Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Kitab Cinta

Puisi saya yang tersiar di majalah jendela Selatan

Taman (Puisi Untuk Sahabat)

Nasi Arab! Nasi Arab!

Okeylah di Melaka ni, ada dua tempat nasi arab yang best Dima Restaurant yang terletak di MITC dan Hadramawt Palace di Bukit Baru. Saya teringin nak merasa nasi arab jadi saya belanja emak ayah saya makan nas arab di Hadramawth Palace. Kali ketiga saya ke situ. Kali pertama dengan kawan, kali kedua dengan rakan sekerja dan kali ketiga dengan emak ayah.

Kali ini saya pilih Lamb Madghout dan Turkish Coffe dan air suam. Nasi arab ini saya pilih saiz medium yang boleh di makan tiga orang. Memang sedap.



Ulasan Novel: Lukanya Merah

Sejujurnya ini antara karya yang terbaik dan luar biasa. Bagi saya naskhah ini karya agung bagi kak Rohani Deraman. Saya rasa, novel ini di angkat di dua majlis penganugerahan. karya ini sangat menyentuh hati. Saya rasa terkesan sehingga saya rasa sebak dan menangis. Saya tertanya-tanya, kenapa wanta tua ini yang menjadi mangsa? kenapa wanita tua ini yang di uji?  Kenapa wanita tua ini begitu cekal?
Selatan Thai tidak pernah aman. Begitu kisah Mek Romah, wanita kelahiran negeri Cik Siti Wang kembang berjuang di negeri Pattani setelah bernikah dengan  anak seorang Imam di Kg Chanae, selatan Thailand. Pernikahan ini melahirkan 3 zuriat iaitu Seman, Dolah dan Mat Hussin. Seperti rumahtangga yang lain, kehdupan Mek Romah sekeluarga sederhana tetapi bahagia.             Bermula dengan kematian Seman yang ditembak oleh senapang tak bermata sudah menggambarkan Mek Romah wanita yang mudah menangis, meraung dan menangis.  Beliau seorang isteri yang taat setia, ibu yang penyayang dan suri rumah h…

Ulasan Novel: Gila Tak Rindu!

Assalamualaikum



Dah lama tak layan novel santai, ringan dan popular. Ini kali pertama saya baca novel  Murni Aqila. Ada sentuhan Korea. Nama watak utamanya Nomi  pun dah dekat-dekat dengan Nami. Saya baca novel ini membuatkan saya tersenyum bila Nomi ambil dan jemput Adib Baihaqi pergi kerja dan balik kerja. Bila berangan sekejap, terbayang aksi comel dua watak hero dan heroine. Alaaa dah lama weiii tak layan novel-novel cinta-cinta begini.
Okeylah, perkenalan melalui Wechat sehinggakan Risham meminta Adib menggantikan tempat dia untuk menemui Nomi. Watak Nomi menarik sebagai wanita yang berdikari memiliki butik dan tudung sendiri dan dikatakan ada iras-iras Hana Tajima. Okey sebelum itu Adib dan Nomi sudah bertemu secara kebetulan di jalan raya tetapi mereka berdua bertekak.
Bila Nomi menemui Mr Crab, dia tidak menyangka Mr Crab adalah mamat yang dia temui di lampu isyarat. Pada masa itu Adib menyimpan perasaan pada Hazza. Risham sudah ada Kisya. Maka pertemuan dingin dan diakhiri d…

Projek 50 Kembara

Assalamualaikum

Memandangkan projek 50 karya berkisarkan Kembara masih belum mencapai target sebenar, maka penyertaan di buka semula. Tiada tarikh tutup. Saya akan menerima dan terus menerimakarya yang menarik mengenai kembara di negara orang. Tulislah kisah kembara anda tidak melebihi 5 muka surat. Kisah kembara yang menyentuh kenangan, budaya, makanan, pendidikan, peperangan dan sebagainya yang boleh dijadikan bahan rujukan pengembara lain.

Kami menanti sekurang-kurangnya 20 karya Kembara. bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui talian WhatsApp 0193914673 dan berikan emel anda untuk saya kirimkan kertas kerja. Bagi yang sudah hantar karya Kembara, karya anda sedang dinilai!

Pengurus Projek