Skip to main content

Posts

Showing posts from April 13, 2015

Rindu Syurga 11

Bab 11
Hatinya membeku. Keras. Tiada lagi untuk mana – mana wanita. Sudah banyak kali Rindiani datang ke pejabatnya. Dia tidak tahu atas urusan apa Rindiani begitu rajin menjenguknya. Wanita itu sudah dua kali menjanda sedangkan dia masih membujang. Walaupun masih ada rakan – rakan mengusik dia dengan Rindiani, Hatinya tetap keras macam batu kerikil. Apapun yang terjadi, dia dan Rindiani tetap tidak akan bersama. Itu janji pada dirinya sendiri. Malahan bekas tuanangnya Dewi sudah pun bernikah lain. Khabar dengan anak Datuk. Dia sendiri pun tidak pasti. Dia tidak mahu ambil tahu lagi.             Dia masih tidak lupa peristiwa 10 tahun yang lalu. Dulu dia amat menyintai gadis kacukan Filipina itu. Tubuhnya memang cantik disertakan dengan suara manja bersama kerlingan mata yang menggoda. Dia lelaki paling bertuah dapat memiliki Rindiani. Dia merasakan popularitinya hebat bila memiliki peragawati yang meletup – letup namanya di atas pentas peragaan. Dia tersentak bila terdengar sms telefon …

Rindu Syurga 10

Bab 10 “Saya boleh berikan awak wang. Berapa awak mahu?”soal Ariq Iskandar bongkak. Dia merenung wajah gadis bertudung litup di hadapannya. Gadis itu masih tegak macam patung. Terkebil – kebil melihat Ariq Iskandar “Saya tidak menjual puisi-puisi saya. Puisi-puisi saya tidak ada nilai tetapi ada maruah macam saya” kata Lily Sarah lembut. Wajahnya tenang sahaja sedang hatinya sedang merusuh. Dia menerima panggilan telefon meminta di ke sini. Habis kelas, dia menaiki bas. Dia mencari syarikat ini pun hampir makan satu jam. Berpeluh-peluh dia dibuatnya. Sudahlah makan tengahari pun tidak lagi. Perutnya berbunyi minta di isi. “Awak bukan penulis yang terkenal pun. Tiada siapa pun yang kenal awak. Kenapa awak mesti berlagak dengan saya?” Ariq Iskandar bersuara sinis. “Saya sedar siapa diri saya. Saya terlalu sayangkan puisi-puisi,ibarat nyawa saya sendiri”kata Lily Sarah tenang meskipun hatinya terasa pedih. Dia sedar siapa dirinya siapa. Dia hanay sebatang kara di muka bumi ini. Menulis puisi…

Rindu Syuga 9

Bab  9
Lily Sarah memandu Proton preve dengan berhati – hati. Walaupun mampu memandu kereta buatan luar negara tetapi dia tidak berminat. Dia lebih sukakan produk tempatan yang bukan sahaja murah, mudah cari alat ganti tapi setanding dengan luar negara. Tiada apa yang harus dibezakan. Sesekali kakinya menakan brek bila kereta di hadapan suka sangat membrek. Lily Sarah mula membebel di dalam hati. Memang angin satu badan kalau memandu di kala waktu orang balik kerja. Bukan sahaja berlaku kesesakan jalan raya tapi kebanyakan pemandu di Malaysia memandu tidak mengikut undang – undang. Dia teringatkan Edzral di hospital. Kasihan sahabatnya yang seorang itu. Mengeluh Edzral bila diberitahu terpaksa bercuti selama 3 bulan. Pasti mati kutu dibuatnya.             Sesekali tangan kirinya gatal menukar channel radio semata – mata mahu mencari lagu yang disukainya. Tapi kalau semua lagu tak sedap, langkah terakhir baru pasang CD Datuk Siti Nurhaliza. Lagi puas hati dari dengar juruhebah membebel t…