Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

ulasan Novel: Datang Pada Waktu

Assalamualaikum

Banyak-banyak buku kak Maria Kajiwa, ini yang saya terlewat baca. 
Okey, saya memang suka gaya penulisan kak Maria. Plotnya laju membuatkan saya tak boleh letak buku ini. Penceritaan yang sangat menarik. Watak dikembangkan dengan baik. Membaca buku ini nembawa kita ke zaman dulu di mana adat resam dan budaya Melayu sangat kuat. Dari segi kehidupan, makanan, perkahwinan,  budaya, pencak silat dan sebagainya. Peranan Tok Empat Manap sebagai pemimpin sangat kuat. Bagaimana pun buku ini ada sinis terhadap orang muda yang malas bekerja dan belajar. Nek cu berharap dapat ke sekolah dewasa kerana mencintai ilmu sedangkan anak-anak muda seperti Hasan dan Saad tidak mahu belajar sebaliknya berkumpul dengan kawan-kawan dan membuang masa malah tidak mahu menerima perubahan di kampungnya. Pengakhiranya sangat luar biasa. Membuatkan kita belajar iaitu setia, jujur dan cinta itu perlukan ketulusan. Menariknya penulis juga memupuk semangat kekitaan dan majmuk di kalangan bangsa lain dala…