Skip to main content

Posts

Showing posts from March 21, 2017

Kraftangan Murid-murid pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda

Assalamualaikum
Baru-baru ini seorang wanita OKU telah menggemparkan negara susulan kemalangan yang melibatkan kematian. Ada yang mencerca, menghina malah ada yang memberi simpati. Anda jangan fikir mereka yang OKU itu tidak memliki kelebihan. Sebenarnya ada jika diberi bimbingan dan biarkan mereka fokus pada sesuatu benda.
Gambar-gambar di atas adalah kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid Pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda. Mula-mula untuk mengajar dan memberi tunjuk ajar amatlah sukar tetapi guru dan pembantu  bersabar. kami amat yakin dengan kebolehan murid-murid seperti ini untuk membentuk motor halus dan kasar. Ada yang mula bosan, tidak fokus dan tak kurang ada yang menolak tetapi bila dipujuk dan diyakinkan barulah mereka berminat.
Bukan mudah sebenarnya. Kesabaran dan kegigihan guru dan pembantu membuahkan hasil. Selain menghasilkan kraftangan ini, murid-murid pendiidkan di ajar berniaga. Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami etrlibat dengan karnival pendidikan nege…

Ulasan Novel: Fobia

Pertama kali terpandang muka depan novel thriller ini, saya sudah tertarik. tajuknya membuatkan saya tidak sabar mahu membaca lalu terus saya hubungi penulis yang memiliki berpuluh-puluh buah novel, kak Siti Rozilah. saya mahu miliki novel ini dari tangannya sendiri.
Pulang dari bertemu kak Siti Rozilah, saya tidak buang masa lagi. Mula-mula dihidangkan penderitaan seorang kanak-kanak bernama Luth yang diseksa oleh ibu tirinya. Terus membawa pembaca menemui 3 watak yang berbeza iaitu Hakeem, Luth dan Hidayat.
Pertemuan Hidayat dengan Doktor Humairah membibitkan perasaan cinta namun rasa terhalang bila mendapat tahu Doktor Humairah sudah bertunang.
Seterusnya Hakim baru berpindah berkenalan dengan seorang Datin terus menjalinkan hubungan terlarang dengan datin tersebut. ini biasa berlaku dengan masyarakat sekarang yang terjerumus dengan skandal. Mula-mula pembaca akan fikirkan Hakeem menjalinkan hubungan dengan Datin tersebut semata-mata harta tetapi tidak. Hakeem ada visi dan misinya…