Skip to main content

ulasan Novel: Datang Pada Waktu

Assalamualaikum


Banyak-banyak buku kak Maria Kajiwa, ini yang saya terlewat baca. 

Okey, saya memang suka gaya penulisan kak Maria. Plotnya laju membuatkan saya tak boleh letak buku ini. Penceritaan yang sangat menarik. Watak dikembangkan dengan baik. Membaca buku ini nembawa kita ke zaman dulu di mana adat resam dan budaya Melayu sangat kuat. Dari segi kehidupan, makanan, perkahwinan,  budaya, pencak silat dan sebagainya. Peranan Tok Empat Manap sebagai pemimpin sangat kuat. Bagaimana pun buku ini ada sinis terhadap orang muda yang malas bekerja dan belajar. Nek cu berharap dapat ke sekolah dewasa kerana mencintai ilmu sedangkan anak-anak muda seperti Hasan dan Saad tidak mahu belajar sebaliknya berkumpul dengan kawan-kawan dan membuang masa malah tidak mahu menerima perubahan di kampungnya.
Pengakhiranya sangat luar biasa. Membuatkan kita belajar iaitu setia, jujur dan cinta itu perlukan ketulusan.
Menariknya penulis juga memupuk semangat kekitaan dan majmuk di kalangan bangsa lain dalam novel ini. 
 Walaupun hanya sebuah jambatan, Edri dan Adam belajar sesuatu dalam pengembaraannya. 4/5 bintang

Comments

Popular posts from this blog

Tempat makan yang best

Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.













Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila…