. Sentiasa …