Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Ulasan Novel: Dia Mimpi Indahku

Kisah Rifhan, wanita yang hidup bersama keluarganya namun ada konflik dengan adik perempuannya, Anita yang selalu dimenangkan oleh ibunya, Hajah Saodah. Rifhan mengambil langkah untuk menerima lamaran Hafsyam yang difikirkan boleh membawa dia keluar dari rumah terutama dapat mengelak daripada Anita. Pada awalnya, Hajah Saodah tidak bersetuju memandangkan Hasyam bukan menantu pilihan yang hanya berkereta viva jika dibandingkan dengan  kekasih Anita yang berkereta besar tetapi suaminya, haji Ahmad menyokong Rifhan yang dirasakan sudah dewasa membuat keputusan.
Namun perkahwinan  bukanlah jalan penyelesaian sebaliknya lebih besar tanggungjawab. Ikatan adik beradik berbeza dengan terikatnya hidup dengan seorang lelaki bergelar suami. Percintaan yang dicipta hingga membawa ke alam perkahwinan tidak mudah disangkakan. tersilap percaturan, Rifhan dan Hasyam berpisah

Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.
Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual.…

Bumi Lestari

Ini kali pertama saya membaca novel karya Rabecca Ilham. Saya suka gaya penulisannya. Selepas saya membaca, saya ingin mencari karya-karya beliau.  Saya di fahamkan novel ini merupakan novel sulung Rebecca Ilham yang memenangi HSKU 2010, kalau tidak silap saya. Bagi saya Rebecca Ilham antara penulis berbakat besar yang memiliki banyak cerpen di dada akhbar.
Novel yang memenangi tempat kedua ini menyentuh kemanusiaan, kekeluargaan dan alam sekitar. Amirah kekurangan kasihsayang bapanya, Hishamudin setelah kematian ibunya. Amirah seperti mengasingkan diri dan memendam perasaan dari bapanya. Amirah tersepit dengan konflik dirinya dan permasalahan yang menghimpit antara dua sahabatnya. Jai anak Buang, rakan sekecilnya mengadu akan empangan akan musnah manakala kapitalis yang memusnahkan alam sekitar adalah bapa kepada sahabatnya sendiri.

Syok Foundation

Syok foundation adalah foundation yang sedang saya gunakan. Murah dan best. Hanya RM 38 sahaja. Dengan menggunakan foundation ini  payah beli concealer, tak payah beli compact powder dan tak payah beli sunblock Lagipun Syok Foundation  bertindak sebagai concealer untuk menutup segala cela pada wajah dan kemaskan kening, bertindak sebagai bedakb dan ertindak menghalang direct sunlight dgn SPF60. Saya yang memiliki bekas-bekas jerawat dan parut di wajah memiliki syok faoundation yang mampu bertahan selama dua bulan. saya beli dari bulan 12 tahun 2016 masih bertahan hingga bulan februari 2017. penggunaanya pun senang dengan hanya mencalit dan ratakannya pada wajah.

Projek penulisan Kembara

Assalamualaikum Wahai pengembara sekelian alam! Saya mencari pengembara mahu pun penulis yang mahu menulis kisah perjalanan kembara yang menarik, menyedihkan, menyayat hati, melucukan, melukakan, mendukakan dan apa sahaja jenis emosi, marilah kita kongsikan bersama pembaca.
Haaa mana tahu, mungkin karya-karya kembara itu menjadi panduan, rujukan kepada para pembaca yang ingin mengembara TETAPI kita terbit dan kita jual sama-sama. Tiada royalti namun karya hakcipta anda. Selain itu, kobolarasi ini menjadikan anda USAHAWAN yang berjaya.
Ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di talian WhatsApp atau telegram di nombor 0193914673
















Terusir

Terusir Tajuknya simple tetapi menarik. Sejujurnya saya tidak akan kewujudan novel ini sehinggalah saya mengetahuinya di Facebook. Tanpa membuang masa saya terus memesan buku ini melalui seorang rakan di facebook.
Terusir sudah menggambarkan seseorang di usir dan terus menderita. Tulisan hamka tidak pernah jauh dari kisah rumahtangga seperti Merantau ke Deli,Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk.  . Bukan seperti kisah-kisah rumah tangga dalam novel-novel popular.
Mariah, isteri yang telah di usir oleh suaminya akibat fitnah keluarga suaminya. hamka sentiasa menggunakan teknik surat dalam karya-karyanya. usiran dari suaminya membuatkan Mariah menderita kerana terpisah dengan anak lelakinya, Sofyan. Utusan surat kepada suaminya Azhar menginggatkan suaminya akan janji-janji yang pernah dilafazkan di awal pernikahan.
Mariah bekerja dengan Nyonya dan bernikah dengan Yasin namun setelah Nyonya pulang ke Eropah, Mariah bercerai dengan Yasin. Maka dari situ bermulanya kehidupan beliau sebagai Pel…

Innocent Defendant vs Remember War of The Son

Sebenarnya saya bukanlah pengikut K-pop yang tegar. walaupun ramai yang menggilai, saya hanya biasa-biasa sahaja. Tidak semua drama Korea  mahupun filem saya akan tonton. Saya agak memilih. Bermula dengan drama Doctor Stranger melarat ke drama Remember: War of the son seterusnya Legend of the Blue Sea ke Please Come Back Mister dan sekarang Innocent Defendant.
Drama Innocent Defendant lebih kurang sama dengan Remember war of The Son. Kedua-dua drama ini ada peguam dan pendakwaraya. Seperti biasa ada watak antogonis iaitu watak orang jahat. Nam Kyu Man dan Chan Min Ho/ Chan Su Ho lebih kurang psiko dan jahatnya. Persamaanya adalah watak orang kaya dan mewarisi kekayaan keluarga.
Dalam drama Remember war of The Son, Seo Jin Woo mengalami hypertasia manakala Park Jung Woo mengalami Amnesia. 
Seo Jin Woo mahu membawa pembunuh ke muka pengadilan yang menyebabkan ayahnya meringkuk ke penjara  manakala park Jun Woo mencari pembunuh isterinya sehingga menyebabkan dia sendiri meringkuk ke dal…

Buku-buku Ikatan Persuratan Melayu di Vendor

VENDOR BUKU (cerpen & sajak)
1. OMBAK & PANTAI.
Merupakan antologi cerpen dan sajak hasil tulisan ahli-ahli IPM (IKATAN PERSURATAN MELAYU), di terbitkan sempena menyambut Jubli Intan IPM yang ke 60 tahun. 2. IMPIAN DAN HARAPAN.
Antologi ini mengandungi 10 buah cerpen dan 10 buah sajak yang memenangi Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak 2010/2011 anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP), sempena ulangtahun ke 60 IPM. Boleh dapatkan di kiosk terliurs. Nineteen mei studio, arked mara merlimau. (atas kedai hardware daud)
Bagi yang mahu membeli dengan saya boleh hubungi saya di talian WhatsApp ataupun Telegram
1 buku RM 6 2 buku RM 10
Pos laju RM 6 Pos biasa RM 4

Buletin Jendela Selatan

Alhamdulilah. Baru terima Majalah Jendela Selatan edisi Disember 2016. 3 tulisan saya tersiar. Ulasan buku bertajuk Cinta Di Taman Mimpi dan 2 buletin bertajuk Karya Indie Merancu Bahasa dan Pembugaran Cerpen Bersama SM Zaki

Ulasan novel; Cinta Di Taman Mimpi akan saya siarkan di blog pada kemudian hari. Mengenai karya Indie mRancu Bahasa pula ia lebih ke bentuk forum yang telah berlangsung pada tahun lepas sempena Bulan bahasa kebangsaan. panel terdiri daripada Hafizz Latif, Aisa Linglung, Rozninah Azib dan moderatornya ialah AJK Editor iaitu Encik Mohammed Nasser

Mankala Pembugaran Cerpen bersama SM Zakir telah berlangsung pada bulan November di Kem Modal Insan Sungai Rambai anjuran Ikatan Persuratan Melayu.



Barang LAZADA!

Sebenarnya dah lama inginkan barang dalam gambar ini sejak tahun lepas. Hujung januari saya pun order di LAZADA. dapat barang ini pada 2 Februari 2017. Dapat barang ini dalam bentuk kotak. Alamak, pasti kena pasang sendiri
malam itu juga saya bersengkang mata pasang barang ini hingga 2 pagi lebih! fuh, siap juga akhirnya!