Skip to main content

Posts

Showing posts from April 14, 2015

Rindu Syurga 13

Bab 13
Hujan lebat membasahi kota New York. Lebat. Suasana gelap mengelilingi kota raya hebat ini. Rafail Adam berdiri di luar balkoni. Tempat dia berdiri adalah tempat kegemaran isterinya sewaktu menikmati kopi hangat. Katanya , dari sini dia dapat melihat taman yang cantik. Dari sini dia dapat melihat bangku panjang diduduki pasangan veteran yang saling berpelukan dan berbual mesra.             “Saya pernah tanya Makcik Rosie, bagaimana dia mengekalkan perkahwinanya sampai 30 tahun” kata Lily Sarah tersenyum manja. Matanya melirik ke arah Rafail Adam yang ebrdiri disebelahnya.             “Makcik Rosie kata apa?” tanya Rafail Adam tidak sabar-sabar.             “Jangan sesekali curang. Kena selalu ada makan malam hujung minggu. Selalu mnerai bersama. Yang paling penting rasa percaya. Kalau itu hilang sekali, sukar untuk dapatkan semula” kata Lily Sarah dengan penuh makna.             Rafail Adam meneguk liur             “Saya juga tanya kak, Yasmin, bekas guru agama. Dia kata, cara yang p…

Rindu Syurga 12

Bab 12
Hujan masih menggila. Dia tidak membuka televisyen seperti biasa. Notebook juga tidak dibuka. Hanya sebuah buku tulisan Sophie Kinsella menemaninya dikala sepi namun diganggu bunyi hujan. Pembacaannya terhenti bila guruh berdentum berkali-kali. Dia baring di atas sofa. Sejukan mula terasa. Matanya hampir terlelap. Majalah yang dibelinya petang tadi dicapai. Wajah depan majalah itu ditatapnya. Lama kemudian dipeluknya majalah itu. Lily Sarah terperanjat bila terdengar bunyi petir berdentum bersama kilat. Tubuhnya terasa sejuk lalu dipeluk seerat yang boleh. Dia cuba memberi tumpuan pada perlawanan bola sepak di televisyen. Namun dia memang tidak minat pada bola sepak. Dia tidak berani menukar rancangan lain sebab masuk ke dalam rumah ini Ariq Iskandar awal – awal lagi menghidupkan televisyen dan mencari rancangan bola di astro. Malah sempat juga jejaka itu membebel sebab terlewat dalam lima belas minit. Lily Sarah takut – takut duduk di atas sofa empuk itupun setelah disuruh oleh …