Sunday, August 6, 2017

Ulasan Novel: Amukan Jembalang Tanah

Assalamualaikum



Selesai juga saya membaca novel seram tulisan  A. Darwisy. Sejujurnya saya tak pernah baca novel cinta yang di tulis A.darwisy sebaliknya saya mengenali nama beliau sebagai penulis novel seram. Bintang untuk novel kali ini 4/5 bintang. A.darwisy suka menulis kisah hantu dan makhlus halus. bagis aya tak ramai penulis-penulis Malaysia menulis sebegitu kalau ada pun thriller. Sebelum ini kita disogokkan dengan orang minyak dengan dua novel sirinya. memang saya beli dua novel Jangan Biarkan dia masuk. Novel kali ini menampilkan Jembalang tanah dan di tampilkan juga penanggal. ohh serius, saya suka cerita-cerita sebegini sebab saya obses dengan filem-filem seram.

Berbalik pada novel ini, saya beranggapan ia berdasarkan sebuah kisah benar. Ya, hampir semua sekolah di Malaysia pasti ada kisah-kisah yang terseimpan beratus-ratus tahun. Kukuhnya sebuah sekolah pasti ada misteri yang tersembunyi. Sekolah bising pada waktu siang tapi sunyi pada waktu malam. kalau tanya kepada pengawal Keselamatan, pasti ada ceritanya. Pernah juga saya berbual-bual dengan Pengawal Keselamatan tentang sekolah yangs aya kerja sekarang. mereka mengatakan ada. ada makhlus halus yang berlegar-legar. Saya ni jenis selau tertinggal barang, selalu datang ke sekolah lewat petang pun dah rasa merinding bulu roma.

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada uri atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan. Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut. Sumber dari Wikipedia.

Novel ini mengisahkan rahsia yang tersembunyi di sebuah sekolah. Sekolah tersebut dikatakan kebal dan ampuh dari serangan tentera jepun kerana ada penjaganya dikatakan kebal dari ditawan pihak Jepun. Bermula dengan persiapan majlis sambutan yang dirancang pihak sekolah maka bermulalah rentetan peristiwa yang menyelongkar rahsia 100 tahun dahulu.

Kematian Sakinah menimbulkan pelbagai persoalan yang bermain di kalangan rakan-rakannya terutama Mira, kaisara dan Natrah. Cikgu Mastura dan cikgu Badrul juga ingin tahu bersama-sama menyiasat akan perkara-perkara pelik yang berlaku sehingga menyebabkan kematian bapa Kaisara. Selain itu tindak tanduk luar biasa pengusaha kantin juga membuatkan bukan saja watak tertanya-tanya, kita sebagai pembaca pun ingin tahu.

Teknik imbas kembali menghubungkan plot-plot dan hubungkait pada zaman sekarang dan zaman lampau. Jalan cerita lancar serta pembaca mudah memahami perjalanan cerita ini. Plot tersusun dengan garapan bahasa yang baik. setiap watak dalam novel ini dimainkan dengan baik. setiap bab yang di baca menimbulkan debaran dan persoalan di benak pembaca.

Mesj yang ada dalam novel ini banyak seolah-olah memberi peringatan syirik itu di larang di sisi agama Islam. Sebaik-baik pertolongan hanya daripada Allah SWT sahaja



Cinta 7 Negara

Bab 1


            “Tahniah Dr Lila Suhaili” Dr Soraya menarik tubuh wanita muda ke dalam pelukannya. Dia rasa sebak, gembira dan segala perasaan bercampur baur. Dia bersyukur usahanya melahirkan pelajar berjaya tidak pernah gagal. Tidak sampai beberapa saat dia meleraikan pelukan. Dia melihat wajah anak didiknya seperti terkejut. Barangkali tidak percaya dia sudah berjaya hingga ke tahap ini. Dia tidak lupa bagaimana wanita polos ini berhadapan dengannya buat pertama kali. Dia berang apabila wanita muda datang ke pejabat mahu menukar penyelia gara-gara gelaran garang dan kedekut markah yang di label oleh pelajar-pelajarnya. Maka Lila Suhaili antara pelajar yang sanggup bertahan dengannya hingga tamat. selalu dia melihat Lila Suhaili mengalirkan air mata dengan tindakannya yang garang, membebel, menyindir dan kadang-kala buat tidak tahu.
           “Saya macam tak percaya Dr. Hampir 6 tahun saya nak siapkan tesis ni. Saya tak lupa Dr asyik marah saya. Saya pernah rasa nak berhenti tapi saya nak jadi pensyarah macam Dr juga” katanya sayu. Dia sayu bila tak ada seorang pun ahli keluarganya yang datang memberi sokongan.
Babah hanya diam membisu bila diberitahu hari ni pembentangan terakhir tesis PhDnya.  Dia memandu kereta seorang diri dengan perasaan bercampur aduk. Berjayahkah dia? Gagalkah dia?  Rumah keduanya adalah perpustakaan. Sahabat karibnya adalah laptop yang sentiasa di bawa ke hulu ke hilir. Buku-buku juga tempat dia melepaskan rasa sunyi.
“Apa rancangan kamu lepas ni?”Tanya Dr Soraya yang berusia awal 50-an.
 Lila Suhaili terkedu seketika namun dia ada satu bucket list dalam hidupnya yang ingin diselesaikan selepas PhD.
“Saya nak mengembara ke 7 buah Negara”kata Lila Suhaili perlahan.
“Wah menarik. 7 buah Negara saja?”
Lila Suhaili Mengangguk
“Saya dah 6 tahun tidak melukis. Jadi satu Negara satu lukisan. Saya harap dapat hasilkan 7 lukisan dan saya mahu pamerkan lukisan gambar-gambar saya suatu hari nanti Dr” luahnya sambil menyeka air mata.
“Iya saya faham. Kamu wanita kuat. Bersungguh-sungguh. Kamu akan Berjaya mencapai cita-cita kamu yang lagi satu. Ingat 6 bulan saja kamu mengembara. Kamu akan jadi seorang pensyarah. Saya lagi satu tahun nak pencen dah” kata Dr Soraya sambil menepuk-nepuk bahu pelajarnya.
“terima kasih Dr sebab sanggup terima saya. Ajar saya. Bantu saya. Segalanya. tanpaDr, tak mungkin saya Berjaya macam ni” Lila Suhail memegang kedua-dua tangan pensyarahnya lalu berdakapan.
“Saya tak ada ibu Cuma Dr saja wanita yang paling dekat dengan saya”
Pelukan Dr Soraya semkain erat. Dia juga begitu. Dia ada lima anak lelaki. Tiada anak perempuan. Wanita muda dan pendiam ini sudah seperti anaknya sendiri. Dia tahu bagaimana kehidupan wanita yang miliki seorang ayah dan ibu tiri. Dia juga pernah merasai. Kisah hidup Lila Suhaili tidak jauh beza dengan hidupnya sendiri.
“Saya sentiasa ada untuk kamu. Ingat, tunai arwah mama kamu. Pergilah ketujuh-tujuh Negara yang dia minta. Pasti ada sesuatu yang mahu dia beritahu. Setiap perjalanan panjang ada cerita. Setiap saat itu pasti sejarah untuk kamu. Kembaralah Lila. Pergi!” pelukan itu terlerai.
Lila Suhaili mengangguk.
“Negara pertama kamu akan pergi?”
“Indonesia. Saya mahu ke Bali”
“Negara terakhir?”
“Itali”
“Nanti ceritakan smeua perjalanan kamu kepada saya. Barangkali boleh buat buku kisah kembara kamu. Kongsi cerita dengan orang luar” cadang Dr Soraya bangga.
Lila Suhaili mengangguk. Dalam tempoh enam bulan dia sudah merancang pelbagai perkara. Dia akui, wang simpanan yang ada sekadar cukup Cuma tapi dia akan berjimat cermat. Penggembaraan yang akan di jalani akan dilakukan sebaik mungkin. Tidak akan bermewah seperti makan di hotel sebaliknya mahu merasai keperitan dan kesusahan masyarakat yang ada di muka bumi ini.
“Saya pergi dulu. Kita jumpa lagi nanti” Dr Soraya memberi salam sambil mengenggam tangan Lila Suhaili dan terus berlalu meninggalkan pejabat.
“Lila!” satu suara memanggilnya.
Fira bergegas mendapatkannya, “Tahniah Lila. Kau dah jadi Dr bidang Komunikasi”
“Kau pun suatu hari nanti. Jangan tangguh-tangguh lagi. Cepat habiskan. Tahun depan kita konvo sama-sama”
Mereka berdua berpelukan menuju cafeteria.