Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Nasi Ayam Penyet Limongan

Kali ini sudah dua kali saya ke Nasi Ayam penyet Limongan. Bagi saya sangat sedap dan lazat. tempatnya pun ada penghawa dingin dan dekorasi ala-ala bali.

Projek 2016: Indah Adlina

Projek 2016: Manuskrip Cinta 7 Negara

Lila Suhaili pelajar Ph.D Komunikasi membuat keputusan untuk mengembara setelah mendapat tahu arwah ibunya meninggalkan sejumlah wang yang banyak untuk  hidupnya nanti. Wang yang banyak itu adalah kiriman dari sahabat lama arwah ibunya Stephanie yang berada di London. Tanpa pengetahuan Lila Suhaili arwah ibunya adalah bekas pelukis yang pernah bermastatutin di UK. Stephanie telah membantu menjual hasil-hasil  arwah ibu Lila Suhaili.

Lila Suhaili yang rasa terpinggir dengan keluarga sendiri membawa diri sambil emnyiapkan tesisinya. Dia tidak mahu berasa tertekan berada di rumah. Dia merancang magu menyinggah perpustakaan yang dilawati setiap negara.

Bermula di Bali, dia bertemu dengan lelaki bernama Alamsyahrizal yang kecewa, kekasihnya berkahwin dengan lelaki lain. Malahan di Bali, dia bertemu dengan bekas kekasih arwah ibunya, Bambang yang masih bujang.

Dari Bali ke Singapura seterusnya ke  Thailand dia asyik tertembung dengan Alamsyahrizal. Dia beranggapan  lelaki Minangkabau itu s…

Mencari 'Mr Right: My George

Annie yang bercita-cita mahu menjadi Novelis mendapat berita baik bahawa buku beliau My George akan diterbitkan. Penerbit beliau Della  memberitahu beliau bahawa beliau teruja tentang kisah hubungan Annie dengan teman lelaki yang sempurna George. Malah, mereka tidak sabar untuk bertemu dengannya apabila Annie membuat penampilan pertama di Ekspo Bookseller Amerika bertemu dengan lelaki bernama George yang begitu sempurna di matanya. Annie menulis kerana mengimpikan lelaki yang sempurna seperti George dalam novelnya. Della dan Annie berbincang untuk menggunakan lelaki bernama George  untuk melariskan novel tersebut. Annie juga cuba mendekati lelaki itu agar mereka lebih rapat. Novel ini bukan cerita benar mengenai apa yang telah berlaku, ia adalah salah satu fiksyen tentang apa Annie berharap akan berlaku. Sejak Della telah menjual novel itu sebagai memoir, dia mencadangkan mereka menyewa "George" untuk Ekspo Buku nanti agar pembaca novel My George lebih teruja. Annie memiliki k…

Vacation

Filem yang diterbitkan pada tahun 1985 benar-benar membuatkan saya teruja menonton di CINEMAX . Filem ini memang kelakar dengan insiden-insiden luar jangkaan sehingga melibatkan kematian sewaktu bercuti.

Clark Griswold  lakonan  Chevy Chase, mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan isterinya Ellen lakonan Beverly D'Angelo dan dua anaknya Rusty  dan Audrey setelah 15 tahun bekerja tanpa bercuti. Clark memutuskan untuk membawa keluarganya dari Chicago kawasan ke Los Angeles yang ada taman hiburan Walley Dunia. Ellen mahu menaiki kapal terbang , tetapi Clark berkeras untuk memandu, kerana beranggapan dapat merapatkan hubungan keluarganya. Beliau membeli kereta baru sebagai persediaan untuk perjalanan yang jauh , tetapi peniaga kereta mendakwa kereta tersebut tidak bertahan untuk enam minggu. .Perjalanan dari Chicago ke LA mengambil masa 2 minggu jika memandu kereta!

Semasa perjalanan keluarga, mereka menghadapi banyak kejadian yang tidak diingini,  Ketika Ellen dan Clark bergaduh …

Projek 2016: Gadis Kopi

Arissa penggemar kopi yang selalu menikmati kopi di kafe kopi milik Aridi. Arissa dilihat wanita pendiam yang penuh misteri. Setiap hari menaip di kafe Aridi dan setiap hari kopi menjadi minumannya.Sehinggakan kafe Aridi dikutuk dan dikritik hebat oleh Gadis Kopi melalui akhbar kompak, Aridi merasakan Arissa itu Gadis Kopi