Saturday, August 5, 2017

Cinta Takkan Berakhir

Bab 3


Pintu kondominium bernombor 213 diketuk bertalu – talu. Mahu pecah pintu diketuknya bila salamnya tidak disahut. Alina mendengus berkali-kali sambil menggosok-gosok bawah hidungnya. Puas dia memberi salam. Rasa – rasanya sudah lebih tiga kali tapi tiada sahutan. Dia tahu kakak sepupunya ada di dalam. Sudah berminggu – minggu kakak sepupunya terkurung dalam rumah.. Entah hidup, entah mati. Seriau juga bila salamnya tidak dijawab. Dia terjengah – jengah di celah – celah gerigi tingkap yang tertutup rapat. Tidak ada bayang – bayang ataupun sebarang bunyi. Alina yakin Eriqa Ellen masih ada di dalam rumah bila dia terlihat Suzuki swift kesayangan kak Ika masih di dalam garaj kereta di bawah tadi.
            “Kak Ika! Kak Ika, bukalah pintu!” Alina melaungkan suaranya dengan sekuat hati. Dia tidak peduli kalau jiran – jiran lain mendengarnya. Lantaklah, yang penting aku tahu kak Ika masih ada di dalam.
            Tidak cukup dengan ketukan pintu, Alina menendang – nendang daun pintu sekuat hati. Dia mahu bersemuka dengan kakak sepupunya hari ini juga. Seluruh ahli keluarganya risaukan kak Ika. Sudahlah tidak mahu pulang ke kampung alih – alih terus membawa diri ke Homestay milik keluarga kak Ika. Nenek di kampung sudah bising. Membebel tidak tentu hala. Gara – gara Kak Ika mengasingkan diri, hampir semua ahli keluarga disalahkan. Pak Ngah dan Mak Ngah lagilah puas dibebelkan oleh nenek. Bukan Pak Ngah langsung tidak ambil berat perihal anak sulungnya tetapi Kak Ika suka membawa diri. Suka mengasingkan diri. Suka menyepi.
            Baru dia hendak mengetuk muka pintu kayu yang entah kali ke berapa, terjengul muka Eriqa Ellen di muka dengan muka sembap. Mata Eriqa Ellen juga nampak bengkak, pasti berhari – hari menangis teringatkan arwah Adam Johan. Wajah Eriqa Ellen jauh berbeza jika dibanding dulu. Kini Eriqa Ellen semakin kurus dan muka nampak cengkung! Hilang pipi tembam kak Ika! Ini mesti hari-hari terkenangkan abang kacak tu! Alina mengeluh berat bila melihat keadaan Eriqa Ellen yang tidak terurus.
            “Buka pintu kak. Orang nak masuk! Hari ni orang nak tidur kat sini, nak temankan akak” selamba muka Alina memberitahu. Tangannya terus mencapai sebuah beg  sandang dan sebelah lagi beg  tangan disangkut atas bahu kiri. Dia menanti pintu grill dibuka. Sudah lama dia tidak ke sini.
Eriqa Ellen terus membuka kunci dan membuka pintu grill dengan luas. Tiada senyuman atau pelukan yang biasa dilakukan setiap bertemu. Alina tidak berkecil hati. Dia tahu situasi yang menimpa kakak sepupunya itu. Hati mana yang tidak parah bila tunang meninggal dunia dengan keadaan  yang menyayat hati. Kalau dia di tempat kak Ika pun memang dia boleh jadi orang gila. Apa tidaknya kehilangan orang yang dicintai saat – saat hari pernikahan. Tengok gambar-gambar kemalangan Adam Johan pun dia tidak sanggup!
            Alina membawa masuk begnya ke dalam. Dia melihat wajah kakak sepupunya kusam dan tidak bermaya langsung. Eriqa Ellen tidak bercakap apa sebaik sahaja menutup pintu. Alina  terus membawa beg ke dalam bilik yang biasa dia tidur. Kemudian Alina terus merebahkan tubuhnya di atas sofa empuk. Eriqa Ellen mengambil tempat di sofa sebelah. Alina sudah biasa ke sini bersama adik – adik kak Ika termasuk juga sepupu – sepupu yang lain. Di sini mereka akan bercanda riang kalau mahu menghabiskan masa bersama. Menonton drama korea atau VCD bersama – sama kemudian akan membeli belah di sekitar bandar Hilir ataupun menghabiskan masa di pantai tanjung Puteri ataupun Klebang. Waktu petang kerap kali mereka akan menghabiskan masa bersama dengan menikmati coconut shake di Klebang.
            “Kak, betul ke kau dah berhenti kerja?” tanya Alina untuk meminta kepastian meskipun dia diberitahu oleh Mak Ngah beberapa hari yang lepas di rumah nenek. Mak Ngah selalu bertandang ke rumah nenek bertanya khabar nenek. Sekarang dia mahu tahu perkara sebenar dari mulut kakak sepupunya. Apakah benar kakak sepupunya sudah tidak lagi menjadi Editor majalah terkemuka GAYA? Oh sayang sekali kalau dilepaskan begitu sahaja. Di luar sana ramai yang mahu memegang jawatan itu. Dia selalu membayangkan betapa hebat nya wanita bernama Eriqa Ellen yang pastinya dikagumi ramai.
            “Dah lama dah, sebelum arwah abang Joe meninggal akak dah berhenti kerja” jawab Eriqa Ellen tanpa memandang Alina yang  terus duduk di sebelah kakak sepupunya. Suaranya perlahan seperti dengar tak dengar tetapi Alina mendengarnya dengan penuh teliti. Dia memandang muka Eriqa Ellen. Segala yang ada pada Eriqa Ellen masih Nampak sedih. Tingkah kakak sepupunya juga kelihatan tidak bermaya. Tidak berdaya langsung.
Eriqa Ellen menguak anak rambut ke belakang. Dia tidak menoleh ke muka Alina langsung. Kalau boleh dia tidak mahu seorang pun ahli keluaga melihat kesedihan yang dialaminya. Eriqa Ellen berhenti kerja sebab mahu menumpukan pada keluarga yang bakal dibina tapi sayang tidak menjadi dan juga mahu menumpukan pada perniagaan yang baru dibuka iaitu Kafe Buku Ika yang baru beberapa bulan beroperasi.
            “Sayangnya! Akak tak menyesal ke? Bukan ke Editor tu cita – cita akak sejak sekolah lagi? Akak tak sayang ke? Akak nak tumpukan pada Kafe buku akak sahaja?” bertalu-talu Alina bertanya
Alina rasa ralat bila mendapat tahu dari Mak Ngah yang memberitahu Eriqa Ellen sudah meletakkan jawatan dari syarikat penerbitan terkemuka. Beberapa orang rakan Alina pernah berangan mahu memegan tampuk Editor majalah GAYA! Meskipun Eriqa Ellen memegang jawatan idaman ramai wanita, dia tetap dengan gaya bersahaja dan tidak tergila-gilakan barang berjenama walaupun selalu ke luar negara atas urusan kerja.
            “Entahlah Alin. Akak tak tahu nak buat apa sekarang? Segala yang berlaku terlalu cepat. Apa yang akak harapkan hilang begitu sahaja. Akak buntu sekarang ni” luah Eriqa Ellen sambil memegang kepalanya. Dia tidak tahu apa yang harus direncanakan selepas ini. Fikirannya kosong juga buntu. Dia tidak mampu berfikir apa-apa sekarang ini. Di kepalanya sarat dengan kenangan bersama Adam Johan. Itu yang mampu mengubati hati laranya.
            “Kalau pasal Kafe Buku akak, akak jangan risau, saya akan bantu tengok-tengokkan kafe akak tu. Pak Ngah pun ada mintak orang tolong akak di kafe buku tu” tambah Alina tanpa memandang muka Eriqa Ellen. Buat masa ini dia cukup selesa bekerja di kafe buku milik Eriqa Ellen.
Kafe Buku dibangunkan sewaktu Eriqa Ellen masih menjadi Editor. Di Kafe Buku,  Alina lebih banyak membuat kerja stok dan juga mengendalikan laman web kafe buku yang semakin hari semakin ramai pengunjung. Malahan Kafe Buku juga menerima tawaran mana-mana penulis yang mahu menjadikan kafe buku tersebut sebagai tempat promosi buku. Sesekali bila ada majlis penulisan Alina juga turut serta sekadar mendengar tentang dunia penulisan dan sastera.
            “Kenapa akak berhenti? Takkan akak berhenti macam tu saja?” tanya Alina yang masih ingin tahu. Tidak mungkinlah hanya kerana mahu bernikah, Kak Ika terus berhenti kerja. Mesti ada sebab lain. Huh kak Ika pun bukan suka sangat bercerita itu pun bila dipaksa baru buka mulut. Kalau tidak jangan haraplah!
            Eriqa Ellen tidak terus menjawab sebaliknya diam seketika. Editor majalah adalah cita – citanya sejak zaman sekolah lagi. Memang dia berusaha dari bawah untuk menjawat jawatan popular itu. Bila dia terpilih mengendalikan majalah sekolah, dari situ dia menanam minat untuk bekerja dengan penerbitan majalah. Malahan dia dapat bekerjasama dengan Editor terkemuka iaitu Iman Sofea dalam mengendalikan majalah GAYA.
Dari zaman sekolah juga dia sudah berjinak – jinak membaca majalah Eh!, InTend, Nur, Cosmopolitan dan sebagainya. Malah dari situ juga dia mula menulis sambilan untuk majalah – majalah yang memerlukan penulis luar. Di zaman persekolahan dan awal remaja, dia banyak menulis tentang gejala sosial yang semakin meningkat sehinggakan mampu member kesan yang negatif. Tentetan dari situ, dia cuba memberanikan diri menulis pelbagai perihal dunia dari segi ekonomi, keagamaan, kisah wanita dan lelaki dan sebagainya yang memerlukan dia banyak membaca dan menonton televsiyen. Sekarang menyesal atau tidak, itu belakang kira. Apa yang pasti dia mahu melupakan itu semua. Dia mahukan ketenangan. Mahu mencari dirinya semula setelah pemergian Adam Johan. Dia ada rancangan lain selepas ini. Dia juga mahu keluar dari kesedihan ini. Mesti! Dia manusia yang perlu mengharungi cabaran. Meksipun beberapa kali gagal mencapai cinta, itu bukan penamat hidup namun setiap masa dia tewas juga.
            “Akak dengar tak orang tanya ni?” desak Alina sambil menolak bahu Eriqa Ellen apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dari kakak sepupunya yang masih kaku pandangannya.
            Eriqa Ellen memandang sekilas adik sepupunya, “Akak dengarlah ni. Entahlah. Memang dah berhenti tapi akak masih menulis untuk ruangan Dari Penulis. Ikutkan Puan Halizah tak benarkan akak berhenti. Yelah, masa tu, akak buat keputusan mahu pindah ke Melaka semula. Arwah abang Joe  pun cadang nak buka cawangan firma di Melaka. Tapi semuanya tak menjadi jugak” suaranya di akhiri dengan rasa sebak. Air mata menitis juga. Dia mengesat sisa – sia air mata dengan tapak tangan kemudian terasa hidungnya mula berair. Dia terus mencapai tisu di atas meja sebelah sofa. Dia mengelap wajahnya yang sentiasa basah dengan air mata. Bukan itu sahaja arwah Adam Johan juga sedang berurusan jual beli  Kondominium mewah di Pantai Puteri tetapi akhirnya tidak menjadi bila Adam Johan pergi selama-lamanya. Kondominium mewah itu khabarnya kembali semula kepada pemilik asal. Khabarnya, pemilik asalnya bermastatutin di Perancis.
            Alina memandang wajah lembut Eriqa Ellen. Dia akui Eriqa Ellen tersangat manis dengan kelembutan serta memiliki senyuman yang menawan. Orangnya juga pendiam dan sukar bergaul dengan orang baru tetapi sejak Eriqa Ellen bekerja dengan syarikat penerbitan, sedikit sebanyak sikap Eriqa Ellen mula berubah jadi peramah dan mesra. Tuntutan dan tanggungjawab Editor memerlukan dia ke sana ke sini bertemu dengan pelbagai ragam manusia termasuk selebriti dan tokoh politik juga orang-orang awam.
            Eriqa Ellen mengeluh berat, “Cukuplah lima tahun akak jadi Editor. Letih! Ramai yang berangan mahu jadi Editor. Sampai tikam kawan dari belakang. Jadi sudah masanya akak berundur. Biarlah orang lain pegang jawatan idaman ramai tu” nada suara Eriqa Ellen seperti sediakala. Suaranya nampak tenang. Cukuplah dia berkelana di Kota Metropolitan. Selama lima tahun dia begitu jarang mengambil cuti cuma hujung minggu dia rajin pulang ke Melaka.
            “Sampai macam tu sekali?”muka Alina berubah jadi terkejut.
            “Entahlah Alin, akak tak kuasa nak layan orang macam tu. Nak sangat jawatan akak, akak bagi sajalah. Akak  nak tumpukan pada kafe buku lepas ni” jawab Eriqa Ellen dengan suara mendatar, antara dengar tak dengar. Wajahnya ada riak kecewa. Dia tidak bgerdendam tapi yakin orang yang menikam dia dari belakang akan menerima balasan. Dia percaya. Dunia ini berputar malahan buat jahata kan dibalas jahat!
            Alina sedikit terkejut terus menepuk – nepuk bahu kakak sepupunya, “ Ini takdir kak. Sudah tertulis di Loh Mahfuz. Kita kena terima apa yang sudah tertulis sejak kita dalam alam rahim lagi. Kena ingat kak, setiap apa yang berlaku ada hikmahNYA. ALLAH nak ambil nyawa seseorang pun DIA ada alasan tersendiri. Dan kita sebagai hambaNYA kena redha”pujuk Alina.
            “Akak tahu…tapi akak sayang sangat abang Joe. Dia lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup akak. Dia selalu nasihatkan akak. Ingat akak tentang solat, agama dan segala – galanya. Dia tak pernah sakiti hati akak. Dia sangat sabar dengan akak, Alin. Akak sangat cintakan dia, Alin!” tangisan Eriqa Ellen mula bergema. Kedua – dua bahunya terhenjut – henjut menahan tangis. Bila nama Adam Johan disebut dia mudah menangis. Hatinya dipagut rasa sayu bila nama Adam Johan disebut. Lelaki itu bagaikan ada di sisinya seperti selalu tetapi sekarang tidak lagi. Pemergian Adam Johan secara tiba-tiba bagaikan di sambar helang.
            “Akak, kita tak boleh salahkan takdir. Ya, benar abang Joe memang lelaki yang sangat baik. Terlalu baik dan juga kacak walaupun tak macam lelaki korea”akui Alina lalu bersandar lalu menjeling Eriqa Ellen yang hanya diam membisu. Barangkali sedang berfikir kemudian memandang Alina membalas jelingan Alina.
            “Jantan Korea je yang kau tahu, jantan Melayu pun kau dah tak kenal agaknya” Eriqa Ellen mengumam lalu menjeling lagi. Dia mengesat hidung yang berair dengan kasar. Hendak juga dikaitkan dengan lelaki Korea. Walaupun Adam Johan persis cina tetapi tidaklah bermata sepet macam lelaki Korea!
            Alina ketawa mengejek. Dia sengaja mahu membangkitkan suasana agar menjadi lebih hangat. Dia juga mahu mengembalikan semula ‘diri’ Eriqa Ellen yang hilang. Dia tahu Eriqa Ellen akan kembali bangkit tetapi mengambil masa yang agak lama. Mengambil masa yang lama untuk mengubati hati yang terluka.
            Alina terbayang raut wajah tenang Abang Adam Johan yang hampir – hampir menjadi abang sepupunya. Lelaki itu bukan sahaja kacak, berkarisma tapi amat mesra dan kelakar dengan semua orang. Memang kontra dengan kak Eriqa Ellen yang pendiam dan perahsia. Semua ahli keluarga menyukai Adam Johan yang baik hati dan ringan tulang malah nenek juga amat menyenangi Adam Johan yang pandai mengambil hatinya. Kalau Adam Johan datang ke kampung, Adam Johan akan melayani dan menggembirakan hati nenek. Kadang –kadang Adam Johan akan menawarkan diri membantu makciknya memasak di dapur. Malahan boleh juga berkebun, memetik  buah-buah, memanjat pokok kelapa. Boleh buat itu dan ini. Pendek kata Adam Johan  boleh dibawa ke tengah ke tepi! Tidak kisah jika diminta tolong untuk apa sahaja perkara. Malahan adam Johan seperti seorang abang terhadap adik-adik sepupu Eriqa Ellen.
            “Kak, mungkin ALLAH nak temukan akak dengan lelaki yang lebih baik. Rencana ALLAH lebih baik dari rancangan kita, kak. Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kita nanti” ujar Alina perlahan – lahan. Suaranya seperti memujuk malahan boleh dikatakan meninggatkan Eriqa Ellen agar tidak terus menerus melayani perasaan sedih.
            Ada rasa takut untuk meluahkan kata – kata itu.  Bimbang jika Eriqa Ellen tidak boleh menerima. Adakah kak Ika mudah menerima lelaki selepas kematian abang Joe? Sebelum ini pun, Kak Ika hendak menerima abang Joe pun mengambil masa yang lama. Bukan senang hendak ambil hati Kak Ika yang mudah naik angin dan suka mengasingkan diri. Puas juga Adam Johan mengikut rentak Eriqa Ellen.
            Eriqa Ellen memandang Alina dengan perasaan sayu. Matanya masih berair kemudian mengeluh memandang jendela yang menampakkan lautan luas di Pulau Melaka. Jodoh dengan lelaki lain? Berat untuk dia menerima orang lain selepas Adam Johan. Adakah lelaki itu nanti sebaik Adam Johan? Gusar Eriqa Ellen memikirkannya. Setakat ini lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, Adam Johan yang terbaik. Lelaki ini tiada tandingan baik dan sikapnya.
            “Entahlah. Setakat ini Adam Johan adalah lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup akak. Akak sayang dia sangat – sangat. Susah nak lupakan dia. Bukan senang!” luah Eriqa Ellen dengan mata separuh tertutup sambil memeluk bantal sofa. Dia mengetap bibir sekuat hati. Sukar untuk dia membuang kenangan bersama Adam Johan. Susah! Susah senang dan tawa duka, Adam Johanlah orang pertama yang hadir di sisinya.
            Alina terdiam. Bahkan dia pernah putus cinta pun berkurung dalam bilik berbulan –bulan lamanya, inikan pula yang kehilangan tunang tersayang dalam sekelip mata. Hanya tinggal beberapa hari sahaja kak Eriqa Ellen dan abang Adam Johan akan menjadi pasangan suami isteri. Tapi sayang ALLAH penentu segalanya. Dia yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ujian sedih yang datang adalah tanda ALLAH menyayangi hambaNYA.
            “ kak, kau dah makan?” tanya Alina. Dari ruang tamu dia dapat melihat dapur kelihatan bersih dan kemas. Cuma atas meja makan berlambak cawan kosong, biskut kering dan roti potong. Takkanlah Kak Ika makan roti dan biskut kering? Alina menggaru – garu kepalanya. Matanya terlihat sebungkus beg plastic Nescafe di atas meja yang sama. Alina menggelengkan kepala, ini mesti hari – hari minum Nescafe ni?
            “Belum”perlahan suara Eriqa Ellen memberitahu. Wajahnya masih dihalakan ke jendela. Seperti merenung sesuatu. Alina turut menjengah. Tiada apa pun yang menarik melainkan awan mendung berarak perlahan  dan kelihatan laut yang luas terbentang. Tahulah Alina yang Kak Ika  memang sukakan ombak dan pantai. Malahan dapat pahala jika memandang laut.
            Alina mengitari ruang legar ruang tamu yang masih seperti dulu. Dekorasi dan susunan atur rumah persinggahan keluarga kak Eriqa Ellen memang cantik. Keluarga Pak Ngah lebih sukakan perabot dan kelengkapan kayu jati. Apa tidaknya Mak Ngah memang cerewet memilih barang – barang perhiasan. Kata Mak Ngah biar mahal asalkan tahan dan berkualiti. Di rumah ini, tiada barang – barang bersepah Cuma ada beberapa buah majalah terdampar di atas permaidani. Terdapat juga beberapa buah novel Inggeris bersusun dan cuma sebuah sahaja masih terbuka. Mungkin Kak Ika sedang menghabisi novel itu. Itulah rutin harian kak Ika. Baca! Baca! Sifat itu dipercayai diwarisi oleh pak Ngah. Alina memang faham benar tabiat Pak Ngah yang sukakan buku. Jadi Kak Ika lah yang mewarisi tabiat itu. Adik beradik kak Ika tidak pula minat membaca.
            “Kak, kau sembahyang tak?” tanya Alina terus menerus pandang muka Eriqa Ellen.
            “Sembahyanglah….” Sahut Eriqa Ellen acuh tak acuh sambil menjeling. Apa, dia ingat aku tengah tidak waras, aku lupa perkara wajib ke? Eriqa Ellen mendengus perlahan. Kalau ikutkan hati mahu saja dia  luku kepala Alina bertubi-tubi.
            Alina menoleh sekilas. Dia faham perasaan kak Ika bila ditanya sebegitu. Dia sekadar  bertanya sahaja. Bukan apa, kadang kala bila berlaku hal sebegini, manusia akan alpa sehingga melupakanNYA.
            “Kak, kalau kau selalu teringatkan abang Johan, jangan lupa ALLAH…” selamba Alina meninggatkan dengan suara perlahan.
            Eriqa Ellen terus menoleh ke muka Alina, mukanya sedikit berubah lantas cuba mahu mencubit tetapi Alina berjaya mengelakkan diri. Eriqa Ellen terus tersandar. Kepalanya  sedikit didongakkan, pandangannya meghadap siling. Alina kembali duduk di sebelah kakak sepupunya.
            “Kak, jom kita pergi shopping nak tak? Lepas tu kita pergi makan kat restoran Windmill. Laparlah” Alina mengusap – usap perutnya yang leper. Alina sengaja buat mimik muka macam orang lapar yang tidak pernah jumpa makanan.
            Eriqa Ellen memandang Alina kemudian menjeling, “Malaslah! Pergilah Alin sorang!” Eriqa Ellen menolak lembut bahu Alina. Tiada daya untuk melangkah lebih jauh. Dia seakan hilang kudrat untuk meneruskan hidup ini.
            Eriqa Ellen mencapai majalah, sengaja menyelak – nyelak tanpa membacanya. Dia malas hendak keluar rumah. Belum bersedia berhadapan dengan keluarga dan juga beberapa kenalan yang  menelefon dan membeir SMS tetapi satu apa pun Eriqa Ellen tidak menjawab. Rasa sedihnya belum hilang sudah di ajak bergembira oleh adik sepupunya. Dia masih berkabung lagi. masih mahu bersendirian.  Dia belum bersedia menghadapi masyarakat luar lagi. dia marah. Dia kecewa bila gambar – gambar kemalangan arwah Adam Johan disebarkan di internet hinggakan ke media sosial. Dia tidak tahu bagaimana gambar itu terlepas bebas. Kalau dia sendiri marah dan kecewa Makcik Hartini dan anak – anaknya lagilah pula. Bagiamana perasaan mereka.
            “Taknak. Kak Ika kena temankan orang juga. Kalau tak…..” Alina cuba mengugut.sambil menunjukkan jari telunjuknya. Matanya dibesarkan sambil merenung tajam kakak sepupunya.
            “Kalau tak apa?” suara Eriqa Ellen sedikit meninggi. Ceh, siap nak ugut – ugut pula. Jiwa tengah tak tenang ajak pergi membeli belah pula. Eriqa Ellen terus menjeling adik sepupunya dengan ekor mata.
            “Orang cakap dengan Mak ngah yang Kak Ika pernah pecahkan cawan mahal dia. Sampai sekarang Mak Ngah tak tahu kenapa cawan yang sepatutnya ada lapan biji tiba – tiba jadi tujuh” ugut Alina sambil menunjuk- nunjuka jari telunjuknya.
            “Hoi mak nenek, hal sepuluh tahun lepas pun mahu cerita jugak ke? Kecoh betullah kau ni!” marah Eriqa Ellen geram. Matanya dibeliakkan. Sakit hatinya mendengar ugutan Alina yang tidak masuk akal. Set cawan mahal itu pun sudah disimpan ke dalam stor sebab sudah ketinggalan zaman. Matanya menjeling. Mulutnya mula membebel – bebel. Sebuah majalah yang sudah dibaca berulang kali dicapai dan dibelek dengan pandangan kosong. Semuanya serba tidak kena.
            “Macamlah orang tak kenal mak Ngah tu macam mana? Akak kena ingat kita tipu dia lebih sepuluh tahun. Kalau rahsia ni pecah, tak mustahil Mak Ngah akan mengamuk. Nak orang beritahu mak Ngah?” ugut Alina tersengih sambil menggoyang – goyangkan jari telunjuknya. Pada masa yang sama Alina mengelip-ngelipkan kedua-dua matanya.
            “Kau ni kan memang tau! Dari dulu suka ugut- ugut!” jerkah Eriqa Ellen terus bangun sambil menjeling.
            “Kak, Mak Ngah ada pesan”
            “Pesan apa pulak?” Eriqa Ellen berpusing menghadap Alisa sambil memeluk tubuh.
        “Mak ngah suruh kak Ika solat berjemaah kat masjid depan tu. Setiap hujung minggu ada Qiamulail. Mak Ngah mintak orang temankan kak Ika” beritahu Alina. Jujur, itulah pesanan mak Ngah sebelum dia sampai ke sini.
            “Kau ingat akak dah hilang pedoman ke? Akak masih waras lagilah!” Eriqa Ellen mula membentak. Sebagaimana dalam luka yang dirasai, dia masih mampu bertindak dan berfikir dengan waras.
            Alina terdiam. Sebenarnya tidak pun Cuma Mak Ngah berpesan pastikan Kak Ika tidak tinggalkan solat wajib. Dalam keadaan ini Kak Ika boleh lupa semua. Lupa makan. Lupa tidur. Lupa solat tapi jangan lupa ingatan sudahlah!
            Alina tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia sedikit pun tidak berkecil hati. Dia faham benar fiil kak Ika memang macam itu. Cepat naik angin dan cepat sejuk. Kadang kala Kak Ika suka bersendirian dan tidak mahu diganggu.
            Eriqa Ellen  terus menuju ke dapur tanpa memberi sebarang tindak balas. Alina menguntum senyuman. Dia yakin kak Ika pasti bersetuju dengan cadangannya.
            Alina terus ke dapur. Perutnya sudah berbunyi minta di isi sesuatu. Dia melihat Eriqa Ellen sedah membasuh tangan.
            “Kak Ika, jom kita memasak sesama nak tak? Lama tak masak dengan akak” cadang Alina tersenyum. Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti begini. Aktiviti yang selalu dia lakukan bersama kakak sepupunya ini. Di antara mereka berdua Alina yang paling rajin dan pandai memasak. Alina cukup cekap dan mahir di dapur. Alina suka belajar melalui buku resipi. Kata Alina kalau belajar dari nenek atau mana –mana ibu saudaranya, memang riuh suasana dapur. Ada yang kena sindir, ada yang kena marah ada yang kena ejek dan pelbagai ragam lagi. Sebab itulah Alina lebih suka memasak dengan Eriqa Ellen yang tidak banyak cakap tetapi banyak memerhati.
            Eriqa Ellen berhdapan dengan Alina dengan senyuman, “Kita nak masak apa ya?”
            “Kita masak nasi goreng kampong sama-sama. Kak Ika buat air sirap bandung.” Alina terus menuju ke satu sudut dapur yang menempatkan barang-barang dapur.

Eriqa Ellen mengekor dari belakang. Sepanjang menyediakan makanan tengahari mereka berdua bersembang dan bergelak tawa. Alina cuba menghilangkan rasa sedih Eriqa Ellen. Perlu ada sesuatu yang boleh menggembirakan hati Eriqa Ellen. Apa yang dia tahu sepanjang bersaudara dengan Eriqa Ellen, kakak sepupunya seorang yang gemar ketawa. Dia melihat air mata Eriqa Ellen semakin laju turun tatkala mengupas bawang merah. Alina tidak berani bersuara. Menangislah kak, menangislah sepuas-puas…

Homestay Pak Ngah, Pulau Melaka, Melaka Raya/ Banda Hilir

Homestay Pak Ngah
Unit Pangsapuri Pulau Melaka di tingkat paling bawah berlokasi di Pangsapuri Pulau Melaka, Pulau Melaka, Melaka Raya/Banda Hilir, Melaka.
RM 150 semalam. 
Kenapa harus pilih Homestay Pak Ngah?




Taman permainan

taman permainan

Bersebelahan dengan pangsapuri Pulau Melaka






berada dalam kawasan Pulau buatan, Pulau Melaka. Pulau Melaka akan menjadi pusat komersial dan membeli belah. Bersebelahan dengan Masjid Selat Melaka dan bersebelahan dengan laut selat Melaka.
3 bilik tidur. 



Bilik Tidur Utama dan berpenghawa dingin

Bilik Tidur Utama
Bilik Tidur Kedua dan berpenghawa dingin

Bilik tidur ketiga

Toto tidak disediakan

2 Bilik Air


Bilik air di dapur


Bilik Air di  bilik utama

Astro Njoi. 
Satu set meja makan,
Sofa di ruang tamu, 
Peti sejuk. 
Seterika disediakan







Bilik pertama dan kedua disediakan penghawa dingin. Kami sediakan heater, pinggan mangkuk, dan peralatan serta perkakasan dapur. Seterika disediakan. Kami tak sediakan cooker rice. Ada juga tanan permainan di belakang unit Homestay Pak ngah

3-5 minit ke pusat banda Hilir dan pusat membeli belah dan kawasan bersejarah. Bagi yang suka membeli belah ada Mahkota Parade dan dataran Pahlawan. Malahan tempat ebrsejarah pun di sekitar Banda Hilir. Malahan 2 minit ke pusat membeli belah yang baru di buka. Di Banda Hilir dan Melaka raya tiada masalah kedai makan minum. 


5-10 minit ke Pantai Klebang. Sepanjanh jalan ke Klebang ada restoran makanan segera iaitu Starbuck dan Mc Donald


5-8 minit ke Kuih Keria Limbongan

5-8 minit ke Mi Goreng Hassan di Tengkera

Lagi satu yang best di belakang Pangsapuri Pulau Melaka ada jalan menuju ke pantai. Di situ ramai yang memancing ikan. Saya pernah ke situ. Memang cantik.

Berminat boleh hubungi saya IdaHidayah Mohd Rasid aka Ida Hidayah Rasid di talian 0193914673 ataupun Tn Hj Mohd Rasid 0196696456 atau telefon rumah 062632606. Jika saya tidak menjawab panggilan boleh tinggalkan mesej di WhatsApp

The Swimmer



Filem Thailand yang diterbitkan pada tahun 2014. Filem ni tak seram sangat sangat. Tiada babak yang mengejutkan cuma persoalannya terjawab di minit-minit akhir filem ini. Awal filem  hingga pertengahan kita dah boleh agak siapa yang timbulkan konflik. Filem ini juga banyak mengimbas kembali hubungan Perth dan Ice.

Filem ini mengisahkan dua perenang berbakat iaitu Tan dan perth yang merupakan dua sahabat baik tapi misih dalam acara renang untuk bersaing menjadi juara. Pada masa yang sama, Perth menaruh hati kepada Ice, kekasih Tan. kesibukan Tan menyebabkan perth mengambil peluang mendekati Ice yang ingin belajar berenang.

Ice bunuh diri. Tan merasa kecewa dan beritahu Perth Ice hamil sebelum bunuh diri. Tan ingin tahu siapakah lelaki yang menghamilkan Ice. Perth pula sentiasa mencari jalan agar Tan tidak berjaya tahu siapakah lelaki tersebut.

Saya tak suka pengakhiran filem ini sebab rasa tak adil. Tan lelaki yang setia menerima Ice yang hamil manakala Perth hanya takut mengambil risko dan menyelamatkan dirinya saja.