Friday, August 11, 2017

Cinta Takkan Berakhir

Bab 4

Talian telefon bimbit terus dimatikan. Baru sebentar tadi dia menghubungi emak untuk melepaskan rindu. Eriqa Ellen meninggalkan balkoni lalu menghempaskan tubuh di atas sofa empuk. Tangan kanan diletakkan di atas dahi. Pening. Binggung. Sedih. Darahnya mendidih bila emak di kampung membangkitkan soal kahwin. Kahwin! Eriqa Ellen tidak pasti sama ada dia sudah bersedia atau tidak. Mungkin tidak. Mungkin ya. Dia keliru. Pemergian Adam Johan secara tiba - tiba turut membantutkan keinginannya untuk berumahtangga.
            Aduh, zaman sekarang bukan senang hendak mencari calon suami yang sesuai apatah lagi yang baik. Lagipun kubur Adam Johan masih merah. Dia belum bersedia mencari pengganti Adam Johan hanya kerana peningkatan usia ke angka 30-an. Dia memerlukan ruang dan juga masa. Eriqa Ellen juga meletakkan diri pada landasan takdir. Padanya, DIA yang telah merancang semua ini untuk dirinya. Cuma Eriqa Ellen merisaukan emaknya yang sentiasa risaukan dirinya. Senang cerita, ibu dan anak saling risau antara satu sama lain. Lebih memeningkan kepala otak bila emak memanjangkan cerita mengenai sepupunya, Shila yang bakal naik pelamin pada hujung bulan  ini. Ikutkan hati tidak mahu tetapi mengenangkan Shila menelefonnya malam semalam meminta dia menjadi pengapit. Eriqa Ellen menolak secara baik cukuplah sekadar dia membantu di bahagian dapur. Lagipun dia sudah berjanji dengan sepupunya yang dia akan datang meraikan perkahwinan itu. Tapi dia risaukan mulut – mulut ibu saudara dan orang kampung yang sudah pasti bertanyakan soalan yang masih belum ditemui jawapannyaArghhhh susahnya jadi orang dewasa.
            Baru Eriqa Ellen hendak melelapkan mata telefon bimbitnya berbunyi lagi. aduh, siapa pula yang ganggu aku bercuti ni. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kopi dicapai dengan  rakus. Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menekan butang hijau.
            “Hello!”jawabnya dengan kasar tanpa melihat skrin terus menekan butang hijau.
           “Hello, Ellen. Kenapa pagi – pagi ni dah macam naik angin” satu suara wanita dihujung talian bergema lembut.
            Alamak! Mata Eriqa Ellen terus membutang bingkas duduk dengan sopan di atas sofa walaupun tiada sesiapa yang akan melihat. Dia tidak sangka Puan Halizah menelefon pada pagi - pagi begini. Wanita yang merupakan pengasas majalah GAYA seorang yang lemah lembut dan bertindak juga sebagai pengarah Syarikat Chantique untuk majalah – majalah diterbitannya.
            “Ohhh Puan maafkan saya tadi. Kenapa Puan? Ada apa – apa yang boleh saya bantu?”Tanya Eriqa Ellen dengan suara yang sengaja dilembutkan. Dia risau juga kalau – kalau Puan Halizah menolak artikel tulisan – tulisannya. Jenuh dia hendak menulis balik. Lebih memeningkan kalau dia tiada idea, apa yang hendak ditulisnya? Saat ini memang otaknya kosong sama juga hatinya yang turut kosong. Dia sempat tersenyum bila teringatkan lirik lagu Kosong nyanyian Najwa Latif. Dia sukakan lagu itu.
            “Awak di rumah ke? Saya ingatkan kamu dah bercuti di luar negara ke, balik kampung ke? Lebih baik awak berehat ditempat yang menenangkan, manalah tahu awak boleh jumpa jodoh di sana” usik Puan Halizah terus terkikih ketawa. Dia tahu Eriqa Ellen seorang wanita yang mudah dibawa berbincang serta mudah di ajak bergurau kalau kena tempat.
            Eriqa Ellen sudah menarik muka masam. Ini seorang  lagi yang tidak habis – habis dengan soal jodoh. Memang elok duduk serumah dengan emak aku. Jodoh dan kahwin, huh lebih kurang serupalah tu. Eriqa Ellen memegang kepalanya, bagaikan mahu menjerit bila orang sebut soal kahwin! kahwin!
            Eriqa Ellen buat – buat tergelak perlahan, “Puan, saya sebenarnya memang ada di rumah lagi ni. Hendak mengemas  rumah dulu. Esok pagi baru saya akan ke Pulau Redang”jelas Eriqa Ellen jujur.
            Dia sendiri sudah tidak sabar - sabar mahu ke sana. Dia rindukan bunyi ombak. Rindukan ketenangan. Dia mahu bersendirian di pulau indah itu. Dia mahu menjadi orang asing di situ. Indahnya hidup tanpa dikenali ramai. Wow, macam artis popular pulakkan?
            Malam tadi dia sudah mengemas baju dan peralatan yang akan dibawa. Dia ada mempunyai teman baik di Terengganu. Pada awal perancangan dia mengajak teman baiknya itu ikut sama tetapi temannya itu ada kerja yang harus diselesaikan. Tanpa pening – peningkan kepala, Eriqa Ellen mahu bersendirian tanpa mengenali sesiapa pun di Pulau Redang. Dia akan menghubungi teman baiknya apabila pulang dari pulau Redang nanti. Tapi percutian kali ini dia mahu menghirup suasana kedamaian dan ketenangan. Mahu menghabiskan sebanyak mungkin buku dan majalah yang akan dibawa. Selain itu menghabiskan masa di Spa atau bermain jet ski di pantai. Eriqa Ellen sudah membayangkan itu semua di sana nanti. Lagipun Pulau Redang adalah pulau impian dia dan Adam Johan berbulan madu tapi sayang semuanya rancangan mereka berdua ditinggal sepi. Hilanglah lagu fantasia bulan madu, memek muka Eriqa Ellen menjadi sedih.
            “ Ellen mahu ke Pulau Redang? Bagusnya. Berapa lama Ellen akan ke sana?”
        “Dalam tiga atau empat harilah. Mungkin di sana saya akan terus menulis mengenai pelancongan pula” Eriqa Ellen cuba untuk menceriakan nada suaranya. Dia sedaya upaya mengawal nada sedih suaranya. Bayak  cerita tragis sewaktu dia berkhidmat di Chantique  Publication. Di sana juga dia belajar erti kesabaran dan kekuatan untuk jiwa dalamannya agar dia terus tabah menghadapi segala kemelut yang melanda kerjaya dan juga dirinya.
            “Teruskan menulis. Kamu penulis yang baik dan hebat. Saya hendak khabarkan pada kamu ni, tulisan kamu dalam majalah bulan ini mendapat respon yang hebat” puji Puan Seri Halizah.
            Eriqa Ellen tersenyum. Bangga. Lega. Setiap bulan tulisannya akan mendapat tempat di hati pembaca. Sebagai penulis bebas itulah yang diharapkan. Respon dan komen pembaca merupakan ukuran prestasinya. Dia juga berkira – kira mahu kembali menulis novel selepas lima tahun menyepi dari dunia novel.
            “Tulisan kamu tentang Wanita dan kerjaya mendapat pujian. Ramai yang setuju jika kaum wanita harus ada aset sendiri. Bagus!” puji Puan Halizah
            “Terima kasih Puan. Lagipun wanita zaman sekarang harus peka dengan dunia sekarang. Yelah, ramai wanita ni nak sangat kahwin lepas belajar sedangkan mereka mampu membina kerjaya dan memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta” tegas Eriqa Ellen mempertahan artikelnya.
            Dunia sekarang bukan zaman macam dulu - dulu. Kalau dulu wanita disuruh duduk rumah memasak, membasuh baju, melayan anak dan sebagainya tapi sekarang tidak lagi. Wanita sekarang lebih ramai berpendidikan tinggi berbanding lelaki.
      Setiap tulisannya berpandu pada dirinya sendiri. Habis belajar di UPM dalam bidang kesusasteraan Melayu dan Linguistik tidak lama dulu, dia terus mencari kerja di sebuah syarikat penerbitan yang cukup terkenal sebagai Editor majalah GAYA. Dalam tempoh lima tahun dia berjaya memiliki kondominium mewah dan sebuah kereta idaman  Suzuki Swift. Wanita berhak memiliki apa yang dididam – idamkan. Pakaian berjenama, kasut mahal dan beg tangan buatan luar negara dan mengembara di seluruh dunia serta bersosial dengan teman – teman rapat. Dia akui sewaktu dulu dia pernah hanyut dengan duniawi. Pernah hampir tenggelam gara-gara kecewa dengan perpisahan cinta pertamanya dulu namun dia bersyukur bila dianugerahi iman yang kental agar tidak terus hanyut dalam lautan duniawi.
            “Puan, tulisan saya itu sekadar meninggatkan kaum Hawa agar mereka dapat apa yang mereka cita – citakan. Adalah lebih baik mereka dapatkan semua sebelum berkahwin. Bila dah kahwin, kehidupan mereka terbatas. Kalau mereka dapat suami yang mengongkong, habislah! Wanita harus membuktikan yang dia mampu berdikari dan miliki apa yang dihajati selama ini” Eriqa Ellen bersuara sinis. Dulu sebelum dia bersetuju menerima lamaran Adam Johan, dia telah memberitahu syarat-syarat yang dia mahukan selepas bernikah iaitu mahu membuka Kafe Buku dan mahu menyambung sarjana. Alhamdulilah Adam Johan menerima syarat itu dengan hati yang ter buka.
           Puan Halizah yang mendengar rasa kagum dengan keyakinan Eriqa Ellen. Wanita itu dikenalinya melalui tulisan – tulisan yang tersiar di majalah dan juga akhbar. Malahan dia sempat membaca novel – novel karya wanita itu sebelum ini. Baginya Eriqa Ellen amat berbakat dalam bidang penulisan. Mampu menulis pelbagai genre penulisan dan tidak semua penulis berkemampuan menulis seperti Eriqa Ellen.
            “Ellen, kamu tidak mahu kembali menulis novel? Kamu sangat berbakat sayang. Ada juga pembaca menanyakan novel terbaru kamu” suara Puan Halizah sedikit mengendur. Bukan dia tidak tahu kenapa Eriqa Ellen melupai terus penulisan novel. Dia juga ramai rakan di kalangan penulis-penulis tersohor, ada di antara mereka kenal dengan Eriqa Ellen. Ada juga yang meminta Eriqa Ellen kembali menulis novel.
            Eriqa Ellen terdiam seketika. Dia kehilangan kata – kata seketika. Dia memang amat merindui dunia penulisan novel. Semangatnya luntur apabila orang yang membawa dia ke dunia novel iaitu Novelis Liza Aryana telah meninggal dunia empat tahun yang lalu. Novelis terkemuka itu yang mendidik dan menjadi orang kuat di belakangnya saat novel – novelnya laris di pasaran. Tanpa Liza Aryana, mungkin namanya tidak terpahat dalam bidang penulisan.
            “Saya tak tahu bila saya akan kembali dengan novel baru. Berikan saya masa. Memang saya ada tulis sikit – sikit” lemah suara Eriqa Ellen.Dia akui di masa lapang dia ada menaip beberapa buah bab untuk novel terbaru tetapi tidak seaktif dulu.
            “Sayang, kamu sangat berbakat. Saya tahu kamu bukan sahaja berkebolehan menulis artikel dan novel tetapi kamu boleh buat puisi dan cerpen. Tidak ramai yang ada bakat macam itu. Yang ada pun penulis hanya tahu menulis novel sedangkan puisi, cerpen atau artikel mereka tidak tahu. Ramai yang mengkagumi bakat kamu. Kamu harus kembali menulis novel. Kalau arwah Liza ada, dia juga pasti mahu kamu kembali menulis novel. Liza Aryana adalah kawan baik saya” terang Puan Halizah.Tiba - tiba dia rindukan teman baiknya yang meninggal dunia akibat barah hati.
            Eriqa Ellen terdiam lagi.Dia juga terbayangkan seraut wajah lembut yang juga idolanya Liza Aryana yang merupakan  orang terpenting yang membawa dia ke dalam dunia novel.
            “Ellen, Liza Aryana selalu menceritakan tentang kamu. Dia sangat kagum dengan kamu. Takkan kamu nak sia – siakan bakat kamu sebagai penulis novel. Come on, bangkit dari kisah silam kamu. Saya tahu kamu masih bersedih dengan kematian tunang kamu. Tapi sampai bila kamu harus begini? Saya berjanji, kalau kamu dapat siapkan sebuah novel, saya akan terbitkan novel kamu dari Chatique Publisher” janji Puan Halizah bersungguh – sungguh.
            Dalam rancangannya sekarang, beliau selaku  pengarah urusan yang juga pemilik serta pengasas majalah GAYA, dia mahu menerbitkan novel dan juga buku-buku islamik dan ilmiah.
            “Betul ke?” tanya Eriqa Ellen dengan suara girang. Bagaikan ada satu semangat meresap ke dalam tubuhnya. Saat ini dia mula rasa sedikit kegembiraan.
            “Ya. Untuk pengetahuan kamu, saya baru bermesyuarat dengan pengedar novel untuk menerbitkan novel – novel pula. Ini adalah satu cara Chatique Publisher mengekalkan momentum sebagai pengeluar majalah  dan juga novel. Sebenarnya banyak lagi projek – projek yang bakal saya jalankan. Selepas ini majalah untuk kanak – kanak juga akan saya terbitkan selepas majalah Sis untuk remaja"kata Puan Halizah penuh yakin. Dia cukup yakin untuk mengeluarkan produk –produk bacaan untuk masyarakat. Sesuai dengan statusnya sebagai Usahaawan wanita yang pernah bergelumang dengan dunia pendidikan, dia mahu mendidik masyarakat terutama remaja agar ada minat membaca. Ini kerana Malaysia antara negara yang tergolong dalam kumpulan yang tidak minat membaca. Sebagai masyarakat yang prihatin dan peka, dia harus bertindak melakukan sesuatu.
            “Puan Seri berikan saya masa. Saya tidak berani nak janji apa-apa” kata Eriqa Ellen dengan separuh hati. Dia tidak mahu terus di desak. Semua itu memerlukan masa dan ruang. Dalam pada masa yang sama dia memang bercadang mahu menyiapkan manuskripnya yang tertangguh bertahun-tahun lamanya. Barangkali ini masanya untuk dia kembali ke arena novel.
            “Saya tahu kamu akan kembali menulis novel semulakan?” teka Halizah. Dia tahu akan semangat wajah Eriqa Ellen. Wanita ini Nampak lembut tapi orangnya amat tegas dan bersemangat waja. Sebelum ini Eriqa Ellen dikenali sebagai novelis remaja tetapi ditinggalkan sebaik sahaja memegang jawatan sedagai Editor.
              “Ya saya akan kembali dengan novel baru!" ucap Eriqa Ellen dengan penuh semangat. Dia akan kembali  mencari satu manuskrip yang terbengkalai lima tahun dulu. Perjalanan erita itu sudah separuh jalan. Jalan cerita itu juga masih diingati. Dia mahu ke Pulau Redang kerana  lokasi manuskrip itu berlatar belakangkan Pulau tercantik di Terengganu.
           “Alhamdulilah. Itu yang saya mahu dengar dari wanita hebat.” Puan Halizah kelegaan.
            Senyuman Eriqa Ellen berubah sedikit bila teringatkan sesuatu. Sesuatu yang pernah menyakitkan hari malah memberi sedikit kesan pada hunungan dia dengan Adam Johan tidak lama dulu.
            “Puan bagaimana dengan kakak ipar puan? Adakah dia masih  marahkan saya?” tanya Eriqa Ellen ingin tahu. Dadanya berdebar. Dia masih kecewa alah sedikit terkilan. Masih tertanya –tanya akan satu insiden yang memalukannya. Kerana insiden itu juga punca dia meletakkan jawatan sebagai Editor yang menjadi rebutan ramai.
            “Jangan fikirkan sangat hal itu. Saya tahu kamu bagaiamana walaupun saya mengenali kakak saya lebih sepuluh tahun. Saya percayakan kamu. Saya mahu kamu bangkit dari kesedihan. Bina hidup baru. Ruang untuk kolumnis memang saya hadiahkan untuk kamu. Saya tidak mahu kamu hilang gelaran sebagai penulis. Kamu pun ada pengikut sendiri” tegas suara Puan Halizah memberitahu
            Eriqa Ellen terkedu. Dia rasa terharu kerana kepercayaan yang diberikan oleh Puan Halizah. Begitu juga dengan arwah Adam Johan yang lebih mempercayainya berbanding fitanh yang disampaikan oleh Suzana, Editor baru Majalah GAYA. Dia tahu Suzana sedaya upaya mahu merampas Adam Johan darinya. Tapi dia percaya Adam Johan juga mengenali Suzana, wanita yang bagaimana. Sewaktu dia dilempang oleh adik ipar Puan Halizah, dia dapat melihat betapa sinisnya senyuman Suzana.
            “Sayang, abang lebih percayakan Ika dari semua orang. Abang lebih kenal siapa Ika. Dan hanya Ika sahaja yang mengenali abang bagaimana. Kenapa kita mesti nak biarkan orang lain melihat kita berpisah? Abang tahu, Ika tak akan ada hubungan sulit dengan orang lain. Abang percayakan Ika. beritahu Adam Johan bersungguh-sungguh sambil merenung wajah Eriqa Ellen.
            Eriqa Ellen tersandar menangis. Dia rasa terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Adam Johan. Matanya melihat lampu isyarat masih merah. Adam Johan disebelahnya memegang pipinya yang masih bengkak.
            “Suzana yang sebarkan fitnah tukan? Abang akan ajar Suzana dan Datin tak guna tu!”  beritahu Adam Johan sambil mengetapkan giginya. Dia cukup menyampah bila memandang Suzana. Suzana berkali-kali menghubunginya menceritakan keburukan Eriqa Ellen tidak tentu pasal. Eriqa Ellen kaki melayanlah, kaki propalah, Eriqa Ellen ada skandal denggan VVIP itu ini dan lebih memburukkan keadaan, sewaktu dia makan malam bersama Eriqa Ellen, boleh pula Suzana menelefon dia beritahu dia ada di hotel dengan Datuk mana entah. Masa itulah dia’sembur’ Suzana dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
            “Jangan! Jangan buat apa-apa pada Datin tu. Ika dah buat keputusan. Ika nak berhenti kerja. Ika nak balik Melaka” kata Eriqa Ellen dengan linangan air mata.
            Adam Johan sedikit tersentak memandang wajah tunangnya. Tangan Eriqa Ellen disentuh dan dubawa tangan itu ke dadanya, “ Abang juga akan minta tukar ke Melaka. Kita akan duduk di Melaka sama-sama”
            Eriqa Ellen memejamkan matanya. Adam Johan sanggup bekorban untuknya. Sanggup mengikut dia ke mana sahaja asalkan sentiasa bersama.
            “Ika….!”
            “Ya Puan Seri, saya akan kembali menulis novel” tanpa berfikir panjang, seolah-olah ada semangat baru meresap dalam tubuhnya. Kali ini dia lebih bersemangat. Dia tidak amhu terus hanya dengan kesedihan yang sentiasa melanda. Putus cinta dan kematian  tunang tidak semestinya dia terus tenggelam dibawa  arus kesedihan. Kali ini dia mahu berjuang mengembalikan cita-citanya.
            “Saya tahu nama awak akan kembali naik. Cukup-cukuplah awak mengalah dengan apa yang berlaku. Jangan diingatkan lagi kes tak dibayar royalty, kes ditikam belakang oleh kawan baik kamu sendiri dan terimalah pemergian Adam Johan dengan redha. Setiap yang berlaku ada hikmahnya” jelas Puan Halizah yang tidak ubah seperti seorang Ustazah.

            Eriqa Ellen diam seketika sambil memejamkan mata. Sesungguhnya hidup ini adalah perjuangan.