Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

My Sister’s Keeper

Dengan menggunakan persenyawaan vitro, Anna dibawa sebagai penyelamat kakaknya atas cadangan Doktor Chance yang merawat Kate yang menderita leukemia menerima. Anna bertindak sebagai penyelamat menderma organ yang sesuai, darah dan tisu untuk memastikan kakaknya terus hidup. Keluarganya menjelaskan kepentingan pemindahan organ kepada Anna bagaimana penyakit Kate akan memberi kesan terhadap keluarganya nanti.             Apabila kate berusia 17 tahun, buah pinggangnya mula gagal berfungsi. Anna yang berusia 13 tahun ketika itu dipaksa oleh ibubapanya mendermakan salah satu buah pinggang kepada kakaknya. Dari situ Anna mula menyedari yang dia akan menjalani kehidupan yang tidak normal. Dia mungkin tidak akan dapat bersukan, berparti, menikmati alcohol atau pada masa akan datang, dia mungkin tidak dapat menjadi seorang ibu.
            Anna menolak dan berleras mahu mengambil tindakan mahkamah agar dia bebas dari perubatan terhadap dirinya. Dia juga mahu mendapatkan hak untuk dirinya sendir…

Rudy Habibie

Akhirnya dapat juga saya tonton filem ini di Astro Best. Saya tidak berkesempatan tonton di pawagam tempoh hari lantaran kesibukan dan kekangan waktu. Hanung Bramantyo adalah pengarah Indonesia kesukaan saya. 
Saya hanya boleh berikan 4/5 bintang. Ini secara peribadi saya. Lakonan Reza Rahadian memang tidak mengecewakan. Bagi apa saja watak dia mampu membawakannya dengan baik. Saya jatuh cinta dengan lakonannya sewaktu Habibie dan Ainun. Dia mampu menggerakkan tubuh badan mantan Presiden ketiga republik, Prof Dr Ing Bacharudin Jusuf Habibie itu dengan baik sekali. Mimik muka yang bersahaja bagi wajah kacaknya begitu menyerlah sekali. Tiada apa yang mengecewakan bila menonton karakternya.
Bagi menonton sekuel filem ini pula, saya berpuas hati. Filem yang mengembalikan nostalgia lama di Aachen, Jerman awal tahun 60-an yang berkisarkan impian, persahabatan dan percintaan. Dia ingin menjadi mata air bagi cita-cita Indonesia untuk menghasilkan pesawat sendiri suatu hari nanti. Ilona juga …

Sinopsis Cinta 7 Negara

Lila Suhaili pelajar Ph.D Komunikasi mengambil keputusan untuk mengembara. 7 buah Negara menjadi pilihannya iaitu Indonesia, Australia, Perancis, Singapura, Thailand, Itali dan England. Beliau mengambil keputusan mengembara sambil menyiapkan Ph.D yang hampir siap untuk melengkapkan impian dan menunai impian arwah mama. Dengan menggunakan wang dan jurnal peninggalan arwah mamanya, dia mahu mencari seseorang yang boleh merungkai asal usul dan kisah cinta arwah mamanya. Dia ingin tahu siapa sebenar ayah kandungnya lantaran kebencian papa dan keluarga papa terhadap dirinya. Pengembaraan Lila Suhaili menemukan dia dengan Alamsyahrizal, lelaki keturunan Batavia dari Indonesia yang bekerja sebagai Jurugambar di luar Negara.             Setiap Negara yang dikunjungi dia akan bertemu dengan Alamsyahrizal secara kebetulan dan manusia-manusia yang memberikan dia semangat dan motivasi agar meneruskan hidup ini meskipun dibenci papa sendiri. Pertemuan dia dengan sahabat Alamsyahrizal iaitu Dr Alex …

Reunion: Ladies Talk

Before We Go

Sewaktu Nick memainkan alat muziknya di dalam kawasan tren, dia terpandang seorang wanita tercicir telefon bimbit namun wanita yang cuba mengejar tren tidak menyedarinya. Wanita itu kecewa kerana terlewat hanya beberapa minit sahaja. Nick memulangkan telefon bimbit kepada wanita tersebut, Brooke. Dia memberitahu dia juga kehilangan beg tangan.  Nick membantu wanita itu untuk pulang dengan menggunakan kad kredit tapi  kad kredit itu tidak berfungsi. Nick cuba mahu menghubungi rakannya untuk meminta bantuan tetapi sudah kehabisan bateri. Nick menawarkan bantuan dengan membayar duit hotel namun Brooke beritahu yang dia perlu tiba ke rumah sebelum pagi. Malam itu NIck dan Brooke menjalani malam dengan pelbagai peristiwa dan melakukan sesuatu yang luar biasa! Filem yang diarahkan oleh Chris Evan juga dilakon olehnya sendiri!




Train to Busan

Sebenarnya saya tak jangka untuk menonton filem ini. Meskipun ada beberapa orang kawan bertanyakan tentang filem dari Korea ini, saya jawab tidak tahu. Bila melihat poster pun saya fikir sebuah filem kena serangan pengganas taupun peperangan. Sehinggalah hari Khamis, saya membaca beberapa komen mengenai filem ini dari facebook. Rata-rata memberikan komen positif. Saya terus menghubungi sahabat saya agar menemani saya menonton filem ini. Sebelum itu pun saya selidik dulu tentang filem ini. Tentang zombie rupanya. saya minat juga filem berkisarkan zombie. saya berharap sangat tidak seperti Zombie Kampung pisang. Harap zombie yang lebih baik, cerdik dan menakutkan. Bila tonton dari awal, saya mula tertarik. Kisah bapa dan anak perempuannya mungkin biasa. Bila masuk babak tren, saya rasa tidak sabar untuk tahu selanjutnya. Seorang penumpang yang luar biasa masuk ke dalam tren sudah mula mengundang rasa cemas. Seorang lelaki tua yang ketakutan pun sudah buat saya ingin tahu. Seterusnya, j…

Bab 1 Cinta 7 Negara

KLIA 2 sesak dan padat dengan manusia pada tengahari ini. Selepas membuat pendaftaran di kaunter, dia terus mencari kafe yang sesuai untuk menikmati makan tengahari. Kalau boleh dia mahu kafe yang lenggang. Di saat ini dia mahukan ketenangan dan ruang untuk dia rasa selesa. Biasa selepas menikmati makanan, dia akan membaca seketika dan mengemaskini media sosial.             Dia rasa senang untuk ke restoran McDonald. Setelah membayar hidangan, dia terus mencari tempat di hujung sekali. Dia sengaja mahu jauh dari pandangan manusia. Dia mencicip kopi hingga tinggal separuh kemudian menggigit burger Mcchiken juga hingga separuh. Ipad dikeluarkan dari dalam beg. Dia mencari-cari maklumat tentang Pulau Dewata yang bakal dikunjungi tidak lama lagi. Slogan yang dijolokkan kepada Bali, sebuah pulau yang luasnya dua kali kota Kuala Lumpur dengan kepadatan penduduk menyamai jumlah rakyat jelata Negeri Johor  dengan anggaran penduduk lebih kurang 4 juta orang. Dia melirik jam di tangan …

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…

Calmi Cuori Appassionati

Filem ini sudah puas saya cari di kedai. akhirnya dapat saya tonton di Youtube. walaupun senikata dalam bahasa cina, saya boleh faham filem ini.
Calmi cuori Appassionati atau dalam bahasa Jepun Reisei untuk Jonetsu tidak Aida atau dalam bahasa Inggeris Between Calmness dan Passion adalah filem yang diterbitkan pada tahun 2001 yang diarahkan oleh Isamu Nakae. Filem dibintangi oleh Yutaka Takenouchi dan Kelly Chen. Sebuah kisah cinta antara dua pelajar yang bertemu di sebuah kolej seni di Jepun. Filem ini adalah berdasarkan novel yang paling laris di Jepun. Calmi cuori Appassionati berjaya meraih kutipan tertinggi di Jepun tahun 2001.
Junsei Agata adalah pelajar untuk menjadi seorang pakar pemulihan seni halus. Dia merasakan hidupnya kosong. Beliau sering teringat seorang gadis yang ditemuinya di kolej. Namanya ialah Aoi. Pada suatu hari, Junsei mendapat tahu Aoi berada di Milan dan mendapati Aoi tinggal bersama seorang ahli perniagaan Amerika yang kaya.
Junsei ingat janji 10 tah…

Southpaw

Jake Gyllenhaal melakonkan watak sebagai Peninju Profesional, Billy Hope hilang segalanya setelah kematian isterinya, Mo atau Maureen lakonan Rachel McAdam akibat ditembak sewaktu Billy bergaduh dengan musuh gelanggangnya di satu keramaian. Dari titik itu, Billy Hope mula hilang kawalan dalam hidupnya sehingga mengabaikan anak perempuannya Leila. Kematian Mo meninggalkan kesan dalam hidupnya. Billy dan Mo bertemu di rumah anak yatim sewaktu zaman kanak-kanaknya. Mo menjadi tulang belakang Billy sepanjang kariernya.Billy mula  hilang fokus sebagai peninju hebat dan membiarkan dirinya bergelumang dengan dadah, alkohol serta memiliki  senjata api. Rumahnya di lelong dan anak perempuannya diperintahkan oleh mahkamah dijaga oleh Badan Kebajikan. Billy menuju ke satu pusat gim milik Tick Willis. Dia bekerja di situ sebagai pembersih bagi menyara hidupnya yang menyewa rumah kecil sahaja. Dari situ Billy mula mendapat sokongan dan semangat dari Tick agar kembali bertinju. Selain itu Billy meng…

Churros

Alhamdulilah, dapat juga saya buat Churros dengan bantuan kak Sharifah Zaiti Hanani El Wafa. Dari tahun lepas saya cuba mahu membuat. Walaupun rupa bentuknya tidak seperti Churros yang sebenar tetapi habis juga dimakan

Tanah Berdarah

Alhamdulilah, puisi yang sudah saya tulis lama akhirnya tersiar di akhbar.

Salam merdeka dari saya