Skip to main content

Posts

Showing posts from March 3, 2017

Menunggu Cinta Tuhan

Buku ini saya beli sudah lama baru tahun ini saya dapat membaca dan menghabiskannya. Sebuah kisah kewartawanan, kekeluargaan dan amalam ilmu hitam di kalangan masyarakat Melayu. Buku ini membawa saya merasai suka duka dunia Wartawan sebagaimana Khalidah ingin memulakan kerjayanya sebagai Wartawan Hiburan menghadapi karenah ketuanya yang garang dan cakap lepas. Khalidah begitu takut dan bimbang menulis ruangan gosp kerana beranggapan gosip itu adalah fitnah namun itulah makanan dunia akhbar dan majalah hiburan.
Ilmu hitam yang digunakan di kalangan pengusaha restoran itu adalah hal biasa. Di akui ramai pengusaha restoran menggunakan pelaris untuk melariskan jualan restorannya. Begitulah yang diamalkan oleh Latifah dan anak saudaranya, Nureen yang sanggup buat apa sahaja untuk restorannya mendapat perhatian. Latifah bersikap pendendam melakukan balas dendam terhadap Murad yang dianggap memburukkan restorannya. Namun perbuatan itu dapat di hidu oleh tiga orang pekerjanya yang berhenti ker…