Skip to main content

Train to Busan


Sebenarnya saya tak jangka untuk menonton filem ini. Meskipun ada beberapa orang kawan bertanyakan tentang filem dari Korea ini, saya jawab tidak tahu. Bila melihat poster pun saya fikir sebuah filem kena serangan pengganas taupun peperangan. Sehinggalah hari Khamis, saya membaca beberapa komen mengenai filem ini dari facebook. Rata-rata memberikan komen positif. Saya terus menghubungi sahabat saya agar menemani saya menonton filem ini. Sebelum itu pun saya selidik dulu tentang filem ini. Tentang zombie rupanya. saya minat juga filem berkisarkan zombie. saya berharap sangat tidak seperti Zombie Kampung pisang. Harap zombie yang lebih baik, cerdik dan menakutkan.
Bila tonton dari awal, saya mula tertarik. Kisah bapa dan anak perempuannya mungkin biasa. Bila masuk babak tren, saya rasa tidak sabar untuk tahu selanjutnya. Seorang penumpang yang luar biasa masuk ke dalam tren sudah mula mengundang rasa cemas. Seorang lelaki tua yang ketakutan pun sudah buat saya ingin tahu. Seterusnya, jangkitan menjadi zombie sangat cepat dan merebak. Hampir separuh penumpang tren menjadi zombie. Gagal lari dari gerabak, sudah pasti menjadi mangsa zombie.

Seperti biasa ada hero dan pembantu-pembantunya yang cuba menyelamatkan keadaan. Filem ini mengajar nilai murni dan peradaban. Kanak-kanak mengajar bapanya agar tidak mementingkan diri sendiri. Seorang kanak-kanak begitu berbudi bahasa memberi tempat kepada golongan tua. Ada individu yang sanggup mempergunakan orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri. Ada sahabat yang tidak sanggup memukul sahabatnya yang sudah menjadi zombie.

Setiap babak filem ini sangat mencemaskan. Luar jangkaan hampir satu bandar dijangkiti virus sehinggakan golongan yang sepatutnya mengawal negara pun dijangkiti virus zombie.

Apa yang boleh saya katakan, zombie ini begitu menakutkan. menggigit  hingga darah memancut keluar.  Zombie mengejar dari atas bumbung, mengejar  mangsa dari segenap arah. Pengakhiran filem ini membuatkan saya rasa sebak. Seorang sahabat kehilangan sahabat, kehilangan kekasih, kehilangan suami, kehilangan kakak, kehilangan ayah dan hilang segala-galanya.

4/5 bintang

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…