Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Roti Bakar 3 rasa

Roti ini pada mulanya dipanggil roti  bakar saja, kata ibu saudara saya. katanya ada mayonis, planta dan kaya jadi saya pun tambah hujungnya 3 rasa. cara buat roti  ni senang dan ringkas sahaja. Ambil sahaja sepotong roti, sapukan planta, kaya dan mayonis di atas roti tersebut. kemudian lipatkan dua. pada kedua-dua belah roti tersebut sapu planta dan goreng saja atas kuali. tak perlu letak minyak. Bila nampak garing atau seperti roti bakar pada kulit roti tersebut, angkat sahaja. Sedap di makan ketika roti tersebut masih panas

Bab 2 Dani dan Eriqa

Bab 2 Hujan turun dengan lebat sebaik sahaja dia memberi salam terakhir bagi solat Zohor. Dia berselawat dan berzikir sambil merenung ke satu arah. Ke arah dinding yang bewarna merah jambu. Dinding itu kosong tetapi matanya bagaikan melihat sesuatu. Tubuhnya rasa lemah. Tidak berdaya  untuk berdiri. Oleh itu dia terus bersimpuh di atas sejadah sambil memuji nama –nama ALLAH. Berzikir dan terus berzikir. Selepas itu dia mencapat Al Quran yang sudah tersedia di atas rehal.             Dari dalam kamar sepi ini dia dapat mendengar bunyi ombak laut sedang bergelora. Hujan di luar semakin lebat. Selebat tangisan hatinya yang juga sedang menangis. Tubir mata mula basah. Lantas dia mengangkat kedua-dua tangan dan dirapatkan lalu memohon kepadaNYA agar diberi kekuatan dan ketabahan. Padanya hidup ini harus diteruskan apa jua keadaan sekalipun. Di sebalik kesakitan ini, dia kasihankan emak dan ayah yang terlalu merisaukan dirinya. Tidak! Dia tidak akan terus begini. Dia harus bangkit. Mencari di…

Bab 1 Dani dan Eriqa

Senja semakin menghampiri malam. Eriqa Ellen masih berteleku di kubur yang masih merah. Matanya tepat merenung tanah kubur di depannya. Dia tidak mampu menangis lagi setelah semalaman dia menangis tanpa henti. Ramai ahli keluarga arwah telah berlalu pergi sedangkan dia masih setia di sini. Air mata tiba – tiba jatuh membasahi pipi disekanya perlahan. Dia seperti tidak percaya yang Adam Johan telah pergi buat selama – lamanya. Kalau dihitung hanya tinggal beberapa hari dia dan Adam Johan akan disatukan di atas pelamin. Segala peralatan dan persiapan perkahwinan sudah siap begitu juga dengan pakaian untuk akad nikah sudah siap ditempah. Kad undangan juga sudah diedarkan beberapa hari yang lalu. Di belah pihak keluarganya dan begiti juga belah pihak keluarga Adam Johan tidak sabar-sabar mahu mneyatukan mereka berdua. Eriqa Ellen mengerutkan dahi menahan tangis namun dia tewas. Tarikh yang sepatutnya dijadikan hari bahagia terpaksa menjadi kenduri arwah. Kali ini air mata terus mencurah l…

Bidadari-Bidadari dari Sorga

Antara pelakon wanita dari seberang yang saya kagumi kerana kehebatannya ialah Nirina Zubir ataupun Nina Zubir. Bagi apa saja watak, beliau akan tangani dengan baik. Beliau mampu membawa karakter hingga sampai ke hati.
Filem Bidadari-Bidadari dari Sorga merupakan karya adaptasi dari novel tulisan Tere Liye. Nina Zubir memegang watak Laisa merupakan kakak sulung dari lima adik berdaik. Namun begitu Laisa berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Laisa berkulit gelap dan berambut kerinting. Dia ada sikap rendah diri namun mempunyai semangat yang tinggi mengubah nasib keluarga. 
Bermula hidup di Lembah Lahambay, mereka mencari sumber rezeki di hutan, mencari kayu dan menganyam topi. Dari ladang yang tidak punyai apa-apa. Laisa berjaya memiliki ladang Strawberi yang berkembang maju
Dalimunte, adik keduanya rasa bersalah untuk bernikah kerana kakaknya, Laisa belum berjodoh. Mereka berusaha mencarikan jodoh untuk Laisa namun gagal. Laisa berasa sakit dan sedih dengan percaturan jodoh oleh …