Thursday, August 3, 2017

Roti Bakar Daging BerkejuGoreng






Goreng Daging hancur atau daging burger sehingga masak




Cara-caranya

1. Pecahkan telur dua biji dan pukul hingga rata.

2. Goreng daging burger atau daging hancur hingga masak

3. Letak sedikit daging yang dimasak di atas roti kemudian kepingan keju di atas daging kemudian tutup dengan roti.

4. Roti tersebut di celurkan ke dalam telur hingga rata

5. Kemudian goreng hingga masak.

6. Makan dan rasailah keju dan daging yang sedap itu.

Filosofi Kopi



Filem dari seberang  ini di adaptasi dari buku tulisan Dee Lestari. Ben dan Jody merupakan sahabat lama yang mencintai kopi lalu membangunkan kedai kopi kecil di tengah kota. Kedai kopi tersebut adalah peninggalan ayah Jody. Ben merupakan barista yang hebat membancuh kopi. Dia terlalu arif, mahir dan pakar dalam menilai estetika kopi dengan rasa dan bau. Jody pula seorang peniaga yang amat mementingkan belanjawan, keuntungan, bajet dans egala-galanya agar kedai kopinya tidak rugi.  sementara kedai tersebut sendiri  adalah warisan ayah Jody. Ben telah tinggal selama 18
Setelah ayahnya meninggal, barulah Jody mendapat tahu yang ayahnya memiliki hutang hingga ratusan juta. Tuntutah hutang-hutang ayahnya membuatkan Jody kebingungan. Hanya satu jalan untuk menyelamatkan kedai kopi adalah dengan kepakaran Ben membancuh kopi. Mereka berharap bancuhan kopi dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Mereka berdua mengambil risiko dengan membeli kopi yang paling enak dengan bidaan yang tinggi. Ben yakin kopi yang di belinya akan memberikan untung dan pulangan modals erta membayar hutang peninggalan ayah Jody. Ben Berjaya menemui resipi kopi yang dinamakan perfecto. Kopi itu membuatkan lebih ramai pelanggan dating untuk mencuba sehinggala muncul wanita penggila kopi yang memberitahu Perfecto tidak mampu menyaingi Kopi Tiwus yang dicicipnya di jawa Tengah.
Ben rasa tercabar dan terguris dengan penilaian wanita yang baru dikenalinya. Ben membuat keputusan mahu ke Jawa tengah untuk melihat dan merasai kopi Tiwus itu.


Bagi saya ia sebuah filem yang enak seperti kopi. Saya rasa pencinta kopi akan memahami akan jalan cerita dan kehendak filem yang mahu di sampaikan. Saya rasa bukan pencinta kopi mungkin merasakan filem ini tawar dan pahit. Saya suka latar belakang filem ini. Dua watak utamanya begitu sesuai dan mengena anatara dua sahabat baik ini. Tiada unsur percintaan seperti filem-filem cinta yang lain Cuma Jody mungkin tersuka dengan keperibadian El yang begitu faham akan kopi di seluruh dunia.

Burgerro



Selasa lepas, saya di ajak kawan makan burger untuk inum petang di Semabok Dalam. Burgerro buka pada pukul 6 petang gingga lewat malam. Kedainya senang je nak cari. Kalau ke Duyong akan jumpa simpang tiga. Masuk susur kiri akan jumpa gerai tersebut di tepi jalan sebelah kiri. Senang saja cari.

Berbalik pada burgerro. banyak burger yang disediakan.selain burgerro iaitu burger tower,  burger cincang, dan burgerro combo. Selain burger ada juga roti john, benjo.

Kesimpulannya, burgerro memang sedap. 4/5 bintang

Cinta Takkan Berakhir

Bab 2



Hujan di luar sedang menggila membasahkan tanah. Hujan lebat itu belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Di satu sudut bilik, seorang wanita muda menangis teresak-esak. Dia menariks edikit kain jendela, melemparkan pandangan di jendela dari tingkap kaca. Lama. Tidak lama kemudian dia tertawa menggila-ngilai dengan sekuat hati.
            “Aku puas! Puas! Hahahhaha kau dah mati! Mati!’ perempuan muda itu terjerit-jerit pula seperti melepaskan sesuatu yang sekian lama terbuku di dada.
            “Kau tahukan aku memang sukakan kau! Cintakan kau! Aku serahkan segala-galanya tapi kau suka perempuan lain. Perempuan tak guna! Tak guna!” perempuan cantik itu menarik-narik rambutnya yang panjang menggurai. Dia menekupkan wajahnya dengan tapak tangan. 
            “Aku cintakan kau Joe. Aku tinggalkan dia sebab kau!: wanita itu  menarik bantal lalu dipeluknya sekuat hati. Dia terlalu rindukan lelaki itu. Dia pernah berada di sisi Joe saat susah dan senang.
Beberapa minit kemudian, dia terdiam seperti memikirkan sesuatu kemudian tersenyum.
“Dia? Dia masih hidup lagi. Sebab kau juga Joe tak mahu terima aku. Kau kawan dunia akhirat Joekan? Joe tinggalkan aku sebab nak jaga hati kau. Jantan keparat!!!!” Dia menjerit sekuat hati dan perasannya. Kedua-dua kakinya menghentak-hentak lantai. Dia  kegeraman bila terbayangkan satu wajah yang tak pernah dilupakan.
“Dia masih hidup!”
Wanita itu bingkas bangun lalu menuju ke meja solek. Dia memandang wajahnya. Lesu. Pucat. Sembap. Wajah ini selalu menjadi perhatian lelaki. Dia selalu di puji kerana wajahnya yang cantik. Lembut dan ayu. Di cermin solek itu dia memperbetulkan rambutnya kemudian menyikat agar nampak kemas. Tangannya mencapai tisu basah lalu mengelap keseluruhan wajahnya. Bersih dari air mata. Kemudian dia mengukir senyuman. Senyuman itu dilihatnya biasa. Dia melebarkan senyuman. Baru kelihatan manis. Tidak cukup itu dia melebarkan senyuman hingga menampakkan barisna gigi. Dia  kelihatan ceria.
“Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing. Joe boleh cari, takkan kau tak boleh aku carikan?” Dia seperti  berbual dengan dirinya sendiri melalui cermin.
“Aku tahu kau ada di Malaysia. Bumi Malaysia ni kecik je di mata aku tau!”kemudian dia tertawa kuat.
Dia menghembuskan nafas seperti mahu mencari kudratnya sendiri. Dia tidak mahu selamanya begini. Kekecewaan harus di ubati. Penderitaaan harus di balas! Joe telah pun tiada. Selama ini tak seorang pun tah yang dia mengintip Joe dari jauh. Setiap masa dan setiap hari dia akan mengintai  Joe melalui media social. Hatinya sakit bila melihat gambar-gambar kemeraan Joe bersama tunangnya.
“Erika Ellen” dia menyebut nama itu dengan senyuman sinis.
Bukan Joe saja menjadi intipan malahan tuning lelaki itu pun di intai dari jauh. Pernah juga dia buat-buat berlaha bahu di satu majlis pelancaran majalah, Erika Ellen hanya tersenyum sambil meminta maaf. Dia rasa tercabar. Rasa cemburu. Wanita itu sangat polos dan berhemah. Rata-rata memuji Erika Ellen sebagai wanita yang hebat mengendalikan majalah paling laris di Malaysia. Wanita tidak berhak merasai cinta dan saying dari lelaki yang di cintai bertahun-tahun lamanya. Dia ingin melihat Erika Ellen menderita sama seperti dirinya. Dia tertawa lagi,”Sekarang kau rasa macam mana rasanya hilang lelaki yang kau cintakan itu”
Dia berjeda sambil merenung dirinya di cermin.
“Kita akan berjumpa sayang!” dia tersenyum manis melihat wajahnya di pantulan cermin jernih.
Dia berpusing lalu mencapai telefon bimbit. Dia menekan-nekna butang lalu menghubungi seseorang.

“ Beb, aku nak jumpa kau sekarang!”