Sunday, July 9, 2017

Cinta Takkan Berakhir

Bab 1


Senja semakin menjejak malam. Eriqa Ellen berteleku di kubur yang masih merah. Matanya tepat merenung tanah kubur di depannya. Ramai ahli keluarga arwah telah berlalu pergi sedangkan dia masih setia di sini. Air mata tiba – tiba jatuh membasahi pipi disekanya perlahan. Dia seperti tidak percaya yang Adam Johan telah pergi buat selama – lamanya. Kalau dihitung hanya tinggal beberapa hari dia dan Adam Johan akan disatukan di atas pelamin. Segala peralatan dan persiapan perkahwinan sudah siap begitu juga dengan pakaian untuk akad nikah sudah siap ditempah. Kad undangan juga sudah diedarkan beberapa hari yang lalu. Keluarganya dan keluarga Adam Johan tidak sabar-sabar mahu menyatukan mereka berdua.
Eriqa Ellen mengerutkan dahi menahan tangis namun dia tewas juga. Tarikh yang sepatutnya dijadikan hari bahagia terpaksa menjadi kenduri arwah. Kali ini air mata terus mencurah lalu dia menekup mulut agar tidak didengari sesiapa namun henjutan bahu tidak mampu dikawal. Kepalanya ditundukkan hampir – hampir mengena tanah kubur.
            Eriqa Ellen terus mengangkat kedua-dua tangan. Dia mahu mendoakan yang terbaik untuk lelaki yang selalu mengasihinya, mencintai dan menyayanginya sepenuh hati. Masih terngiang – ngiang suara garau Adam Johan ditelinganya disusuli dengan gelak tawa. Itu yang membuatkan Eriqa Ellen lebih menitiskan air mata. Mana mungkin untuk dia melupakan lelaki sebaik itu. Tidak semudah itu. Tidak mungkin dia akan bertemu lelaki sebaik Adam Johan lagi.ternyata Adam Johan bukan tercipta untuknya. Matanya dipejamkan. Terngiang – ngiang suara garau milik Adam Johan menerjah ke gegendang telinganya. Masih lagi terasa kehadirannya di sisi. Perlahan – lahan air mata menuruni lembah pipi.
            “Hei awak! saya ambil buku ni dululah! Tak nampak ke?”marah Eriqa Ellen dengan mata membulat sambil bercekak pinggang. Matanya tajam membulat memandang lelaki dihadapannya.
            Lelaki disebelahnya terkejut lalu segera membelek buku ditangan kemudian tersengih,       “Ohhh maafkan saya. Awak ambillah buku ni. Saya boleh cari di kedai buku yang lain” buku itu dihulurkan sambil tersenyum. Wajahnya tenang. Matanya tepat merenung wajah lembut dihadapannya. Wanita ini nampak comel bila marah. Dia tertawa kecil. Nampak lembut dan kecil molek rupanya garang!
            “Ha!” Eriqa Ellen rasa bersalah pula dengan keprihatinan lelaki di hadapannya. Buku itu dipandang kemudian wajah lelaki itu. Mata mereka berdua bertentangan. Eriqa Ellen tersenyum dengan perlahan-lahan. Tiba –tiba dia terasa malu pula lebih – lebih bila lelaki dihadapannya masih tersenyum padanya.
            “ Awak sajalah yang ambil buku ni” Eriqa Ellen menghulurkan semula buku itu.
            “Tak apalah, awak sajalah yang ambil. Saya boleh cari di tempat lain” lelaki itu menghulurkan buku itu tapi Eriqa Ellen terkaku seketika.
            Eriqa Ellen terkejut dengan sikap beralah lelaki itu. Wajah lelaki itu ditenung seketika.
Wajah lelaki  di hadapannya nampak tenang disusuli senyuman manis. Eriqa Ellen hanya melihat buku ditangan kanan lelaki itu. Buku tebal 2 inci itu hanya tinggal satu saja di atas rak. Sekarang buku tulisan bekas Tun Dr Mahathir laku macam pisang goreng panas. Semua orang tidak mahu ketinggalan mahu mendapatkan buku tulisan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu. Eriqa Ellen adalah salah seorang peminat malah menjadikah tokoh negarawan itu sebagai idolanya. Satu dunia mengkagumi kredibiliti Tun Dr Mahathir. Siapa tidak bangga memiliki buku karya tokoh negarawan itu?
            “Saya mintak maaf sebab saya berkasar dengan awak tadi. Saya tak sengaja nak buat macam tu. Saya tak berniat nak marah awak sebenarnya” kata Eriqa Ellen tersekat – sekat. Wajahnya jelas ada riak takut. Rasa malu juga terbit di wajahnya. Dia benar – benar rasa bersalah dengan sikapnya yang dirasakan amat kurang ajar tadi. Dia cuba memberanikan diri memandang wajah pemuda itu.
          Lelaki itu tersenyum senang sambil menggelengkan kepala  “Tak apa. Awak tak salah pun. Awak yang nampak dulukan? Saya tahu awak masih berkira – kira mahu belia atau tak . Tapi rugi kalau awak tak beli. Buku ni bagus dibaca. Sekejap, saya nak tengok buku ni jap” Lelaki itu mencapai buku di tangan Eriqa Ellen lalu pusing ke belakang.
Eriqa Ellen tidak nampak apa yang dilakukan oleh lelaki itu Cuma lengan kanan lelaki itu bergerak-gerak seperti menulis ataupun menyelak halaman buku itu. Mungkin mencari maklumat penting dalam buku itu. Dari gaya pakaian Eriqa Ellen dapat mengagak yang lelaki ini pasti dari golongan professional.
            Tidak sampai lima minit lelaki itu berpusing semula lalu  menghulurkan buku itu. Mata mereka berdua bertemu serentak itu masing-masing  mengukir senyuman bersama. Pada yang sama juga dada Eriqa Ellen berdebar kencang ketika menyambut buku itu. Wajah lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Eriqa Ellen terpesona seketika tatkala terlihat lesung pipit di pipi lelaki di hadapannya. Hatinya berbisik perlahan, kacak sungguh!
            “Jumpa lagi!” Lelaki kacak itu memberi salam bersama senyuman  terus berlalu keluar dari kedai buku POPULAR.
            Eriqa Ellen menjawab salam itu lambat-lambat dengan nada perlahan dan matanya hanya melihat lelaki kacak dan tinggi lampai itu berlalu pergi. Lelaki itu sempat berpaling ke arahnya sambil tersenyum. Eriqa Ellen rasa bersalah kerana berkasar tadi. Hmmm mesti dia ‘reject’ aku kan? Kalau dia berkenan pada aku, mesti dia dah bagi ‘business card’ ataupun minta nombor telefon.. Rasa menyesal bertindak kasar pasal buku. Ish, apaah aku ni, rengus Eriqa Ellen menyalahkan diri sendiri. Baru dia hendak menyelak kulit keras buku itu, dia perasan ada sekeping kad perniagaan dari dalam buku tersebut terus melayang jatuh di atas tapak tangan. Kad kecil itu dicapai dan ditatap tanpa berkeli-kelip. Biar betul?
           Adam Johan Johari
            Jurutera Teknologi Maklumat
Tiara Kings Holding
            Eriqa Ellen ingin menjerit kegembiraan di situ tapi ditahannya. Dia bagaikan tidak percaya melihat kad perniagaan ditangannya. Kad itu ditatap lagi. Lama. Dia terkaku seketika apabila terasa dirinya dipandang seseorang. Dia menoleh sebelah, di sebalik dinding lutsinar lelaki itu memandang dia sambil tersenyum. Eriqa Ellen terus menutup wajahnya dengan buku tebal itu. Malu! Tapi mahu! Lelaki itu berlalu bersama senyuman manis. Lelaki itu berpusing memandang dirinya sambil membuat isyarat telefon di telinga. Eriqa Ellen tersenyum lebar sambil menganggukan kepala. Adam Johan persis Daniel Wu, pelakon pujaannya!
            “Kalau nak telefon dia tak boleh hari ini. Nanti nampak sangat aku terdesak. Tunggu dua hari lagilah!” kata Eriqa Ellen seorang diri. Kad itu ditatap lagi bersama senyuman lalu disimpan ke dalam  dompetnya.
           Adam Johan, nama itu disebut perlahan. Saya sentiasa rindukan awak sampai bila – bila. Bukankah awak dah janji nak hidup dengan saya. Saya harap sangat syurga saya di bawah tapak kaki awak tapi apakan daya, jodoh kita tidak tercipta di Loh mahfuz, Eriqa Ellen bermonolog. Dia sedar ketentuan ini tidak boleh disalahkan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia percaya ALLAH akan menggantikan dengan yang lebih baik. Tapi bila? Siapa orangnya?
            “Ika, mari kita pulang nak” panggil seorang wanita berusia separuh abad dengan suara lemah. Wajah itu begitu sugul. Matanya bengkak selepas mengalirkan air mata sejurus menerima kematian tragis ini.
            Eriqa Ellen menoleh ke sebelah, Puan Hartina, ibu Adam Johan memandangnya dengan perasaan sayu. Mata Puan Hartina sembap dan bengkak. Hati si ibu lagi hebat sedihnya dengan pemergian anak lelaki tunggalnya. Semalaman dia melihat ibu tunggal ini menangis, meraung pilu dan berkali – kali pengsan dipangkuannya. Berita kemalangan yang dialami oleh Adam Johan sungguh menyayat hati. Hilux  yang dipandu tunangnya berlanggar dengan pemandu treler yang mabuk. Luluh hati Eriqa Ellen mendengarnya. Dia tidak sanggup melihat gambar kereta Hilux hancur remuk. Khabarnya kereta kesayangan Adam Johan masih tersadai di tepi jalan Hinai. Setiap berita kemalangan arwah tunang yang terpapar di akhbar mahupun televisyen tidak dibaca dan ditonton langsung. Semua akhbar dilemparkan. Eriqa Ellen tidak sanggup membaca berita itu. Dia juga dikhabarkan gambar kematian tragis tunangnya turut tersebar di internet. Itu membuatkan dia lebih sedih. Marah. Kecewa. Meskipun dia tidak melihat gambar – gambar kemalangan arwah tunangnya tetapi dia dapat merasakan  kematian Adam Johan di tempat kejadian sungguh menyayat hati. Ada beberapa orang saudara Adam Johan memberitahu, kemalangan itu sungguh mengerikan. Emak dan ayahnya yang melihat gambar kemalangan pun tidak sanggup memberitahunya. Eriqa Ellen tidak mahu mendengarnya daripada sesiapa. Gambar – gambar kemalangan Adam Johan pun dia tidak sanggup dilihat hingga sekarang.
            “Makcik, saya rindukan Johan. Rindukan dia sangat-sangat” luah Eriqa Ellen terus memeluk Puan Hartina seerat yang mungkin. Dia menangis di atas bahu ibu mentua tak jadi. Puan Hartina menepuk – nepuk lembut belakang Eriqa Ellen. Kemudian mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Wajah mereka berdua sudah basah dengan air mata. Kedua-dua menangisi pemergian lelaki yang sama.
            “Ye nak, makcik juga rindukan dia tapi apakan daya Allah lebih sayangkan dia. Kita sama – samalah doakan untuk dia di sana ya sayang” Puan Hartina menepuk – nepuk lembut bahu bakal menantu tak jadi.
            Eriqa Ellen mengangguk lemah. Dia kerling kiri kanan. Tinggal beberapa orang saudara mara keluarga terdekat Adam Johan. Mereka sedang berbual antara satu sama lain dengan mimik muka yang serius seperti membincangkan hal yang sangat penting yang pastinya kisah kemalangan Adam Johan.
            Puan Hartina masih berdiri di sebelah kubur anaknya. Dia belum bersedia meninggalkan pusara anaknya. Hatinya masih ditebak rasa sayu. Puan Hartina terlalu mengharap sangat Eriqa Ellen menjadi menantunya tapi sayang hajatnya tidak kesampaian. Sebetulnya Adam Johan adalah harapan keluarga yang merupakan satu – satu anak lelaki yang menjadi kepala keluarga setelah kematian suaminya tapi sayang kesampaian. Dia tiada lagi anak lelaki. Yang ada cuma dua anak perempuan yang masih belajar.
            “Makcik pun rindukan dia, Ika. Dia anak yang baik. Tapi Ika kena janji dengan makcik ya sayang” wajah Eriqa Ellen ditenung bersama deraian air mata sambil memegang kedua – dua pipi menantu tidak jadinya. Kepedihan yang dirasai cukup menggigit tangkai hatinya. Kesedihan yang masih dirasai masih belum berpenghujung. Dia juga tidak dapat membayangkan hari-harinya tanpa Adam Johan.
            “Apa dia makcik?” Eriqa Ellen memandang wajah mentua tak jadinya dengan perasaan sayu. Dia menanti apa yang bakal disampikan oleh Puan Hartina, wanita yang paling disayangi Adam Johan. Kata Adam Johan, mamanya adalah dunia akhiratnya dan pernah meminta dia memahami seandainya terjadi pernikahan antara mereka berdua nanti, izinkanlah dia lebih berbakti pada mamanya. Itu adalah amanah yang pernah diminta oleh arwah abah Adam Johan. Eriqa Ellen pasrah. Dia rela dan redha yang Adam Johan masih diperlukan oleh mama dan adik-adiknya. Namun begitu Adam Johan juga mengangkat sumpah dan janji yang dia juga wanita yang bertakhta dihati jiwa nuraninya.
            “Ika kena cari pengganti Johan ya.  Makcik nak Ika kahwin. Walaupun Ika tak jadi menantu Makcik, hubungan kita tetap tidak putus ya nak. Ika berhak bahagia sayang. Ika kena cari seseorang yang lebih baik dari Adam Johan” pujuk Puan Hartina dengan suara tersekat-sekat lalu memeluk bakal menantunya tak jadi erat – erat. Air matanya menitis lagi. Terkilan sungguh hatinya bila tidak dapat bermenantukan Eriqa Ellen. Wanita yang baik hati dan lemah lembut menurut pandangannya.
            Kata-kata itu sedikit sebanyak menyentap hatinya. Dia mula kehilangan arah. Mencari pengganti Joe? Tidak semuda itu? Tidak semudah mana-mana lelaki memasuki hatinya ketika dia berada dalam kesedihan ataupun baginya berkabung.
            Puan Hartina cuba mengukir senyuman namun payah sambil menepuk-nepuk lambut tangan kanan Eriqa Ellen yang mulus. Padanya, Eriqa Ellen amat layak menjadi menantunya dan dari sudut hati keibuannya, Eriqa Ellen adalah wanita yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup Adam Johan. Sayang sekali, Eriqa Ellen bukan untuk Adam Johan. Ketentuan ini pada mulanya amat berat untk diterima. Selama ini Adam Johan adalah ketua keluarga setelah kematian suaminya 8 tahun yang lepas. Adam Johan bertungkus lumus memastikan kesempurnaan keluarganya.
            Eriqa Ellen memejamkan mata. Sukar untuk dia pengganti Adam Johan. Hatinya hanya untuk arwah sahaja. Dua orang adik perempuan arwah terus mendapatkan mereka berdua dan terus berpelukan bersama tangsian yang panjang. Pilu menghambat suasana.
            “Kak Ellen, jangan lupakan saya. Kak Ellen dah macam kakak kandung saya. Saya dah tak ada abang jadi Cuma akak dan mama sahaja yang saya ada” kata Nisha tersekat – sekat. Wajahnya sudah lebur dengan air mata. Dia kehilangan lelaki yang paling dia sayang.  Bukan sahaja seorang abang yang bertindak seperti seorang ayah tetapi teman gaduh yang selalu menyakatnya. Eriqa Ellen sedar betapa akrabnya hubungan Adam Johan dengan dua adik perempuannya.
            Eriqa Ellen menyeka air mata Nisha  “Kita tetap berhubung sayang. Hubungan kita tak akan putus. Akak tetap jadi kakak Nisha dan Nina sampai bila-bila” kata Eriqa Ellen bersungguh – sungguh. Dia seolah –olah rasa bertanggungjawab terhadap dua adik ipar tak jadinya. Pemergian Adam Johan membuatkan hatinya gusar. Bagaimanalah kehidupan Makcik Hartina dan dua anak gadisnya nanti. Mereka tiga beranak sudah hilang tempat bergantung. Puan Hartina akan kembali menerajui firma  yang ditinggalkan oleh arwah suami dan anak sulungnya. Puan Hartina juga bukan calang – calang wanita yang juga  berkelulusan  seni lukis dari luar negara. Selalu dia berkunjung ke rumah Puan Hartina dan acap kali dapat melihat Puan Hartina melukis di kala lapang waktu.
            Dua beradik itu mengangguk serentak lalu memeluk kembali kakak ipar tak jadinya dengan lebih erat. Mereka bertiga menangis  bersama sambil disaksikan oleh Puan Hartina yang tersenyum hambar melihat. Dia tahu Eriqa Ellen tidak akan melupakan mereka bertiga. Dia yakin yang Eriqa Ellen akan sentiasa mengunjungi mereka bertiga seperti dulu.
            Eriqa Ellen memimpin tangan Puan Hartina menuju ke pintu keluar kawasan perkuburan Islam. Di luar kawasan perkuburan dua orang anak gadis menanti dengan persaan sayu. Nisha, adik bongsu masih menangis di bahu kakaknya,Nina. Nisha amat manja dengan abang longnya malahan Adam Johan yang menanggung semua perbelanjaan pengajian dua adiknya di Universiti. Nisha dan Nina teruk memeluk Eriqa Ellen. Mereka bertiga menangis bersama. Tangisan mereka berlalu bersama angin senja.
            Beberapa orang kenalan rapat dan rakan sekerja arwah Adam Johan yang dikenali Eriqa Ellen memandang dengan perasaan sayu. Ada yang datang menghampiri memberi kata – kata semangat dan mengucap takziah.  Eriqa Ellen dan Puan Hartina sekadar mengangguk lemah. Tidak terdaya untuk mengucap sebarang kata – kata. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu dibalas mereka berdua.

            Sebelum melangkah keluar dari kawasan perkuburan, Eriqa Ellen sempat menjengah ke belakang. Melihat dari jauh kubur yang masih merah itu. Hatinya masih diruntun hiba. Sayu bila semakin jauh dari pandangan.

Air Doll




Sebuah filem lakonan Bae Donna dari Korea Selatan sebagai patung seks. Filem Jepun ini bukan filem seks sebaliknya filem berat yang mengangkat kemanusiaan dan kemasyarakatan. Patung seks dihasilkan bagi memenuhi kepuasan seseorang lelaki tetapi dalam filem fantasi ini Nozomi, patung seks yang dijaga, dibelai, disayangi oleh seorang lelaki pertengahan usia iaitu Hideo sebenarnya hidup pada waktu siang.
Nozomi menyelami kehidupan manusia dengan rasa gembira, bergaul dengan masyarakat serta menikmati keindahan muka bumi ini namun sayang dia tidak boleh makan dan minum. Nozomi, patung yang mempunyai hati dan perasaan menjaga seorang lelaki tua yang sakit, bekerja di kedai VCD/CD, gemar melukis dan mengait akhirnya patuh hati dan keceewa.
Taukeh kedai tempat dia bekerja mengambil kesempatan terhadap dirinya, Hideo membeli patung lain setelah dirasakan Nozomi tidak diperlukan. Lebih menyedihkan Nozomi, dia ke tempat patung dihasilkan. Dia dapati patung yang tidak berguna lagi akhirnya dicampak ke tempat pembuangan sampah. Lebih meluluhkan hati Nozomi, Junichi, lelaki yang disukainya akhirnya mati.
Nozomi, patung yang memiliki impian dan harapan dalam hidupnya.

4.5/5 Bintang. Ada sesiapa yang sudah tonton filem ini?

Spider-Man:Homecoming.


4/5 Bintang.




Bila lelaki comel yang jadi Spiderman merampas perisai Captain America dalam Civil War, saya harap sangat lelaki comel tu dalam Spiderman yang seterusnya.
Tom Holland ada iras Tobey Macguire dan David Mazazou yang jadi Batman dalam Gotham. Sebenarnya bila tonton filem ini kita lupa Tobey Mcguire dan Andrew Garfield juga Spiderman. 
Filem lakonan Tom nampak segar. Tony Stark mendidik Peter jadi penyelamat di kawasan kejiranan tetapi jiwa remaja Peter memberontak mahu menyertai Avenger serta menyelamat atau melindungi sesuatu yang lebih besar namun keinginannya memakan diri sendiri.

Filem ini kelihatan kemas walaupun CGI sangat melampau juga bagi saya. kadang-kadang kelihatan kartun. Bagi saya ini percubaan Tom sebagai Spiderman namun persembahannya tidak mengecewakan. Serius, saya duudk tonton, saya sentiasa tertunggu-tinggu kemunculan Tony Starks yang juga Iron Man. 

Bagi saya bolehlah Tom Holland jadi Spider Man.