Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Kraftangan Murid-murid pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda

Assalamualaikum
Baru-baru ini seorang wanita OKU telah menggemparkan negara susulan kemalangan yang melibatkan kematian. Ada yang mencerca, menghina malah ada yang memberi simpati. Anda jangan fikir mereka yang OKU itu tidak memliki kelebihan. Sebenarnya ada jika diberi bimbingan dan biarkan mereka fokus pada sesuatu benda.
Gambar-gambar di atas adalah kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid Pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda. Mula-mula untuk mengajar dan memberi tunjuk ajar amatlah sukar tetapi guru dan pembantu  bersabar. kami amat yakin dengan kebolehan murid-murid seperti ini untuk membentuk motor halus dan kasar. Ada yang mula bosan, tidak fokus dan tak kurang ada yang menolak tetapi bila dipujuk dan diyakinkan barulah mereka berminat.
Bukan mudah sebenarnya. Kesabaran dan kegigihan guru dan pembantu membuahkan hasil. Selain menghasilkan kraftangan ini, murid-murid pendiidkan di ajar berniaga. Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami etrlibat dengan karnival pendidikan nege…