Skip to main content

Posts

Showing posts from April 15, 2015

Rindu Syurga 15

Bab 15
Lamunan Rafail Adam termati. Surat di yang diterima sebentar tadi segera di letakkan di atas meja bulat kecil. Manuskrip terbarunya  lulus dan bakal dicetak tidak lama lagi. Tempoh hari dia menerima panggilan daripada Ketua Editor Majalah dari Malaysia, Puan Linda. Katanya mahu menebual jika tiba di Malaysia nanti. Dia bersetuju sahaja. Malahan ada seorang penerbit mahu mengadadaptasi novelnya ke layar perak. Dia mula-mula enggan juga walaupun penerbit novelnya bersetuju. Katanya ini langkah promosi. Di Malaysia novelnya akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk pasaran. Dia mengeluh berat. Dia tidak pernah menuis novel dalam bahasa Melayu sedangkan dia adalah bangsa Melayu. Lily Sarah pernah mencadangkan dia menghasilkan novel dalam bahasa Melayu tetapi dia belum bersedia.             Di meja tulis yang terletak di ruang tamu membenarkan dia melepaskan segala lelah setelah berjam-jam lamanya mneghadap lap top. Di sebelahnya meja kosong bewarna putih bersih milik Lily Sarah…

Rindu Syurga 14

Bab 14
Hujan nasih belum mahu berhenti. Saat dia menadah tangan memohon doa selepas tahiyat akhir, hujan begitu lebat. Moga-moga doanya dikabulkan olehNYA. Rintik-rintik hujan begitu deras jatuh ke bumi. Ariq Iskandar menuju ke balkoni  sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak. Lampu neon yang berderet di jalan raya begitu kusam dipandangannya. Sejuknya malam ini menggigit hingga ke tulang sum-sum. Hujan di luar masih menggila. Makin lebat. Rasanya mahu sampai ke waktu subuh. Mata tidak mampu dipejamkan meskipun tubuh rasa keletihan. Dia hanya merenung jendela yang dibasahi hujan. Suasana kamar mewah di bilik tetamu ini diterangi lampu malap. Saat hujan masih belum mahu berhenti, dia memejamkan mata. Terbayang wajah seseorang yang ingin ditemuinya sekelian lama. Ariq Iskandar melangkah malas mencapai fail yang di bawa bersama tadi. Fail milik Lily Sarah membuatkan dia tersenyum sendirian. Ariq Iskandar berdiri di tepi jendela sambil menyelak – nyelak helaian puisi yang diberi oleh L…