Skip to main content

Posts

Showing posts from April 12, 2015

Rindu Syurga 8

Bab 8
Rafail Adam berhenti menaip. Dia toleh kiri kanan. Kemudian ke hadapan, menghadap jendela yang terbuka. Dia sengaja menyewa unit pangsapuri yang menghadap taman. Jauh dari kesibukan kotaraya yang tidak pernha tidur selama ini. Di sini tiada sesiapa. Sunyi. Sepi. Jika dulu ada seseorang yang menemani dia menaip. Seseorang yang sentiasa menjaga makan minumnya. Seseorang yang akan berbual dengannya sambil menonton televisyen. Tidak cukup itu, mereka berdua kerap kali menonton teater ataupun wayang pada hujung minggu. Seseorang itu juga sepertinya, seorang penulis tetapi lebih kepada sajak. Apa yang sangat disukai seseorang itu, setiap kali ada pelancaran buku baru novelis, dia akan diajak pergi melihat pelancaran itu.  Berkali-kali dia diberitahu, yang dia akan menjadi Penulis terkenal di dunia malahan akan menjadi kebangaan rakyat Malaysia. Saat dia mahu menukar warganegara, seseorang itu melarang. Seseorang itu adalah isterinya.             “Kita akan kembali ke Malaysia. Ya, Malay…

Rindu Syurga 7

Bab  7
Lily Sarah leka menyemak artikel yang diterimanya sebentar tadi. Ada yang menarik dan juga yang tidak menarik. Apapun dia meneliti setiap tugasan anak – anak buahnya dengan sebaik mungkin. Sekali dua kesilapan dia akan menegur dengan baik tapi kalau sudah tahap yang dirasakan tidak boleh dipebaiki, terimalah sajalah hukumannya. Namun setakat ini hasil tugasan yang diberikan amat memuaskan hati termasuk Puan Linda yang tidak putus – putus memuji komitmen anak- anak buah Brain Pink Team. Hasil komitmen dan kerjasama yang tinggi menjadikan majalah GAYA menjadi majalah nombor satu setakat ini.             “Lily, kita ada masalah besar ni” kata Nina yang tiba – tiba muncul di hadapan dengan tergesa – gesa. Riak wajah wanita itu nampak risau.             “Kenapa Nina? Apa yang tak kena?” tanya Lily Sarah sambil meletakkan beberapa helaian artikel  satu persatu di atas meja. Dia juga jadi resah bila melihat wajah Nina yang mula tidak tentu arah. Dia faham benar sikap Nina kalau ada sesu…

Rindu Syurga 6

Bab  6
Nadzim  menurunkan cermin kereta Exora hitam miliknya. Dia memandang seorang wanita cantik dan bergaya urban dari jauh. Wanita itu cantik dan masih ayu seperti dulu. Wajah wanita itu masih seperti dahulu. Masih bersahaja. Dia terpesona. Wajah keanak – anakan itu masih membuatkan dia terpegun. Masih meminati wanita itu. Masih mencintai. Ada rasa kesal. Sesal yang tidak sudah. Kalaulah dia tidak menolak perasaan pada wanita itu dari dulu pasti hidupnya bahagia.             Nadzim meraup wajahnya kemudian bersandar. Dia ingin sekali menemui wanita itu. Memberitahu hati dan perasaannya yang dipendam sejak sekian lama. Kalaulah dia memberanikan diri pasti hidupnya tidak sesukar sekarang. Dia kesal dengan sikapnya dulu, sewaktu namanya dipuncak, dia angkuh, sombong dan langsung tidak pandang Lily Sarah. Ketika itu Lily Sarah budak flat yang tidak pandai bergaya. Apa yang menyentuh hatinya, Lily Sarah kumpul duit sedikit demi sedikit hanya mahu menonton perlawanan bola sepak yang membab…